“Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Life Dia”. Anda Silap Jika Berfikir Seperti Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 mendapati bahawa, 29.2% rakyat Malaysia dikesan mengalami tekanan atau masalah kemurungan.

Ini membawa maksud bahawa setiap 3 individu daripada 10 individu yang berusia 16 tahun ke atas mempunyai masalah ini.

Punca kemunculan salah faham berkenaan masalah kemurungan

Jenis-jenis salah faham yang sering berlaku terhadap individu dengan masalah mental

Salah faham 1: Keresahan dan kemurungan adalah dua jenis penyakit yang unik

depresi

Menurut Sarah Johnson, pengarah perubatan di Landmark Outpatient Services, sebuah klinik kesihatan mental di Kentucky, keresahan dan masalah kemurungan atau depresi menjejaskan kawasan otak yang sama iaitu amygdala, hippocampus dan juga korteks hadapan.

Oleh itu, salah satu keadaan ini sebenarnya boleh mencetuskan keadaan yang satu lagi. 

Menurut Sarah Johnson lagi, keresahan boleh berlaku sebagai simptom bagi depresi klinikal.

Selain itu, terdapat jugakemungkinan untuk mengalami depresi yang dicetuskan oleh keadaan keresahan, seperti gangguan kebimbangan umum, gangguan panik atau gangguan kebimbangan pemisahan.

Kini anda telah tahu bahawa kedua-dua keadaan ini adalah saling berkaitan dan bukannya dua jenis keadaan yang amat berbeza. 

Salah faham 2: Kedua-dua keadaan adalah jarang berlaku

Mungkin kadangkala anda merasakan bahawa anda adalah satu-satunya individu yang sedang mengalami keresahan dan juga masalah kemurungan.

Walau bagaimanapun, keadaan yang sebenar adalah sebaliknya. Sebenarnya, ramai individu di luar sana yang juga sedang mengalami keadaan yang sama seperti yang anda alami. 

Menurut Luana Marques, Profesor Madya di Jabatan Psikiatri, Harvard Medical School, selain rakan dan ahli keluarga terdekat, individu yang mempunyai pengalaman yang sama dengan anda juga boleh membantu.

Sekiranya anda berasa sukar untuk meluahkan sesuatu masalah yang dialami kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain, carilah individu yang sedang atau pernah mempunyai pengalaman yang sama.

Selain itu, anda juga boleh mencari kumpulan sokongan tertentu bagi mereka yang mengalami keresahan dan depresi.

Salah faham 3: “Ada sesuatu yang tidak kena dengan anda”

Menurut Calum Hughes, CEO Allied Corporation, salah faham yang paling kerap berlaku mengenai keresahan dan depresi adalah ramai yang menganggap seperti ada yang tidak kena atau salah dengan seseorang individu tersebut.

Menurut beliau lagi, ramai di antara kita yang menganggap bahawa individu yang sedang mengalami keresahan dan depresi adalah seorang yang lemah dan tidak sesuai untuk berada dalam sesuatu komuniti.

Calum Hughes menegaskan, isu kesihatan mental perlu dilihat secara sama rata dengan isu-isu perubatan lain. ]Kita jarang sekali mendengar stigma atau persepsi negatif bagi mereka yang menghidap diabetes.

Begitu jugalah layanan yang sepatutnya diperoleh oleh mereka yang mempunyai keresahan atau kemurungan. 

Salah faham 4: Mereka yang mempunyai keresahan dan juga kemurungan mengalami simptom yang sama

Sebenarnya, keresahan dan depresi adalah satu terma yang luas yang melibatkan pelbagai jenis pengalaman.

Bagi sesetengah individu, keresahan yang dialami mungkin melibatkan kerisauan yang melampau berkenaan masa hadapannya.

Manakala bagi individu lain, mereka mungkin akan mengalami serangan panik yang tidak dijangkakan setiap minggu atau ketakutan terhadap benda-benda tertentu. 

Selain itu, kemurungan juga boleh mempunyai pelbagai simptom. Seseorang yang mempunyai depresi mungkin akan tidur sepanjang hari, tidak mempunyai tenaga dan mempunyai tahap emosi yang sangat rendah.

Manakala individu lain yang juga mempunyai depresi mungkin akan mudah berasa marah, kurang selera makan dan juga hilang minat dalam melakukan sesuatu yang pernah diminati sebelum ini.

Kesimpulannya, simptom-simptom bagi kedua-dua keadaan ini adalah berbeza, bergantung kepada individu tersebut.

Salah faham 5: Anda tahu bahawa anda sedang mengalami keresahan dan kemurungan

gangguan kegelisahan

Untuk pengetahuan anda, ini jelas sekali tidak benar. Sebahagian besar mereka yang mengalami keresahan dan kemurungan sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami keadaan tersebut.

Kadangkala, simptom keresahan dan kemurungan yang muncul mungkin tidak dianggap sebagai simptom berlakunya keresahan dan juga kemurungan. 

Menurut Winfried Sedhoff, seorang ahli perubatan keluarga dengan kepakaran berkaitan penyakit mental berkata, ramai pesakitnya tidak mendapatkan diagnosis terhadap keresahan dan kemurungan sehinggalah mereka mengalami simptom-simptom fizikal.

Antara simptom-simptom fizikal tersebut termasuklah kesukaran untuk tidur, kerisauan yang melampau, sakit dada, pening kepala, rasa letih tanpa sebab fizikal yang kukuh.

Ini menunjukkan bahawa ramai diantara pesakit-pesakit ini sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka sedang men

Kesimpulan

Jika anda pernah mempunyai stigma atau persepsi yang sama terhadap pesakit mental seperti yang dinyatakan di atas, anda mesti mengubahnya mulai hari ini.

Banyakkan pembacaan dan pendedahan terhadap isu-isu yang berkaitan kesihatan mental.

Kesedaran seperti ini sedikit sebanyak akan membantu mengubah persepsi negatif yang telah membelenggu masyarakat sejak sekian lama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan