Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit?
Ia mungkin sering terjadi apabila anda memandang sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.
Bentuknya selalunya rawak sama ada berbintik, bergaris ataupun berbentuk sarang labah.
Tahukah anda, perkara ini dikenali sebagai floaters mata atau eye floaters.
Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata anda bertambah cair.
Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika anda cuba untuk melihatnya secara direct.
Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.
Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika anda sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan anda.
Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya anda khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.
Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata anda akan bertambah cair mengikut peredaran usia.
Sejauh manakah anda boleh menghiraukan kewujudan floaters mata? Benarkah ianya tidak mempunyai kesan sampingan?
Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.
Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.
Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.
Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.
Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.
Sekiranya eye floaters anda tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Anda harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.
Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak anda akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.
Kalau anda terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:
Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.
Jaga kesihatan mata anda sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.
Bagi memastikan kesihatan mata anda kekal pada tahap yang baik, anda boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.
Pakar mencadangkan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.
Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen