Bolehkah Meroyan Berlaku Lama Selepas Bersalin?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah meroyan sebenarnya merupakan antara komplikasi utama kehamilan, dengan 1 daripada 5 wanita menghadapinya. Walaupun pemahaman masyarakat tentang gangguan psikologi ini kian bertambah baik, masih ramai yang tidak tahu bilakah meroyan mungkin tercetus pada para ibu.

Anda mungkin menjangkakan simptom meroyan muncul sejurus selepas kelahiran. Tetapi tidak semua wanita yang mempunyai masalah Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD atau meroyan mengalami simptomnya sejurus selepas melahirkan. Sesetengah simptom bermula dalam setahun hingga lapan belas bulan selepas kelahiran terutamanya sewaktu perubahan hormon. Wanita ini juga mungkin mempunyai simptom yang berterusan yang tidak didiagnosis atau tidak dirawat dan dibawa ke kehamilan berikutnya.

Bilakah meroyan mungkin tercetus?

Masalah meroyan sebenarnya bukan sahaja berlaku selepas kelahiran. Ia boleh berlaku sewaktu kehamilan atau dalam waktu selepas kelahiran, terutamanya semasa perubahan hormon yang signifikan.

Waktu perubahan hormon yang ketara tentulah sewaktu kehamilan, bersalin, dan beberapa waktu lain yang selalu dilupakan ialah ketika wanita tersebut datang haid kali pertama selepas bersalin, sewaktu melakukan pencegahan kehamilan dengan hormon dan sewaktu berhenti menyusu. Ketiga-tiga waktu ini adalah waktu peralihan hormon yang ketara.

Jika wanita tersebut hanya berhenti menyusu setelah dua tahun, bererti berlaku perubahan hormon yang ketara pada waktu tersebut juga. Jadi, wanita tersebut berisiko mengalami masalah kemurungan atau meroyan dalam bentuk lain (keresahan, obsesif kompulsif, psikosis dll) dua tahun selepas bersalin!

Mengapa wanita tidak mendapatkan rawatan?

Salah satu punca wanita tidak mendapatkan rawatan ialah kerana kurang maklumat atau kurang pengetahuan mengenai masalah ini. Mereka mungkin berfikir jika simptom-simptom tidak bermula dengan segera bererti ini bukanlah masalah meroyan. Contohnya pesakit mungkin berasa murung, kerap menangis, mudah marah kepada suami, rasa serba tidak kena sewaktu bayi sudah berusia 4 bulan.

Wanita yang mendapati simptom lewat mungkin tidak mengenal pasti simptom sebagai kecelaruaan mood dan keresahan perinatal. Mereka mungkin menganggapnya sebagai keletihan semata, dan tidak mendapatkan rawatan kerana memperkecilkan simptom yang mereka hadapi.

Satu lagi halangan ialah rasa malu terhadap ketidakmampuan diri menguruskan bayi dan pasangan terutama jika ini adalah perubahan besar dalam personaliti dan keupayaannya. Wanita tersebut juga mungkin tidak merasa selesa bercakap dengan rakan-rakannya tentang kesedihannya apabila rakannya semua bercakap tentang kegembiraan mereka menghadapi waktu selepas mempunyai bayi.

Bagaimana mendapatkan bantuan?

Setiap ibu bapa mungkin merasa tertekan dan penat, tetapi mereka boleh membezakannya dengan keadaan yang lebih serius melalui kekerapan, intensiti dan tempoh masa perasaan tersebut berlangsung.

Jika ia berterusan, jika tempohnya lebih panjang, dan emosi anda lebih dalam daripada biasa, ini mungkin menunjukkan tanda amaran. Contohnya anda mungkin berasa terlalu tertekan sehingga tidak mahu keluar daripada rumah atau tidak membenarkan orang lain menyentuh anak anda.

Sebaik sahaja seorang wanita telah mengenal pasti diri mereka mungkin mengalami masalah PMAD, dapatkan bantuan professional. Namun, satu masalah yang harus anda adalah tidak semua doktor dilatih untuk mengenal pasti masalah PMD, lebih-lebih lagi jika anda mengalami simptomnya setelah beberapa bulan bersalin. Oleh itu, pastikan anda menghubungi ahli terapi yang pakar dalam bidang ini. Anda juga boleh menyertai kumpulan sokongan dalam talian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

    Mesti ramai sudah tahu apa itu depresi namun kurang pasti sama ada ia akan jejaskan kehidupan seks. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    cuti hujung minggu

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan