Cuba 5 Perubahan Gaya Hidup Ini Untuk Mood dan Kesihatan Mental yang Lebih Baik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bercakap sahaja tentang masalah kesihatan mental, perkara utama yang akan difikirkan oleh ramai orang ialah untuk mendapatkan rawatan melalui terapi psikologi dan ubat-ubatan. Dalam masa yang sama, ramai orang lupa atau tidak tahu bahawa perubahan pada sesetengah gaya hidup boleh mempengaruhi kesihatan mental.

Malah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan mental sekalipun, perubahan pada gaya hidup mampu memberikan kesan positif terhadap mood dan produktiviti setiap hari.

Tanpa memerlukan kos yang banyak, cuba 5 perubahan ini.

1. Semak apa yang anda makan dan mulakan aktiviti fizikal

Makanan seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, daging tanpa lemak, dan makanan laut membekalkan sumber nutrisi yang penting dalam mengekalkan fungsi otak yang optimum. Ia mengandungi magnesium, asid folik, zink, dan asid lemak penting.

Makanan yang kaya dengan polyphenols seperti teh, coklat gelap, dan sesetengah herba juga memainkan peranan penting dalam kesihatan otak.

Selain pemakanan, jangan lupa pula untuk mengeluarkan peluh. Badan yang tidak aktif lebih cenderung kepada banyak penyakit seperti obesiti, jantung, darah tinggi, dan kencing manis. Semuanya menjejaskan kesihatan mental.

2. Kurangkan tabiat buruk

Alkohol, merokok, dan penyalahgunaan dadah, semuanya secara jelas akan menjejaskan kesihatan. Mereka yang mengamalkan tabiat tersebut lebih berisiko menghidap penyakit mental.

3. Utamakan rehat dan tidur

Tanpa rehat yang cukup, badan anda tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna termasuk otak dan kesihatan mental. Ambil langkah untuk memastikan anda mendapatkan tidur yang cukup seperti mengurangkan pengambilan kafein serta tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

Penting juga untuk tidak memaksa diri untuk tidur. Jika gagal melelapkan mata selepas 20 minit, bangun dan cuba fokuskan minda anda terhadap satu aktiviti sehingga penat.

4. Dedahkan diri anda kepada alam semula jadi

Jangan hanya berkurung di dalam rumah dan menghadap skrin telefon. Keluar dan biarkan kulit anda bersentuhan dengan cahaya matahari sekali-sekala. Ia membantu meningkatkan hormon serotonin yang membantu memberikan mood yang baik.

Anda juga mungkin ingin mengurangkan diri daripada terdedah kepada toksin serta pencemaran alam termasuk bunyi bising dan penggunaan gajet. Rehatkan diri anda seketika dan pergi ke pantai atau taman.

5. Dapatkan bantuan jika perlu

Gaya hidup sihat bukanlah alternatif kepada rawatan daripada pakar, tetapi lebih kepada langkah yang membantu anda menjalani rawatan dan terapi tersebut. Tidak dinafikan bahawa ada beberapa perubahan yang mungkin sukar dan mengambil masa seperti berhenti merokok dan alkohol. Tetapi, jangan putus asa dan dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, rakan, dan pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Tahukah anda, jika anda tidak aktif dab berkerja dihadapan komputer atau memandu sepanjang hari, efek bersenam dilakukan mungkin tidak dapat dirasai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip bersenam

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan