Atasi Kesedihan Kehilangan Individu Tersayang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Perasaan terkejut dan kesedihan yang dilalui apabila kehilangan seseorang amat menyedihkan. Kehilangan individu tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah. Anda mungkin merasakan sesuatu yang berbeza akibat kehilangan ini, tetapi anda boleh belajar untuk terus bertahan dan keluar dari cabaran ini.

Kesedihan adalah satu tindak balas emosi yang normal, berlaku apabila kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting. Kesedihan yang anda lalui mungkin hadir secara berperingkat: Penolakan – Kemarahan – Kekeliruan – Tertekan – Penerimaan.

Setiap individu akan melalui peringkat ini dengan cara yang tersendiri. Ingatan terhadap apa yang anda hilang, seperti ulang tahun perkahwinan, kematian atau lagu yang menjadi kegemaran bersama, boleh menyebabkan kesedihan itu kembali.

Cara bagi setiap individu mengawal emosi dan perasaan adalah berbeza. Perasaan anda adalah sesuatu yang unik. Berikut antara cadangan untuk membantu merawat emosi anda dengan cara yang lebih sihat.

  • Dapatkan bantuan. Adalah sangat penting untuk anda sedar bahawa ada individu yang akan selalu bersama anda ketika anda memerlukan sokongan. Anda akan dapati berbual dengan seorang rakan, keluarga, kaunselor atau profesional perubatan adalah amat membantu. Kumpulan sokong juga merupakan cadangan yang baik untuk berkongsi pengalaman.
  • Bersabar. Proses penyembuhan pasti akan mengambil sedikit masa. Ia adalah sesuatu yang sukar untuk membuat sebarang keputusan apabila anda berdepan kehilangan. Adalah yang terbaik untuk meletakkan ke tepi sebarang perkara yang melibatkan keputusan penting sehingga anda bersedia untuk membuat sebarang keputusan.
  • Sentiasa ada. Berani untuk berdepan segala apa yang akan berlaku, supaya anda boleh menerima apa sahaja yang mendatang dan bertindak balas dengan cara yang semampunya. Teknik ketenangan fikiran dan meditasi seperti teknik pernafasan dapat membantu anda kekal tenang.
  • Meluahkan. Anda boleh memilih untuk berkongsi apa yang ada rasa secara personal dengan individu yang anda selesa.
  • Bergembira. Jangan memaksa diri anda untuk sentiasa bersedih. Ketawa adalah penawar kesedihan, namun, menangis adalah yang sebaiknya. Cuba untuk menyertai seberapa banyak aktiviti sosial yang boleh.
  • Jaga diri. Pastikan anda menjaga kesihatan diri, makan makanan yang seimbang dan luangkan masa untuk bersenam. Elakkan alkohol atau sebarang ubat, ia cuma akan membuatkan anda lebih sukar mengawal perasaan anda.

Kesedihan akibat kehilangan  seseorang yang rapat dengan kita adalah sesuatu perkara yang biasa dalam kehidupan. Anda tidak mungkin dapat melupakan kehilangan yang anda hadapi, namun, apabila masa berlalu, anda akan merasa lebih baik.

Terdapat pelbagai cara yang lebih sihat untuk meratapi dan mengatasi kehilangan anda. Seandainya kesedihan yang anda lalui tidak menurun atau semakin teruk, anda perlu mendapatkan bantuan profesional.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Untuk Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan

    Anda tidak tahu bagaimana untuk atasi masalah kesedihan dan kehilangan yang anda alami? Ini tip untuk anda harunginya dengan lebih mudah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 13/02/2019 . 3 minit bacaan

    Langkah Mengatasi Kehilangan

    Kehilangan insan yang disayangi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, ada langkah mengatasi kehilangan yang boleh dicuba bagi merawat emosi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 12/02/2019 . 2 minit bacaan

    Atasi Kegelisahan Selepas Kehilangan

    Kehilangan seseorang yang anda cintai adalah sesuatu yang sukar. Setiap individu mengawal emosi dan perasaan dengan cara yang berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Fahami Bagaimana Kesedihan Boleh Mencetuskan Kemarahan

    Fahami Bagaimana Kesedihan Boleh Mencetuskan Kemarahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/03/2019 . 2 minit bacaan
    Membantu Anak Anda Mengatasi Kesedihan dan Kehilangan

    Bercerita Boleh Membantu Anak Anda Mengatasi Kesedihan, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/03/2019 . 2 minit bacaan
    Rasa Bersalah Selepas Kehilangan

    Menghadapi Rasa Bersalah Selepas Kehilangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/03/2019 . 2 minit bacaan
    Halangan Untuk Bersedih

    Halangan Untuk Bersedih

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/02/2019 . 2 minit bacaan