backup og meta

Alamak! Zakar Tidak Tegang Di Waktu Pagi Petanda Mati Pucuk, Ini Penjelasannya!

Alamak! Zakar Tidak Tegang Di Waktu Pagi Petanda Mati Pucuk, Ini Penjelasannya!

Anda tahu apa itu mati pucuk?

Masalah mati pucuk adalah satu keadaan yang sangat dan paling ditakuti oleh kaum lelaki di luar sana kerana akan wujud pelbagai komplikasi akibatnya.

Bukan sahaja ia akan mengakibatkan masalah dalam aktiviti seksual bersama pasangan malah juga pasti memberi efek buruk terhadap fizikal dan mental.

Persoalannya, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda menghidapi kondisi ini ataupun tidak?

Ada yang percaya bahawa ia ada kaitan dengan morning wood atau zakar menegang pada waktu pagi. Jom ikuti artikel ini untuk tahu apa itu mati pucuk.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Apa itu mati pucuk?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar apa itu mati pucuk yang turut dikenali sebagai disfungsi erektil ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah satu keadaan di mana lelaki akan gagal untuk memulakan atau mengekalkan ereksi zakar.

Kondisi ini seterusnya akan mengakibatkan pasangan suami isteri tidak mampu untuk melakukan aktiviti seksual terutamanya penetrasi zakar ke dalam faraj.

Ia boleh terjadi pada lelaki tanpa mengira individu namun lebih berisiko seiring dengan peningkatan usia. Berikut adalah huraiannya:

  • 12% bagi lelaki yang berusia 60 tahun ke bawah
  • 22% bagi lelaki  yang berusia 60 ke 69 tahun
  • 30% bagi lelaki yang berusia 70 tahun ke atas

Apa punca mati pucuk?

apa itu mati pucuk

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan keadaan ini dan ia terbahagi kepada 2 aspek iaitu:

Punca fizikal

  • Penyakit jantung
  • Kadar kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Saluran darah tersumbat
  • Saluran darah tercedera
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penyalahgunaan dadah atau alkohol
  • Merokok
  • Komplikasi pembedahan di kawasan pelvis
  • Gangguan tidur
  • Pengambilan ubat-ubatan

Punca mental

  • Kemurungan
  • Kegelisahan
  • Depresi
  • Stres

Dalam erti kata yang lebih mudah, masalah disfungsi erektil ini adalah masalah yang sangat serius dan bahaya.

Oleh itu, jangan malu atau takut untuk mendapatkan bantuan dan rawatan perubatan daripada doktor di hospital.

Sekiranya tidak dibendung, ia akhirnya akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal lantas merosakkan kehidupan rumah tangga buat pasangan suami isteri.

Adakah wujud sebarang petanda awal?

Seperti mana yang kita semua tahu, apa itu mati pucuk adalah satu kondisi kesihatan yang akan memberi kesan kepada alat sulit lelaki.

Gejala utama apa itu mati pucuk adalah ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi semasa melakukan aktiviti seks.

apa itu mati pucuk

Jika penyebabnya ialah fizikal, gejala penyakit mungkin akan melibatkan simptom-simptom yang turut wujud dalam penyakit sama yang menyebabkannya.

Jika penyebab ialah mental, penderita mungkin mengalami masalah untuk mengawal emosi ekoran pelbagai masalah mental yang dialaminya.

Ada satu kepercayaan di mana tidak mengalami morning wood adalah petanda mati pucuk! Benarkah?

Morning wood adalah indikatornya?

Buat anda yang mungkin belum tahu, keadaan zakar tegang pada waktu pagi dialami oleh setiap lelaki yang mempunyai tahap kesihatan seksual yang sihat.

Menurut Pakar Perubatan Urologi dari Los Angeles di Amerika Syarikat Dr Adam Ramin, lelaki kebiasaannya akan mengalami ereksi sebanyak 3 hingga 5 kali ketika tidur.

Perkara ini tiada kaitan dengan rangsangan seksual dan mimpi basah sebaliknya merupakan tanda bahawa badan anda sedang berfungsi dengan baik.

Ereksi tersebut biasanya akan berlangsung selama 25 hingga 35 minit dan sering akan dikaitkan dengan kitaran tidur rapid eye movement (REM).

Namun bagaimana jika lelaki tidak mengalaminya? Adakah ia petanda bahawa zakar anda tidak berfungsi dengan baik?

Jawapannya adalah mungkin ya!

Jika anda tidak lagi mengalaminya ketika bangun tidur, ia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan dan perkara yang paling lazim didiagnosis adalah masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia bukan satu kemestian dan sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

apa itu mati pucuk

Bagaimana merawat mati pucuk?

Ada beberapa kajian yang mengatakan penggunaan beberapa minyak pati mungkin boleh menjadi penawar kepada kondisi ini seperti:

  • Ros
  • Rosmari
  • Lavender
  • Kulit kayu manis
  • Halia

Sudah terdapat banyak kajian yang menyokong dakwaan kononnya minyak-minyak pati ini boleh membantu suami mati pucuk.

Jadi isteri mungkin boleh membantu si dia untuk menyapu minyak-minyak pati yang kami nyatakan di atas ini pada zakar suami.

Selain itu, ia juga mungkin boleh digunakan dengan menjadikan minyak pati ini sebagai wangian atau bauan pada sistem pengudaraan di rumah kalian.

Namun adalah lebih baik jika kalian pergi berjumpa doktor pakar untuk melakukan ujian darah, kencing, bunyi, fizikal, mental serta ereksi.

Dengan ini, maka dapatlah anda lebih mengenali tentang apa itu mati pucuk dan mendapatkan nasihat serta rawatan untuk kondisi ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Human male sexual response to old factory stimuli.http://aanos.org/human-male-sexual-response-to-olfactory-stimuli/Accessed Oct 27, 2020.
  2. Erectile dysfunction. http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=211. Accessed Oct 27, 2020.
  3. Penis facts. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/five-penis-facts/Accessed Oct 27, 2020.
  4. Symptoms. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776. Accessed Oct 27, 2020.
  5. Diagnosis and treatment. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/diagnosis-treatment/drc-20355782. Accessed Oct 27, 2020.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan