backup og meta

10 Jenis Amalan Ini Perlu Dilakukan Untuk Sperma Yang Berkualiti, Kaum Adam WAJIB Baca!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 11/08/2021

    10 Jenis Amalan Ini Perlu Dilakukan Untuk Sperma Yang Berkualiti, Kaum Adam WAJIB Baca!

    Amalan diet memainkan peranan yang sangat penting terhadap kesihatan manusia, termasuklah dalam penghasilan sperma sihat. Nak tahu apakah amalan yang boleh anda lakukan dan elakkan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Amalan diet untuk sperma sihat

    Selain meningkatkan sistem imun, mencegah penyakit, memberikan bentuk badan yang ideal, diet sebenarnya boleh mempengaruhi kualiti sperma lelaki. Berikut adalah diet yang dapat menghasilkan sperma sihat.

    Berikut antara jenis makanan yang harus ditambah dalam amalan diet harian untuk mendapatkan sperma sihat, seperti:

    1. Vitamin

    Kekurangan vitamin A merendahkan kualiti dan kesuburan air mani. Untuk mengelakkan perkara tersebut, masukkan oat, lobak merah, kentang manis, bayam, dan brokoli dalam diet anda.

    Vitamin C meningkat keupayaan renang sperma. Oleh itu, lelaki harus menambah strawberi, asparagus dan sayur-sayuran kuning dalam diet mereka.

    Penghasilan dan pergerakan sperma akan bertambah baik dengan vitamin E dan B12 yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Sebagai alternatif, lelaki boleh mengambil spulemen untuk meningkatkan kualiti sperma mereka.

    sperma sihat

    2. Mineral untuk sperma sihat

    Kekurangan zink dan selenium membawa kepada penurunan kualiti sperma. Ambil mineral melalui telur, ayam belanda, tiram, daging lembu, oat dan kacang.

    Suplemen boleh membantu tetapi perlu ikut pada arahan doktor kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan mineral yang berkhasiat bertukar menjadi toksik.

    3. Asid lemak

    Salmon, ikan kembung, sardin dan tuna adalah sumber utama asid lemak omega 3. Bahan ini boleh meningkatkan kualiti sperma sihat.

    Walnut juga merupakan sumber asid alfa-linoleik yang baik membantu meningkatkan bilangan, bentuk dan pergerakan air mani.

    Baca juga:

    4. Asid folik

    Asid folik adalah penting dan diperlukan bukan sahaja untuk wanita hamil tetapi juga untuk lelaki.

    Lelaki yang mempunyai kadar asid folik yang rendah cenderung mempunyai lebih banyak genetik sel sperma yang tidak normal.

    Mereka boleh menguatkan sperma dengan mengambil sayur-sayuran berdaun hijau, avokado, kacang, buah-buahan dan produk gandum.

    5. Lycopene

    Lycopene adalah karotena merah terang yang mempunyai kesan positif terhadap peningkatan bilangan sperma. Lycopene terkadnung dalam tomato, lobak merah dan tembikai.

    6. Air, tip untuk hasilkan sperma sihat

    Kekal terhidrat dengan minum air yang cukup sepanjang hari untuk mengelakkan jumlah air mani yang rendah.

    sperma sihat

    Selain daripada makanan dan bahan yang baik, lelaki perlu menjauhkan diri daripada perkara berikut:

    1. Makanan di dalam tin, harus dielakkan untuk sperma sihat

    Kebanyakan makanan tin mempunyai bungkusan plastik yang mengandungi Bisphenol-A, iaitu sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu hormon dan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan sperma.

    Untuk mengelakkannya, pilih makanan yang dibungkus di dalam bekas kaca bukannya plastik.

    2. Lemak tepu

    Lemak tepu dalam dagung khinzir, sosej dan mentega boleh menyebabkan sperma tidak sihat.

    3. Alkohol, dadah, dan merokok perlu dihentikan untuk sperma sihat

    Tabiat buruk ini pasti menjejaskan kesihatan sperma. Jika tidak mampu meninggalkan tabiat ini, ambil dengan sederhana.

    4. Suhu, pakaian

    Mandi air panas, seluar dalam yang terlalu tebal atau duduk dalam jangka masa yang panjang boleh menjejaskan penghasilan sperma.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 11/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan