Lelaki, Sila BERHENTI Kencing Berdiri & Jangan Malas Atau Lupa Cuci Zakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mungkin anda pernah melihat atau terlihat lelaki lain menggunakan tempat membuang air berdiri (urinal bowl) yang banyak disediakan di tandas-tandas awam untuk kencing berdiri.

Pertama, adakah terdapat sebarang kesan terhadap kesihatan jika anda kencing berdiri atau duduk

Kedua, memandangkan kebanyakan pengguna urinal bowl ini jarang sekali membasuh kemaluan mereka setelah membuang air, adakah terdapat juga apa-apa kesan jika individu tidak mencuci kemaluan setelah kencing?

Mungkin ada di antara kita, terutama lelaki yang pernah melakukan salah satu daripada dua perkara berikut. Tenang, dan mari kita cari apa jawapan di sebalik dua persoalan ini.

Saya sering kencing berdiri, ada sebarang kesan atau tidak pada kesihatan saya?

kencing berdiri

Menurut Dr. Jamin Brahmbhatt, seorang Pakar Urologi dan Profesor di University of Central Florida College of Medicine, lelaki mungkin perlu kencing dalam keadaan duduk sekiranya prostat mereka bersaiz besar.

Ini kerana, kencing duduk boleh membantu merehatkan otot pelvis, yang mana ia akan membantu air kencing untuk keluar dengan lebih mudah.

Kajian dari Leiden University Medical Centre pula menyatakan, kencing dengan cara duduk membolehkan aliran air kencing dikeluarkan dengan lebih kuat, dan ini membantu melegakan simptom hipertrofi prostat benigna peringkat awal. 

Kajian tersebut turut menyatakan bahawa, apabila kita berdiri, kita mengaktifkan otot yang berada di sekitar abdomen bawah, pelvis dan juga tulang belakang. Ini menghalang kita untuk kencing dengan lebih baik.  

Kencing berdiri buatkan anda lebih kotor!

Kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli fizik yang diketuai oleh Prof Tadd Truscott dan juga Randy Hurd menyatakan, kencing berdiri boleh meningkatkan halaju air kencing tersebut secara signifikan. Apakah kesannya?

Ia menjadikan anda lebih mudah terkena percikan air kencing dan tandas menjadi kurang bersih dan dipenuhi dengan bakteria. 

Kaedah kencing berdiri ini bukan sahaja lebih mengotorkan tandas, malah membuatkan tubuh dan pakaian anda turut menjadi kotor.

Kencing berdiri menggalakkan anda untuk tidak mencuci kemaluan

kencing berdiri

Kebanyakan mangkuk kencing berdiri ini (urinal bowl) berfungsi sebagai tempat untuk anda membuang air kencing dengan segera tanpa perlu menanggalkan seluar dan boleh dilakukan dengan berdiri sahaja. 

Selain itu, mangkuk kencing ini juga biasanya tidak menyediakan sebarang paip atau punca air untuk anda mencuci kemaluan anda.

Aliran air yang ada pada mangkuk ini hanyalah bertujuan untuk membersihkan mangkuk tersebut daripada air kencing sahaja, bukannya disediakan untuk mencuci kemaluan anda. 

Oleh sebab itu, ramai yang membuang air kecil di mangkuk ini sememangnya jarang sekali untuk mencuci kemaluan mereka sama ada dengan menggunakan air mahupun tisu.

Apakah kesan jika saya tidak mencuci kemaluan setelah membuang air kecil?

Antara kesannya jika tidak mencuci kemaluan setelah kencing adalah kegatalan boleh berlaku pada zakar.

Selain itu, jika individu tidak mencuci kemaluan dengan kerap setiap hari, maka smegma akan terbentuk.

Smegma ialah sejenis bahan pelincir semula jadi yang kelihatan seperti keju, dan bertindak memastikan zakar sentiasa berada dalam keadaan lembap. Ia akan terbentuk pada bahagian kepala zakar dan juga di bawah kulup jika individu tersebut tidak bersunat. 

Apa yang berlaku jika smegma ini terbentuk?

Zakar anda semestinya akan memiliki bau yang kurang enak. Selain itu, kulup zakar anda juga akan menjadi sukar untuk digerakkan.

Paling membimbangkan, lokasi di mana smegma ini terbentuk turut akan menjadi tempat pembiakan bagi bakteria. 

Jika smegma telah terbentuk, ia juga akan menyebabkan keradangan pada bahagian kulit yang berada di sekitarnya.

Ini akan menbuatkan individu berasa tidak selesa selain boleh menyebabkan satu keadaan lain yang disebut sebagai balanitis.

Balanitis adalah satu keadaan di mana kepala zakar berubah warna menjadi kemerah-merahan dan meradang. 

Apa yang sepatutnya saya lakukan sekarang?

kencing berdiri

Jika anda mula mengamalkan amalan kebersihan seperti yang sepatutnya, anda akan dapat mengelakkan diri daripada sebarang perkara yang tidak diingini seperti risiko jangkitan dan juga bau yang tidak menyenangkan daripada kemaluan anda. 

Bagi kaum lelaki, cuba untuk masuk ke tandas dan mula membuang air kecil dalam keadaan duduk atau mencangkung.

Elakkan penggunaan mangkuk kencing di tandas awam. Setelah membuang air kecil, basuhlah zakar anda dengan air bersih dan gunakan sabun yang bersifat lembut jika ada. 

Setelah itu, pastikan anda mengeringkan kawasan kemaluan dengan menggunakan tisu atau kain sebelum mula memakai semula seluar.

Ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan kulat pada masa hadapan yang mungkin berlaku pada zakar anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

    Balanitis adalah penyakit berbahaya buat lelaki dan akan menyerang bahagian zakar. Jom klik artikel ini untuk tahu punca sebenar ia terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

    Apakah penyakit peyronie berbahaya? Ya, ia adalah penyakit yang sangat berbahaya buat lelaki. Persoalannya, ia boleh disembuhkan hanya dengan urutan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

    Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing tak lawas

    Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah ereksi zakar

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    ejakulasi lelaki

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan