backup og meta

6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser prostat adalalah salah satu daripada jenis kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki berusia 50 tahun ke atas di negara kita. Namun tahukah anda cara mengatasi masalah prostat ini?

    Ia juga merupakan antara penyakit yang paling banyak menyebabkan kematian sama seperti penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

    Mungkin banyak mitos tentang penyakit kanser prostat yang pernah kita dengar atau baca namun bukan semuanya boleh kita percaya.

    Teruskan ikuti artikel ini untuk kenyataan yang mengejutkan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Bahaya mitos kepada pesakit kanser prostat

    Usaha untuk mengesan dan mengatasi masalah prostat (kanser) penting bagi memastikan tahap kesihatan individu berada pada paras optimum.

    Walau bagaimanapun, penghidap mudah untuk mengambil ringan sekiranya mereka mempercayai mitos yang tular dalam masyarakat berkenaan dengan kanser prostat.

    Kebanyakan daripadanya hanyalah spekulasi dan tidak mempunyai bukti saintifik yang kukuh untuk mengesahkan ketepatan fakta.

    Ada juga dalam kalangan mereka yang menyampaikan maklumat yang berupa mitos.

    Perkara ini boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan sekiranya mereka telah didiagnosis.

    Ini terutamanya jika nasihat mitos itu bercanggah dengan apa yang seharusnya dibuat menurut konsep perubatan.

    Penting bagi setiap individu (terutamanya lelaki) untuk mempelajari berkenaan dengan barah prostat memandangkan ia merupakan sejenis kanser yang lazim didiagnosis.

    Mitos kanser prostat yang sering diutarakan

    #1. Kanser prostat lambat bertindak dan tiada apa yang perlu dirisaukan

    Hakikatnya, ya dan tidak. Memang benar kanser jenis ini lambat bertindak dan memberikan kesan kepada tubuh badan namun ia bukan bermakna kalian tidak perlu risau tentangnya.

    Ini kerana terdapat kira-kira 29 kanser prostat dan kesannya adalah berbeza bergantung kepada individu. Ada yang ringan, sederhana dan teruk mengikut tahap agresif sel kanser.

    Sekiranya didapati kalian mungkin atau sedang menderita kanser jenis ini, jangan bertangguh dan segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan immunoterapi atau kimoterapi.

    mengatasi masalah prostat

    #2. Jika tidak mempunyai sebarang simptom, anda tidak perlu risau 

    Mitos ini adalah salah sama sekali. Ini kerana kanser jenis ini mungkin tidak langsung menunjukkan simptom atau penderita itu sendiri terkeliru dengan gejala yang hampir mirip penyakit lain.

    Antara simptom yang wajar diberi perhatian adalah masalah ketika membuang air kecil serta masalah ketika beraksi di ranjang terutamanya ketika ereksi dan ejakulasi.

    Selain itu, mungkin juga akan berlaku kekejangan dan kesakitan pada otot di sekitar kawasan alat kemaluan yang seringkali disalahertikan sebagai gejala penyakit lain.

    #3. Ia hanyalah penyakit yang berisiko untuk golongan warga emas

    Ya, lebih tua usia anda, lebih tinggi risiko didiagnosis kanser prostat. Lebih kurang 65% daripada 165,000 kes di Amerika Syarikat adalah melibatkan lelaki berusia 65 tahun ke atas.

    Namun, terdapat juga pelbagai faktor risiko yang perlu dipertimbangkan. Antaranya adalah kondisi kesihatan, gaya hidup, sejarah keluarga, bangsa dan lokasi geografi.

    Jadi, jangan pula anda sangka yang orang muda tidak berisiko langsung untuk menghidapinya. Mungkin umur adalah faktor utama namun wujud juga faktor lain.

    #4. Pembedahan vasektomi boleh menjadi pencetus kanser prostat

    Teknik kontraseptif ini sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai kondisi kesihatan lelaki termasuklah kanser jenis ini. Pun begitu, kajian pakar epidemiologi telah membuktikan ia tidak berkaitan.

    Akan tetapi, kebanyakan dari lelaki yang mahu melaksanakan prosedur tersebut terlebih dahulu didiagnosis dengan kanser jenis ini. Namun kaitan di antaranya masih belum dapat diketahui.

    Jadi, mungkin anda tidak perlu terlalu risau jika mahu melakukannya. Cuma, anda mungkin mahu memeriksa jika kalian sudah menghidapi kanser prostat terlebih dahulu untuk mengelakkan kesan sampingan.

    mengatasi masalah prostat

    #5. Aktiviti seksual yang kerap meningkatkan risiko menghidapinya

    Meskipun kita sering dimomokkan dengan kepercayaan bahawa kerap mengeluarkan air mani boleh meningkatkan risiko lelaki menghidapi kanser prostat. Namun, mitos ini adalah tidak benar.

    Ini kerana kajian membuktikan bahawa lebih banyak lelaki ejakulasi, lebih kurang risiko untuk menghidapinya. Ejakulasi itu bukanlah salah satu dari faktor risiko kanser jenis ini.

    Sebaliknya, ia lebih kepada faktor risiko yang lain seperti umur, kondisi kesihatan, gaya hidup, sejarah keluarga, bangsa dan lokasi geografi seseorang lelaki itu.

     #6. Anda tidak boleh mempunyai anak jika menghidap barah prostat, usaha mengatasi masalah prostat perlu dilakukan lebih awal

    Kebenaran memang menyakitkan. Ya, penderita kanser jenis ini mungkin mempunyai masalah pada sistem reproduktif termasuklah kesulitan untuk mempunyai anak.

    Ini kerana, penyakit ini akan menjejaskan fungsi prostat yang penting bagi penghasilan cecair prostatik untuk mengembangkan dan melindungi sperma di dalam testis.

    Rawatan kanser jenis ini mungkin memerlukan pembedahan untuk mengatasi masalah prostat (kanser). Dalam pada itu, terapi radiasi juga adalah punca kepada masalah kesuburan penderita kanser jenis ini.

    Sekiranya anda mengesyaki diri mungkin menghidapi barah prostat, segera berjumpa doktor untuk khidmat konsultasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan