Mitos Tidur Jejaskan Tidur yang Berkualiti dan Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mendengar mitos tidur seperti segelintir individu yang sering mengatakan bahawa mereka boleh tidur dalam waktu 5 jam atau kurang. Ada juga yang mengatakan bahawa berdengkur semasa tidur tidak berbahaya, dan minum boleh membantu kita untuk mudah tertidur.

Kesemua ini sebenarnya adalah antara mitos yang paling banyak ditemui mengenai tidur yang bukan sahaja membentuk tabiat yang buruk tetapi juga boleh menimbulkan ancaman kesihatan awam yang ketara, menurut kajian baharu yang diterbitkan di jurnal Sleep Health pada 16 April 2019.

Pasukan penyelidik dari School of Medicine, New York University telah mengkaji lebih daripada 8,000 laman web untuk mengenal pasti 20 andaian yang paling biasa mengenai tidur. Dengan satu pasukan pakar perubatan tidur, mereka mengkelaskan ranking laman-laman web tersebut berdasarkan sama ada setiap satunya boleh diketepikan sebagai mitos atau disokong oleh bukti saintifik, dan sebarang bahaya yang boleh diakibatkan oleh mitos tersebut.

Mitos tidur yang menjejaskan kesihatan

Menurut Rebecca Robbins, seorang penyelidik pasca kedoktoran di Department of Population Health, NYU Langone Health, tidur adalah bahagian penting kehidupan yang mempengaruhi produktiviti, mood, serta kesihatan dan kesejahteraan umum. Menurut beliau lagi, mengetepikan mitos mengenai tidur dapat menggalakkan tabiat tidur yang sihat yang seterusnya menggalakkan keseluruhan kesihatan yang lebih baik.

Tuntutan oleh sesetengah individu bahawa mereka boleh tidur dalah tempoh 5 jam adalah antara mitos utama yang mampu diketepikan oleh para penyelidik berdasarkan bukti saintifik. Mereka mengatakan mitos ini juga menimbulkan risiko paling serius kepada kesihatan daripada defisit tidur jangka panjang. Untuk mengelakkan kesan daripada kepalsuan ini dan mitos-mitos lain yang dikenal pasti dalam kajian ini, seperti nilai tidur siang ketika mana anda secara rutinnya mengalami kesulitan tidur pada waktu malam, pasukan penyelidik mencadangkan untuk mewujudkan jadual tidur yang konsisten dan menghabiskan lebih banyak masa, sekurang-kurangnya tujuh jam untuk tidur.

Satu lagi mitos umum adalah berkaitan dengan berdengkur. Walaupun menurut Robbins bahawa berdengkur tidak berbahaya, ia juga boleh menjadi tanda apnea tidur, satu gangguan tidur yang serius di mana pernafasan bermula dan berhenti sepanjang malam. Para penyelidik menggalakkan individu yang berdengkur untuk berjumpa doktor memandangkan tingkah laku tidur seperti ini mungkin menyebabkan penghentian jantung atau penyakit lain.

Penulis kajian juga menjumpai bukti yang mencukupi dalam kajian-kajian yang telah diterbitkan berkenaan, walaupun ianya satu kepercayaan yang berlawanan, minum minuman beralkohol sebelum tidur sememangnya tidak sihat untuk tidur. Menurut pakar, alkohol mengurangkan keupayaan tubuh untuk mencapai tidur yang bersifat mendalam, yang diperlukan oleh manusia agar individu dapat berfungsi dengan baik.

Pencegahan mitos tidur

Menurut Girardin Jean Louis, salah seorang penyelidik yang juga profesor di Departments of Population Health and Psychiatry, NYU Langone, tidur adalah penting untuk kesihatan, dan perlu ada usaha yang lebih besar untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang isu kesihatan awam yang penting ini. Sebagai contoh, dengan kaedah membincangkan tabiat tidur dengan pesakit mereka, doktor dapat membantu mencegah mitos tidur daripada peningkatan risiko penyakit jantung, obesiti, dan diabetes.

Para penyelidik mengakui bahawa terdapat beberapa mitos yang masih menimbulkan perselisihan dalam kalangan pakar-pakar tidur. Contohnya, walaupun tidur pada hujung minggu mengganggu irama sirkadian semula jadi (circadian rhythm), bagi individu-individu dalam profesion tertentu, seperti pekerja yang bekerja secara shift, mungkin lebih baik bagi mereka untuk tidur lebih lama berbanding tempoh yang biasa, daripada tidur dalam waktu hanya beberapa jam secara keseluruhan. Para penyelidik mencadangkan supaya penyelidikan lanjut berkenaan perkara ini perlu dilakukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Anda Yang Sayang Sangat Dengan Bantal Busuk, AWAS Dengan 7 Perkara Ini!

    Anda ada bantal busuk? Ya, ia mungkin normal namun ketahuilah bahawa terdapat 7 bahaya yang menanti anda! Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Kesihatan awam di dunia berada pada tahap membimbangkan pada tahun 2020 ini. Berikut merupakan 4 isu paling utama yang kita semua perlu fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Antarabangsa 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    waktu tidur

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat tidur siang

    Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    penutup telinga untuk tidur

    Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks ketika tidur

    Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan