Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Hubungan seks boleh jadi menyeronokkan dan boleh juga menjadi awkward terutamanya jika perkara yang tidak diduga berlaku seperti air mani si dia termasuk dalam mata.

Sekarang anda mungkin risau akan risiko jangkitan penyakit kelamin pula!

Anda akan susah hati dan tertanya-tanya sama ada penyakit kelamin (STI) boleh terjadi gara-gara ‘kemalangan’ tersebut.

Malahan, kini mata anda mulai terasa sakit dan panas kesan daripada percikan air mani tersebut. Bagaimana nak buat tu?

Artikel ini akan bantu menjawap segala persoalan anda mengenai perkara ini, pastikan anda teruskan membaca okay!

Kenali apa itu penyakit kelamin

air mani

Penyakit kelamin kebiasaannya disebarkan melalui aktiviti seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman dan bakteria, seperti gonorrhoea, klamidia, siflis, HIV dan banyak lagi.

Ia boleh dijangkiti semasa melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur mahupun melalui oral, mulut.

Di Malaysia, kes jangkitan penyakit kelamin bertambah dari tahun ke tahun.

Antara kemungkinan sebabnya adalah golongan remaja yang menerima pendedahan terlalu awal kepada seks atau akibat kurang didikan mengenai risiko hubungan seks.

Jangkitan penyakit kelamin melalui mata- kajian

Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 1999, menganggarkan bahawa risiko jangkitan HIV melalui pendedahan mucocutaneous ialah 0.03%.

Dengan kata lain, jangkitan HIV yang berlaku melalui selaput lendir yang melapisi mulut dan hidung tidak akan dijangkiti HIV.

Kajian lain yang dilakukan oleh para penyelidik, menganggarkan bahawa orang yang terdedah kepada darah yang dijangkiti HIV di tempat kerja, dengan batang jarum atau kontak melalui kulit, mempunyai risiko 0.3% jangkitan HIV.

Selain itu, ada satu kes yang didokumentasikan mengenai seseorang yang mendapat HIV ketika bekerja di makmal hospital, secara tidak sengaja terpercik dengan darah yang dijangkiti HIV ke dalam mata individu tersebut.

Laporan kes mengatakan, pada saat kemalangan itu, dia merasakan titisan tumpah ke dalam mata kirinya namun dia hanya bertindak balas dengan berkedip cepat dan tidak mencuci mata.

Punca jangkitan itu, 5 minggu setelah ia terjadi ianya dikesan kembali kepada seorang pesakit di unit rawatan intensif hospital tersebut, yang mendapat rawatan selama sebulan berikutan kemalangan jalan raya yang teruk.

Para penyelidik dapat mengesahkan sumber jangkitan dengan membandingkan urutan genetik dari 2 jenis HIV yang berbeza pada anggota kakitangan hospital dan pesakit yang menerima rawatan.

Oleh itu, anda sudah boleh bertenang kerana risiko jangkitan penyakit kelamin melalui mata bahkan lebih rendah dan hampir dengan sifar jika dibandingkan dengan orang yang positif HIV sedang menjalani rawatan.

Usah takut jika air mani termasuk mata

Kemungkinan anda akan dijangkiti penyakit kelamin melalui mata daripada percikan air mani adalah sangat rendah.

Menurut Dr Stephanie Ooi, seorang doktor kesihatan wanita dari My Healthcare Clinic, jika percikan cecair air mani masuk ke dalam mata, dicadangkan untuk terus membilas mata anda dengan air selama kira-kira 20 minit.

Setelah anda lap mata dengan kain muka yang bersih, luangkan sedikit masa untuk melihat bagaimana keadaan mata anda terasa.

Sekiranya anda masih merasa kegatalan atau ketidakselesaan, cuba basuh lagi.

Selain itu, adalah lebih baik untuk mengelakkan bahagian mata daripada sebarang solekan, memakai kanta lekap atau terus menggosok atau menyentuh mata kerana dikhuatiri menjadi lebih teruk.

Bakteria di dalam sperma boleh menyebabkan konjunktivitis atau keradangan pada bahagian kelopak mata anda.

Jika rasa sakit dan kemerahan tidak menghilang dalam masa 24 jam ataupun semakin bertambah buruk, segera berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan perubatan dengan secepat mungkin.

Sekiranya gejalanya tidak seburuk itu tetapi anda ingin melegakan kesakitan, singgah di mana-mana farmasi tempatan anda dan dapatkan titisan mata.

titisan mata

Setelah mata anda bertambah baik, sebaiknya tunggu hingga 3 bulan untuk memastikan hasil ujian yang tepat.

Namun, dengan satu pengecualian sekiranya pasangan yang ejakulasi didapati menghidap penyakit kelamin, usah buang masa dan segera berjumpa doktor.

Apa patut dilakukan jika air mani termasuk mata?

Segera lakukan tindakan-tindakan ini sekiranya air mani termasuk mata:

  1. Mulakan dengan mencuci mata dengan lembut menggunakan air yang suam.
  2. Keluarkan kanta lekap anda jika memakainya dengan berhati-hati dan jangan masukkannya kembali kecuali mata anda sudah kelihatan dan terasa normal.
  3. Pastikan anda membersihkan kanta lekap dengan larutan pembasmi kuman terlebih dahulu sebelum anda memasukkannya semula.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Kebiasaannya, sifilis banyak dikaitkan dengan lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa sifilis wanita juga wujud? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Sifilis 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Untuk Kaum Lelaki! Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kesihatan Prostat Anda

Radang prostat adalah antara masalah yang boleh berlaku pada prostat. Selain itu, ada beberapa lagi masalah lain yang boleh berlaku. Kaum lelaki kena tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Prostat, Urologi 22/01/2021 . 4 minit bacaan

Suka Lihat Orang Bermata Biru? Ambil Tahu Kaitan Antara Warna Mata & Penglihatan

Penglihatan adalah salah satu pancaindera yang berharga. Di dunia ini, terdapat pelbagai warna mata yang dapat kita lihat mengikut negara dan keturunan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pembedahan kantung mata

Wajah Nampak Tua Jika Ada Masalah Kantung Mata, Macam Mana Nak Hilangkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 3 minit bacaan
pancut air mani

Air Mani Tak Keluar, Bahkan Masuk Ke Dalam Pundi Kencing Semasa Orgasme! Bahaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit hepatitis b

Dalam Banyak Jenis Hepatitis, Yang PALING BAHAYA Ialah Jenis B! Ingin Tahu Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 2 minit bacaan
senaman mata yoga mata

Mata Penat Asyik Hadap Laptop? Cuba Senaman Yoga Mata, Bagus Untuk Penglihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan