backup og meta

5 Cara Melawan Tekanan Dan Kekal Cergas

Ditulis oleh Phil Kelly · Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 28/03/2019

    5 Cara Melawan Tekanan Dan Kekal Cergas

    Tekanan adalah pembunuh pada zaman moden ini! Tekanan membuatkan anda menjadi tua, menjejaskan produktiviti kerja, mengganggu perhubungan anda dan menghalang anda untuk mendapat mencapai tahap kesihatan optimum, mengurangkan berat dan matlamat kecergasan anda.

    Tekanan yang disebabkan situasi kecemasan, dipanggil Tekanan Akut – tindak balas melawan atau membiarkan sesuatu perkara itu berlalu (fight or flight response) – adalah satu tindak balas pantas. Melawan penyerang, dikejar haiwan liar, keluar secara tiba-tiba dalam kesesakan atau mungkin bersaing dalam sukan, seperti permainan rugbi, bola sepak, berbasikal gunung, bermain layang-layang atau angkat berat – adalah antara contohnya. Tekanan akut adalah mekanisme keselamatan yang penting yang membolehkan anda mengatasi keadaan kecemasan.

    Apabila anda menang atau melarikan diri, tindak balas tekanan fisiologi maksimum berakhir dan kadar degupan jantung, tekanan darah dan hormon akan kembali normal. Proses pemulihan akan berfungsi kembali dan pembaikan serta penyembuhan tisu akan berlaku. Tekanan kronik adalah apabila tindak balas ini berlaku apabila tidak wujudnya sebarang kecemasan dan untuk tempoh yang lama. Sebagai manusia, anda mempunyai otak yang dapat membuat tafsiran dalam dunia yang penuh dengan cara yang kompleks, yang membenarkan anda untuk meneruskan tindak balas tekanan dengan memperbetulkan masalah atau situasi yang tidak boleh anda lakukan apa-apa. Ketakutan dan rasa tidak selamat boleh menyebabkan tindak balas tekanan akut menjadi kronik. Tekanan adalah cara badan untuk bertindak balas terhadap cabaran. Dengan tidak menghentikan tindak balas tekanan, anda hanya menyebabkan hormon anda terus mengalir keluar.

    Mari bayangkan perkara ini dari aspek motor dan brek kereta. Tekanan akut adalah apabila anda menekan brek untuk mengelakkan dari melanggar sesuatu. Pad brek memerlukan masa yang pendek untuk menghentikan kenderaan. Pad brek akan kembali kepada posisi statik, jauh dari geseran dan digunakan secara berkala apabila diperlukan untuk membenarkan motor bergerak secara perlahan. Manakala tekanan kronik adalah seperti memandu dengan brek tangan yang digunakan (brek tangan di tarik ke atas)…brek berada pada posisi penggunaan berterusan dan motor terdedah kepada lebih tekanan. Anda masih boleh terus memandu tetapi geseran dan tekanan (tekanan kronik) akan ‘menghauskan’ brek dan berisiko merosakkan motor.

    Tekanan kronik akan menjejaskan sistem adrenal anda, seperti mana brek kereta yang akan ‘haus’ dan merosakkan motor. Beberapa simptom biasa lain adalah seperti kekurangan tenaga, kesukaran tidur, keinginan seksual yang rendah, kelesuan dan keletihan semasa melakukan aktiviti normal. Dalam erti kata lain, ‘anda bangun dan pergi kerja..bangun dan pergi kerja’! Tambahan pula hormon yang berlebihan yang dilepaskan apabila tekanan kronik boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti peningkatan gula dalam darah (dan kegemukan), tekanan darah tinggi dan sindrom metabolik (meningkatkan penyakit jantung dan diabetes).

    Berikut adalah 5 tip KiwiFitness untuk mengendalikan tekanan bagi mengelakkan keletihan adrenal, mendapatkan kecergasan dan memperolehi kesihatan dan gaya hidup yang optimum:

    Dapatkan Omega-3 dengan banyak

    Omega-3 dapat meningkatkan tahap hormon glutation, dan ia sangat baik untuk melindungi badan dari terdedah kepada tekanan fizikal.

    Makan makanan kaya antioksidan

    Makanan yang kaya dengan antioksidan dapat membekalkan nutrien yang diperlukan badan untuk menghasilkan enzim secara berkesan yang dapat menyingkirkan hormon tekanan dengan mempertingkatkan prosedur anti-tekanan.

    Yoga dan meditasi

    Amalan yoga dan meditasi dapat membantu dengan menyediakan masa selamat yang berstruktur untuk menyingkirkan tekanan mental. Anda akan menjadi lebih berwaspada dan mampu untuk menyedari apabila anda berada dalam keadaan tertekan.

    Urutan

    Urutan dalam melepas hormon endorfin yang memberikan ketenangan kepada sistem saraf periferal.

    Ketawa

    Kajian menunjukkan ketawa boleh membuatkan anda lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan tekanan, dan dalam masa yang sama mempertingkatkan tahap antioksidan ke ttahap yang tinggi.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Phil Kelly

    Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


    Disemak pada 28/03/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan