
Anda pernah terdengar atau terbaca mengenai azoospermia? Untuk pengetahuan anda, ia adalah kondisi yang boleh berlaku pada sperma lelaki yang seterusnya akan mengakibatkan masalah kesuburan.
Masalah kesuburan tentu sahaja adalah masalah yang biasa dalam kehidupan rumah tangga. Masalah ini akan membawa kepada pelbagai implikasi yang lain seperti pergaduhan dan seterusnya penceraian.
Kebanyakan individu akan menyalahkan kaum wanita setiap kali berbicara perihal kesuburan. Namun ramai yang tidak tahu sebenarnya lelaki juga tidak boleh terlepas begitu sahaja.
Antara masalah kesuburan utama yang menyebabkan ketidaksuburan bagi lelaki adalah azoospermia. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai apa itu azoospermia dengan lebih lanjut!
Apa itu azoospermia?
Azoospermia merupakan satu kondisi membimbangkan yang berkaitan dengan pengeluaran dan penghasilan sperma lelaki. Kondisi ini merujuk kepada keadaan air mani lelaki yang tidak mempunyai kandungan sperma.
Kebiasaannya, sperma akan dihasilkan di dalam testis lelaki dan akan dikeluarkan dalam bentuk air mani apabila lelaki mencapai tahap ejakulasi.
Sekiranya proses ini tidak berlaku, ini mungkin menunjukkan anda menghidap azoospermia!
Menurut kajian, kondisi ini menyerang sekurang-kurangnya 5 hingga 10 peratus daripada lelaki yang disahkan mengalami masalah kesuburan.
Sebagai seorang lelaki, anda mungkin semula jadi dilahirkan dengan kondisi ini atau kondisi ini mungkin berlaku apabila anda meningkat usia dewasa kelak.
Bagaimana mengesan kondisi ini?
Kondisi ini sebenarnya boleh dirawat sekiranya berjaya dikesan lebih awal. Kondisi ini boleh didiagnosis menggunakan sampel sperma daripada lelaki.
Sampel sperma ini kemudian akan dianalisis oleh pihak makmal untuk menentukan jenis azoospermia mana yang anda mungkin hadapi. Selain itu, terdapat juga prosedur diagnosis yang lain iaitu:
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan alat sulit menggunakan MRI dan CT
- Ujian hormon
- Ujian genetik
Jenis azoospermia dan punca ia berlaku
#1. Obstructive Azoospermia (OA)
Kondisi ini merupakan kondisi sperma dihasilkan dengan normal di dalam testis tetapi terdapat halangan yang menyebabkan sperma tidak dapat dikeluarkan. Kondisi ini berpunca daripada:
- Genetik
- Kongenital
- Prosedur Vasektomi
- Infeksi pada testis, kelenjar prostat dan saluran reproduktif yang lain
- Penyakit Chlamydia
- Komplikasi pembedahan
#2. Non-Obstructive Azoospermia (NOA)
Kondisi ini merupakan kondisi penghasilan sperma yang sedikit atau tiada langsung penghasilan sperma. Kondisi ini berpunca daripada:
- Genetik
- Varicocele
- Hypospermatogenesis
- Maturation Arrest
Adakah kondisi ini boleh dirawat?
Bagi lelaki yang mengalami kondisi obstructive azoospermia, kondisi ini boleh dirawat dengan pembedahan mikro dengan membuang halangan yang menyebabkan sperma tersekat di dalam sistem reproduktif.
Bagi lelaki yang mengalami kondisi non-obstructive azoospermia, kondisi ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan, rawatan hormon serta perubahan gaya hidup. Selain itu, prosedur pengekstrakan sperma juga boleh dilakukan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah ini.
Adakah anda mengesyaki diri anda sendiri mempunyai masalah ini? Jangan bertangguh lagi, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan bantuan yang diperlukan okay!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
- Boxer VS Seluar Dalam- Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?
- Bongkar 5 Mitos Tentang Sperma, Paling Popular Tentang Seluar Dalam, Apa Kaitannya?
- AWAS, Guna Air Liur Sebagai Pelincir Seks Boleh JEJASKAN Sperma & Sebar STD!
- Pssttt! Ini Rahsia Sperma Lebih Subur, Berkualiti- Lelaki Kena Makan Tomato
- Kualiti Sperma Dan Masalah Ketidaksuburan
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.