Tak Perlu Malu, Rawat Saja Masalah Mati Pucuk Di Rumah, Hanya 5 Minit Sehari!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah lelaki mati pucuk (atau disfungsi erektil, ED) merupakan satu isu hubungan seksual yang sering mendapat perhatian ramai.

Di laman web carian Google sahaja, lebih daripada 2 juta pencarian berkaitan dengan isu mati pucuk dibuat setiap bulan.

Oleh sebab kesihatan seksual boleh mempengaruhi kualiti hidup manusia, masalah sebegini perlu mempunyai penyelesaian yang berkesan.

Faktor yang menyebabkan berlakunya mati pucuk perlu difahami dan kesannya kepada kesihatan mental dan psikologi lelaki perlu diperakui.

Kajian sains menunjukkan terdapat senaman yang boleh membantu meredakan simptom mati pucuk dalam kalangan penghidap. Baca ini.

Definisi dan konteks lelaki mati pucuk

mati pucuk

Apa yang anda perlu faham adalah mati pucuk tidak semestinya merujuk kepada mereka yang tidak boleh mengalami ereksi.

Lelaki yang tidak boleh mengekalkan ereksi semasa hubungan seks juga boleh didiagnosis dengan masalah mati pucuk.

Kebanyakan lelaki boleh mengalami keadaan ini terutamanya jika mereka stres. Kaitan antara kesihatan mental dan seksual terbukti melalui kajian saintifik.

Secara amnya, lelaki yang mengalami masalah emosi dan hubungan berisiko untuk berhadapan masalah ini.

Namun, apa yang lebih serius adalah masalah mati pucuk yang disebabkan oleh penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan obesiti.

Jika penyakit tersebut tidak dikawal, masalah mati pucuk boleh mempengaruhi kesihatan individu secara menyeluruh.

Perlu ambil ubat ke untuk rawat masalah mati pucuk?

Mungkin anda biasa dengar ubat Viagra dalam rawatan mati pucuk.

Walaupun penggunaan ubat tersebut mampu memulihkan fungsi organ seks lelaki, tapi preskripsinya bergantung kepada keadaan klinikal pesakit.

Sebagai contoh, mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan stres dan kemurungan perlu mendapatkan bantuan pakar.

Pun begitu, terdapat senaman yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kesan patologi mati pucuk terhadap kehidupan seks anda.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti England Barat di UK pada tahun 2005 menunjukkan senaman pelvik boleh membantu 40% subjek lelaki mati pucuk untuk mengalami ereksi.

Bukan itu sahaja, ereksi mereka mengalami peningkatan kualiti setinggi 33.5%.

Dapatan ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menunjukkan potensi senaman otot pelvik dalam merawat masalah mati pucuk dan isu kesihatan berkaitan dengan pelvik.

Asas kepada senaman kegel bagi lelaki

mati pucuk

Senaman pelvik atau senaman kegel boleh membantu lelaki untuk menguatkan otot yang dikenali sebagai otot bulbocavernosus.

Otot ini mempunyai 3 fungsi penting iaitu:

  1. Membolehkan zakar dipenuhi dengan darah semasa ereksi. 
  2. Membantu mengosongkan tiub uretra selepas kencing.
  3. Mengepam keluar air mani semasa proses ejakulasi

Jika anda pernah cuba menahan air kencing keluar, otot yang mengeras semasa tindakan tersebut merupakan sasaran utama bagi senaman kegel lelaki untuk elak mati pucuk.

Apa yang anda perlu buat secara asasnya adalah kemut otot tersebut, tahan untuk 5 saat dan relaks. 

Senaman ini boleh dibuat 2 hingga 3 kali sehari. Pada setiap sesi, ulang sebanyak 10 hingga 20 kali.

Dalam masa sehari, anda hanya perlu luangkan 5 minit sahaja untuk senaman kegel pada kekerapan 20 kemutan 3 kali sehari.

Pun begitu, senaman ini bukanlah aktiviti ajaib yang boleh merawat semua jenis mati pucuk.

Bagi yang mengalami mati pucuk tahap teruk, ia perlu diiringi dengan rawatan doktor.

Senaman kegel boleh dilakukan dalam posisi yang berbeza seperti baring, duduk atau ketika berdiri.

Jika pada cubaan pertama anda tidak boleh melakukan sebanyak 10 kali, usah risau.

Kalau sentiasa diulang, lama-kelamaan anda boleh melakukan sehingga 20 kali pada kekerapan 3 kali sehari.

Seperti otot lain, ia akan menjadi kuat jika selalu dilatih.

Anda mungkin berminat:

Senaman aerobik turut berkesan dalam merawat masalah disfungsi erektil

mati pucuk

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 di laman Jurnal Kardiologi Amerika menunjukkan senaman aerobik boleh membantu merawat masalah mati pucuk.

Oleh sebab mati pucuk diakibatkan oleh masalah pengaliran darah di dalam badan, senaman yang melancarkan pengaliran darah boleh membantu.

Tak perlu buat senaman berat jika tidak mahu, berjalan laju selama 30 minit, 3 hingga 4 kali seminggu juga boleh memberikan impak yang besar dalam kehidupan anda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan aktiviti senaman berintensiti sederhana (joging, jalan laju) sekurang-kurangnya 150 minit seminggu bagi setiap individu untuk kekal sihat.

Jangan hanya bergantung kepada pil untuk menyelesaikan masalah mati pucuk.

Pastikan anda cuba alternatif sihat seperti senaman untuk menambah baik kualiti hidup anda.

Konklusi

Anda boleh cuba amalkan senaman kegel dan aerobik untuk bantu atasi masalah kesihatan termasuklah mati pucuk.

Ingat, jika anda mempunyai masalah disfungsi erektil teruk, nasihat daripada doktor berkaitan dengan perubahan gaya hidup dan rawatan ubat perlu dituruti.

Senaman tidak boleh bantu untuk rawat masalah lelaki mati pucuk jika pemakanan dan pengambilan ubat (sekiranya perlu) tidak dijaga dengan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

Kekurangan androgen adalah ketika tubuh mempunyai tahap hormon seks lelaki yang lebih rendah berbanding yang diperlukan, terutamanya testosteron.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kesan steroid terhadap kesuburan dan kesihatan lelaki? Jom klik dan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Tentang Chlamydia Yang Perlu Anda Tahu

Chlamydia merupakan salah satu penyakit yang berjangkit melalui seks. Ia berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
lelaki macho

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
tahap stres

Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
mati pucuk bagi lelaki

Hubungan Di Ranjang Terjejas, Ini 5 Penyakit Kronik Yang Boleh Buat Suami Mati Pucuk

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan