Anda Fikir Aktiviti Mewarna Hanya untuk Kanak-kanak? Ketahui 7 Manfaat Aktiviti Mewarna untuk Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masuk sahaja ke mana-mana rangkaian kedai buku terkenal di Malaysia, anda pasti menyedari lambakan pilihan buku mewarna untuk orang dewasa. Aktiviti yang dahulunya dilihat khusus untuk kanak-kanak kini telah muncul semula sebagai trend yang digemari orang dewasa. Dan sama seperti kesan psikologinya kepada kanak-kanak, aktiviti ini digunakan orang dewasa untuk membantu mengalihkan perhatian mereka daripada tekanan hidup harian.

Sama ada mewarna berdasarkan corak mandala, doodle, bunga, haiwan atau apa sekalipun, aktiviti mewarna untuk orang dewasa bukanlah sekadar fenomena seni tetapi didapati memberikan kesan kesihatan. Malah, buku mewarna yang ditawarkan kepada orang dewasa bersifat lebih kompleks dan mencabar.

Berikut merupakan 7 manfaat aktiviti yang kembali popular ini bagi orang dewasa:

1.Mengalihkan perhatian daripada diri sendiri

Aktiviti mewarna mengalihkan perhatian anda daripada diri anda sendiri. Sebaliknya, anda menjadi fokus kepada aktiviti yang sedang anda lakukan, seperti kesan meditasi. Daripada membiarkan diri melayan fikiran yang berkecamuk, anda dapat fokus mewarna pelbagai corak yang kompleks selama berjam-jam.

2. Membantu menangani masalah emosi dan mental

Masalah emosi dan mental boleh dicetuskan oleh kebosanan, tekanan perasaan dan rasa tidak bersistematik. Ini boleh terjadi dalam pesakit OCD, gangguan kegelisahan, kemurungan, ketagihan dan gangguan pemakanan. Masa dan perhatian yang diberikan individu kepada aktiviti mewarna mengalihkan fokus mereka daripada tabiat negatif serta membolehkan mereka fokus kepada aktiviti yang produktif dan selamat.

3. Menenangkan otak

Aktiviti ini dapat membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma (PTSD), kegelisahan, dan stres kerana ia bertindak menenangkan amygdala mereka. Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Mewarna dan menumpukan perhatian pada aktiviti yang menenangkan ini dapat mengurangkan tindak balas tersebut, memberikan istirahat yang diperlukan otak anda.

4. Mewarna mengembalikan kita ke masa lalu

Aktiviti ini semestinya dapat membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak yang membahagiakan. Ia mengingatkan anda pada saat anda tidak mempunyai beban tanggungjawab, hanya bermain dan bergembira. Mengembalikan diri kepada memori ini pastinya dapat membebaskan anda daripada kerisauan zaman dewasa meskipun hanya untuk beberapa jam.

5. Manfaat intelektual

Percaya atau tidak, aktiviti mewarna turut mempunyai manfaat intelektual. Ini disebabkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Lobus depan otak anda berfungsi untuk aktiviti dan fungsi otak yang lebih tinggi. Mewarna corak yang kompleks didapati mengaktifkan semua fungsi tersebut. Fikirkan sahaja kemahiran otak yang diperlukan untuk mempertimbangkan dan memilih skim warna yang kompleks serta membuat hasilnya cantik dari segi visual.

6. Melatih semula daya kemahiran

Aktiviti ini menggunakan kedua-dua hemisfera otak, kanan dan kiri. Apabila kita memilih skim warna dan menimbang kesesuaiannya, serta menggerakkan pensel warna pada kertas, ini sebenarnya mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus (pergerakan jari dan sebagainya). Uniknya, ini juga bermakna aktiviti ini boleh menjadi sangat berguna untuk terapi kerja. Semakin susah corak yang diwarnakan, semakin banyak fungsi otak dan daya kemahiran yang dilatih.

7. Mengalihkan perhatian daripada kesakitan

Aktiviti mewarna meningkatkan kesedaran kita dengan menggantikan pemikiran negatif dengan yang positif dan menyenangkan. Jika anda sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Dengan melakukan sesuatu berbanding hanya melihat, anda dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi.

Walaupun buku mewarna orang dewasa kini mudah didapati dan mempunyai pelbagai manfaatnya, tetapi aktiviti mewarna secara sendirinya bukanlah pengganti terapi seni. Terapi seni yang sebenar memerlukan ahli terapi berpengalaman yang membantu anda memanfaatkan seni untuk menangani masalah anda. Pun begitu, tidak salah untuk memanfaatkan aktiviti yang terbukti mempunyai pelbagai faedah ini. Apa lagi, masa untuk mengambil buku mewarna atau cetak sendiri corak yang ada atas talian untuk mula terjebak dengan hobi yang hebat ini!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Masalah rabun warna (buta warna) adalah masalah lazim yang sering dialami oleh populasi lelaki. Ketahui mengapa lelaki lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan