backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/10/2021

    Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

    Tahukah anda, ada kesan steroid terhadap kesihatan dan kesuburan lelaki? Jom ikuti artikel ini!

    Disebabkan itu, sudah ramai yang mula mengunjungi gimnasium untuk mengangkat berat dan bermain besi bagi merealisasikan impian ini.

    Pun begitu, tidak kurang juga yang cuba untuk mengambil jalan singkat untuk mendapatkan tubuh sasa dengan cara mengambil steroid.

    Apa itu steroid?

    Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan perkara penting ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, steroid sebenarnya adalah sejenis hormon semula jadi yang terhasil di dalam tubuh badan manusia.

    Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu kortikosteroid serta anabolik dan kedua-duanya juga boleh diambil secara luaran yakni melalui suplemen.

    Kortikosteroid mempunyai beberapa jenis seperti prednisolone, dexamethasone, betamethasone dan lain-lain yang boleh diambil melalui kapsul, tablet, krim, ubat sedut atau titis mata.

    Anabolik pula kebiasaannya dalam bentuk cecair untuk disuntik secara terus ke dalam tubuh badan.

    Kebiasaannya, steroid akan diambil sebagai ubatan untuk merawat penyakit namun ada juga yang menyalahgunakannya!

    Pengambilan steroid untuk tubuh badan yang sasa?

    Selain digunakan sebagai ubatan untuk merawat penyakit, steroid juga biasa digunakan oleh atlet sukan atau bina badan untuk mendapatkan tubuh badan yang sasa.

    Pun begitu, ia kini telah kerap disalahgunakan oleh kebanyakan para lelaki yang mempunyai impian sama.

    Memetik kata Dr James Mossman dari temubualnya bersama BBC News, sebahagian lelaki mengambilnya sebagai jalan pintas untuk mencantikkan tubuh badan mereka.

    Mungkin benar bahawa pengambilannya akan mempercepatkan proses tumbesaran dan pembesaran otot seorang lelaki namun ada risiko yang berbahaya di sebaliknya.

    Hanya kerana mahukan tubuh badan yang sasa, kesihatan dan kesuburan anda mungkin akan terjejas!

    Kesan steroid terhadap kesihatan & kesuburan?

    Menurut Dr James Mossman lagi, para saintis telah menemui evolusi paradoks di mana golongan lelaki telah merosakkan keupayaan memliki zuriat angkara steroid.

    Ini kerana pengambilannya dalam kuantiti tidak terkawal boleh menjejaskan sperma di dalam air mani lelaki sekali gus merosakkan kualiti dan kuantitinya.

    Menurut anggaran Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan, masalah pengeluaran sperma lelaki menjejaskan kira-kira separuh daripada semua pengguna steroid.

    Ia mungkin boleh pulih dengan sendirinya apabila anda berhenti mengambil steroid tetapi ia mengambil masa berbulan atau bertahun untuk kembali kepada keadaan normal.

    Adakah risiko ini berbaloi? Fikirkannya semula!

    masalah ereksi lelaki

    Bukan sahaja ketidaksuburan, lelaki yang mengambilnya juga mungkin akan mengalami kesan seperti berikut:

    #1. Kesan steroid – Tekanan darah tinggi

    Hormon dalam steroid menyebabkan tubuh badan mengekalkan natrium dan cecair dalam masa beberapa hari lantas memberikan tekanan tambahan pada saluran darah anda.

    Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan otot jantung anda menjadi kaku yang seterusnya boleh membawa kepada penyakit berkaitan organ jantung.

    Selain meningkatkan tekanan darah, steroid juga boleh meningkatkan kolesterol LDL (jahat) dan menurunkan kolesterol HDL (baik) anda.

    Kedua-dua perkara ini mungkin akan menyebabkan aterosklerosis (apabila arteri anda menjadi lebih sempit dengan plak), yang boleh menyebabkan serangan jantung.

    #2. Kesan steroid – Tingkah laku agresif

    Steroid bukan sahaja membuatkan diri beremosi dalam tempoh singkat malahan juga boleh mendorong amarah yang teruk dan membuatkan anda melakukan perkara-perkara di luar jangkaan.

    Ia juga boleh membuatkan anda berasa lebih cemas dengan mungkin menganggap orang ramai sebagai ancaman atau halangan, dan anda cenderung menggunakan kekerasan untuk melindungi diri.

    Testosteron yang berlebihan juga akan merosakkan sistem saraf pusat lantas menghalang pengeluaran serotonin neurotransmiter yang baik.

    Akibatnya, anda lebih mudah tertekan dan beremosi sekali gus bersifat agresif.

    kesilapan seks lelaki

    Kesan steroid #3. Jerawat

    Steroid merosakkan kulit anda dengan dua cara.

    Pertama, ia mungkin akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak lemak dan kolesterol yang menjadikan kulit anda berminyak.

    Pada masa yang sama, ia juga turut akan menggalakkan kulit anda untuk meningkatkan pengeluaran bakteria sekali gus menumbuhkan jerawat.

    Adakah anda mahu kesan steroid ini terjadi?

    Tepuk dada, tanya selera jika anda sebagai lelaki mahu kesan pengambilannya seperti kesuburan dan kesihatan kalian terjejas hanya kerana mahu tubuh badan yang sasa?

    Jika tidak, adalah tidak salah untuk membina tubuh badan agar kelihatan lebih segak namun pastikan ia dilakukan dengan cara yang betul.

    Paling penting, sila elakkan sama sekali pengambilan steroid atau sebarang suplemen tambahan terutamanya yang tidak diperakui oleh doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan