Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi para pembaca yang memakai cermin mata, pernah tak anda berasa pening kesan memakai cermin mata yang baharu?

Adakah perkara ini menjadi tanda tanya kepada anda sama ada ia adalah normal ataupun tidak?

Jika anda curious, luangkan sedikit masa untuk membaca kerana artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan isu ini!

Apakah kesan memakai cermin mata baharu?

kesan memakai cermin mata

Jelas Dr. Laura Di Meglio, OD, Instruktur Oftalmologi di Johns Hopkins Medicine, ketika mendapat cermin mata yang baru, mata anda sekarang belajar untuk mengimbangi perubahan visual yang berubah, berlainan daripada kebiasaan.

Menurut beliau, mata kita terdiri daripada semua otot-otot kecil dan sistem fokus yang tersendiri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang baharu.

Oleh sebab otot dan sistem fokus mata tiba-tiba berfungsi dengan cara yang berbeza, anda mungkin mengalami sakit kepala atau pening akibat pemakaian kaca mata yang baharu.

Selain perubahan power pada cermin mata, perkara ini juga boleh berlaku kerana preskripsi lensa lekap baru atau berbeza.

Jika anda sudah biasa memakai cermin mata dan preskripsi baru anda tidak berubah secara drastik, mata anda akan mudah untuk menyesuaikan dengan power tersebut.

Tetapi menurut Dr. Di Meglio, jika anda memakai cermin mata buat pertama kalinya atau berdepan dengan perubahan preskripsi yang besar, mata anda mungkin mengalami kesukaran untuk menyesuaikan perubahan itu.

Normal ke berasa pening setelah menukar cermin mata baru?

Sekiranya anda berasa mata yang agak tidak selesa atau pening ketika pertama kali memakai preskripsi baru, jangan panik kerana itu adalah perkara yang normal dan hampir semua orang mengalaminya!

Sakit kepala atau berasa pening tersebut mungkin berkaitan dengan kesan memakai cermin mata yang baharu.

Ini kerana, perubahan terhadap cermin mata boleh membuat anda merasa pening atau mual dan semua perkara ini saling berkaitan.

Perubahan penempatan objek, pergerakan, dan persepsi kedalaman dalam visual mata, menyebabkan otak anda belum tahu cara untuk memprosesnya bagi mengubah semula keseimbangan dalam mata.

Namun, sekiranya anda masih mengalami simptom pening selepas beberapa ketika, sudah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan doktor mata anda.

Berikan sedikit masa agar mata anda menyesuaikan diri dengan preskripsi baru, dan perkara ini kebiasaannya tidak mengambil masa yang begitu lama.

Sama ada preskripsi power mata anda telah berubah atau anda baru membeli sepasang cermin mata baharu, proses untuk adapt dengan gelas baru sering memerlukan masa.

Ini adalah proses yang biasa akibat kesan memakai cermin mata baharu yang kadang-kala berlangsung selama seminggu atau lebih lama, selagi anda diberikan preskripsi yang tepat.

Cara-cara untuk mengelak dan mengatasi rasa pening akibat cermin mata baharu

pening kesan memakai cermin mata

Jika anda berasa pening, sakit kepala mahupun mual apabila mula memakai cermin mata baharu, jangan terus buang cermin mata tersebut!

Perubahan power atau preskripsi terhadap kaca mata adalah perkara yang normal dan sering berubah-ubah mengikut keperluan visual mata anda.

Apa yang dapat anda lakukan adalah dengan berlatih memakai cermin mata baharu anda sekerap yang mungkin.

Dr. Brian C. Adair, MD, Pakar Oftalmologi Komprehensif mencadangkan memakai cermin mata tersebut selama 3 hingga 4  jam dan kemudian berehat daripada memakainya dalam jangka masa beberapa hari.

Ini akan dapat memberi masa kepada mata anda untuk adapt dan adjust terhadap perubahan penglihatan anda.

Sekiranya anda berdepan dengan sakit kepala atau pening akibat perubahan terhadap kaca mata yang benar-benar mengganggu anda, pertimbangkan untuk berjumpa dengan pakar mata semula.

Namun dalam kebanyakan kes, kesan yang mungkin anda alami apabila memakai cermin mata yang baharu ini adalah sangat normal dan tidak akan memakan masa lama untuk pulih.

Oleh itu, pastikan anda tidak menyerah kalah dan cuba untuk berlatih terlebih dahulu dengan perubahan tersebut okay!

Rumusan

Kepada para pembaca yang baru sahaja bertukar kepada cermin mata baharu, jika perkara ini berlaku terhadap anda jangan panik dan praktikkan apa yang telah dikongsikan di atas. Semoga berjaya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

Ramai memakai cermin mata sama ada untuk bergaya atau keperluan. Namun kini, pemakaian penutup muka mampu sebabkan masalah kaca mata berkabus.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

Mungkin ramai yang sudah tahu kafein itu apa bukan? Namun tahukah kalian bahawa akan berlaku sesuatu pada tubuh badan jika berhenti ambil ia? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

Meluangkan masa yang lama di hadapan skrin telah menjadi isu besar bagi orang ramai hari ini kerana ia mampu menyebabkan masalah ketegangan mata.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit kepala ketika hamil

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
penyebab kebutaan secara tiba-tiba

Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah penglihatan

Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
pening kepala

Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 4 minit bacaan