Ikuti teknik berkesan di bawah untuk meningkatkan memori anda.
Apa yang anda ambil dan elakkan adalah penting dalam menentukan kesihatan otak dan prestasi memori anda. Banyakkan buah-buahan serta sayur-sayuran dan kurangkan gula, makanan berminyak dan berlemak tinggi.
2. Bersenam
Bersenam menggalakkan otak untuk bekerja pada kadar yang optimum dengan merangsang sel-sel saraf untuk berkembang-biak dan menguatkan hubungan antara sel-sel di dalam otak.
Selain itu, bersenam juga membuatkan otak mengepam darah lebih banyak ke dalam otak, seterusnya memberikan lebih banyak oksigen untuk otak berfungsi dengan lebih baik.
3. Hentikan multitasking
Melakukan terlalu banyak kerja pada satu-satu masa hanya akan membuatkan anda hilang fokus dan terdedah kepada kesilapan. Ia juga membuatkan anda mudah lupa kerana terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dalam satu-satu masa.
Kajian menunjukkan bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya lapan saat untuk meletakkan memori anda di dalam otak. Jika anda bercakap melalui telefon sambil memegang barang dan meletakkan kunci di satu tempat pada satu-satu masa, berkemungkinan anda akan lupa di mana kunci tersebut diletakkan.