Bagi golongan lelaki, kesihatan buah zakar adalah antara perkara yang sangat penting. Namun bagaimana jika timbul banyak bintik putih pada testis?
Kadangkala, ia sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya akan pencetus atau penyebab kondisi ini berlaku.
Ada yang percaya bahawa ia adalah disebabkan oleh beberapa jenis penyakit jangkitan kelamin (STD), ulser ataupun kanser.
Ayuh kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu punca sebenar bintik putih muncul pada buah zakar.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Apa maksud bintik putih pada testis?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita tahu definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu keadaan di mana timbul banyak bintik berwarna putih seakan jerawat atau ketuat pada buah zakar secara tiba-tiba tanpa diketahui sebab ia berlaku.
Kebiasaannya, kondisi ini tidak akan menyebabkan kesakitan atau kegatalan cuma kewujudannya akan membuat kita terfikir puncanya (sama ada kanser testis atau bukan).
Kita mungkin akan mengaitkannya dengan STD, ulser, kanser atau pelbagai lagi sebab yang lain.
Untuk mengetahuinya, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Apa punca bintik putih ini muncul?
Setiap kali ia berlaku, akan wujud beberapa faktor kemungkinan yang mendasarinya seperti:
#1. Jerawat
Ya, mungkin benar ia hanyalah sekadar jerawat yang akan berlaku akibat tisu mati atau minyak yang tersekat pada pori kulit skrotum.
Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan bakteria untuk merebak dan membiak lantas memenuhkan pori dengan jangkitan nanah.
Ia bukanlah satu keadaan yang begitu berbahaya dan akan hilang dengan sendiri seiring peredaran masa.
Pun begitu, anda diingatkan untuk tidak memicitnya.
Sebaliknya sapukan benzoyl peroxide atau salicylic acid (dapatkan dari doktor) pada testis untuk membunuh bakteria, membuang minyak dan membaiki tisu mati.
#2. Ketuat
Bintik putih pada testis juga mungkin adalah ketuat yang disebabkan oleh STD seperti Human papillomavirus (HPV) sifilis atau herpes.
Penyakit jangkitan kelamin ini tentu sahaja didasari oleh faktor seks yang tidak selamat serta perlakuan aktiviti seksual bersama ramai pasangan.
Sekiranya ia berlaku, segera dapatkan rawatan lanjutan daripada doktor untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.
Antara jenis rawatan yang doktor mungkin akan lakukan adalah:
- Pengambilan ubatan
- Pembedahan laser
- Pembedahan cyro
#3. Rambut tumbuh ke dalam
Ia adalah satu keadaan di mana rambut (bulu) pada buah zakar tumbuh ke dalam lantas mengakibatkan kerengsaan pada kulit. Perkara yang sama juga sering berlaku kepada lelaki berjambang.
Inilah antara punca bintik putih ini timbul dan jangan sesekali anda cuba untuk memecahkannya sendiri jika ia berlaku pada anda.
Ia adalah tidak berbahaya dan mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan lanjutan daripada doktor.
#4. Bintik putih akibat folliculitis
Apakah ia? Untuk pengetahuan anda, folliculitis adalah satu kondisi di mana folikel bulu pada testis dijangkiti bakteria, kuman atau rambut tumbuh ke dalam.
Ia mungkin akan mengakibatkan kegatalan namun tidak akan menyebabkan kesakitan yang begitu berbahaya.
Namun sekiranya ia berlanjutan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi ubatan antibiotik atau rawatan lanjutan yang lain.
#5. Pilar cyst
Pilar cyst adalah sejenis sista yang terbentuk apabila folikel rambut pada buah zakar dipenuhi dengan keratin – protein yang membentuk rambut dan kuku.
Sekiranya kandungan ini terlebih, ia akan menyebabkan bintik putih ini muncul pada sesuatu kawasan.
Sista jenis ini bukan sahaja boleh berlaku pada skrotum malahan juga kulit kepala atau kulit badan yang dipenuhi dengan banyak rambut.
Ia boleh membengkak dan menyebabkan kerengsaan serta kesakitan jika sista ini makin membesar dan tidak dirawat dengan kadar segera.
Ia petanda kanser testis?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat beberapa sebab bintik putih pada testis ini muncul.
Pun begitu, mungkin masih ramai yang akan terfikir dan tertanya-tanya sama ada ia bersifat kanser atau tidak.
Jawapan mudahnya adalah tidak kerana ia mungkin didasari oleh faktor-faktor lain seperti yang kami senaraikan di atas.
Dalam pada itu, bintik putih mungkin bukan salah satu dari simptom kanser testis seperti berikut:
- Testis membengkak
- Testis rasa kebas
- Testis dipenuhi dengan cecair
- Rasa sakit atau senak pada buah zakar
- Kemunculan tumor pada testis
Meskipun ia mungkin bukan salah satu dari simptom kanser, namun adalah wajar untuk kalian berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis awal.
Ini bertujuan untuk mengelakkan sel kanser ini daripada terus merebak dan makin meneruk sehingga ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi.
Dalam erti kata yang lebih mudah, jangan biarkan segala keadaan yang berlaku pada testis dan segera rujuk doktor untuk pemeriksaan.
[embed-health-tool-bmi]