Betul Ke Raut Wajah Kita Seiras Pasangan? Cuba Tengok Muka Suami/Isteri Anda, Sama Tak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Eh, muka sama! Confirm korang berdua ni jodoh panjang”, mesti pernah dengar kata-kata sebegitu, bukan? Tapi adakah benar wajah seiras dengan pasangan tanda jodoh?

Benarkah wajah seiras pasangan tanda jodoh?

Tidak dinafikan, adakalanya apabila melihat mana-mana pasangan, sekali imbas, raut wajah mereka seakan-akan seiras.

Ada kajian yang mengatakan sebenarnya terdapat daya tarikan pada seseorang individu membuatkan kita cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai iras wajah seperti diri sendiri atau ibu mahupun bapa kita sendiri. Setuju ke tidak? 

Kecenderungan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan teori assortative mating yang menjadikan seseorang untuk lebih memilih individu yang mempunyai fizikal yang sama atau hampir sama sebagai pasangan. 

Malahan, terdapat juga beberapa teori yang menyokong kajian mengapa wajah anda dan pasangan hampir seiras:

  1. Teori assostative mating menyimpulkan kita cenderung memilih individu yang mempunyai ciri fizikal yang sama (physical phenotype) dan strata sosial yang setara
  2. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama dikatakan akan lebih menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling mempercayai
  3. Dikatakan sistem imunisasi badan antara pasangan juga akan menjadi hampir sama jika sudah bersama untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh, jika pasangan anda sakit, maka anda juga akan cenderung untuk tidak sihat, betul ke tidak?
  4. Pengalaman hidup yang dilalui bersama, melibatkan cabaran, rintangan dan pergolakan emosi akan membuatkan kedutan pada wajah akan berlaku di tempat yang sama. Haa…nanti bolehlah check muka pasangan anda, ya?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang ahli psikologi sosial di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, telah membandingkan gambar pasangan yang diambil pada hari perkahwinan mereka dan gambar yang diambil 25 tahun kemudiannya.

Kajiannya menunjukkan bahawa walaupun pada awalnya pasangan suami isteri tersebut tidak mempunyai persamaan wajah langsung, namun setelah 25 tahun bersama dalam ikatan perkahwinan, raut wajah mereka kelihatan begitu seiras.

Fakta lain daripada kajian ini mengatakan semakin bahagia sesebuah perkahwinan itu, maka akan tinggi kemungkinan untuk berlaku kemiripan pada wajah kedua-dua pasangan.

Anda mungkin boleh mencuba kesahihan teori ini dengan melihat wajah kedua ibu bapa anda, seiras tak?

muka seiras tanda jodoh

Dari raut wajah

Menurut pakar mencari pasangan, Chantal Heide yang telah melakukan penyelidikannya sendiri, turut melihat corak serupa seperti kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi sosial, Robert Zanjonc.

Chantal menyatakan, apabila seseorang individu melihat seseorang yang menyerupai mereka, maka secara automatik akan wujud rasa kepercayaan di dalam otak.

Bagi individu yang meletakkan syarat kepercayaan sebagai satu sifat penting dalam pasangan, tanpa sedar akan tertarik kepada mereka yang mempunyai raut muka sama.

Wajah seiras dengan pasangan tanda jodoh yang serasi?

Sesungguhnya setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin perkahwinan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun, adakah faktor raut wajah seiras dengan pasangan akan menjadi penentu kebahagiaan?

Raut wajah seiras dengan pasangan bukanlah faktor penentu kepada kebahagiaan yang hakiki. Ini kerana terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan walaupun mungkin raut wajah anda dan pasangan tidak seiras.

Berikut adalah beberapa petanda kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan:

wajah seiras

#Gembira

Jika anda berasa gembira setiap kali bersama pasangan, itu adalah tanda kebahagiaan dalam perhubungan

#Bertolak ansur

Serasi bersama pasangan tidak bermakna perlu melakukan segalanya bersama. Tetapi boleh bertolak ansur itu adalah satu sikap dapat membantu meningkatkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Ia adalah lebih kepada saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

#Tenang

Pernah tidak anda berasa tenang walaupun hanya sekadar duduk bersama pasangan tanpa melakukan apa-apa? Itulah tanda anda bahagia bersama pasangan anda. Jika sebaliknya, itu mungkin ada perkara yang perlu difikirkan semula.

#Sentiasa ada

Apabila kita sayangkan seseorang, sudah tentu secara semula jadi akan lahir rasa bimbang. Jadi cuba tengok pada ketika anda tidak sihat, bagaimana reaksi si dia? 

#Selamat

Sewaktu pasangan anda berada di samping, adakah wujud rasa selamat? Jika ya, itu adalah petanda anda bahagia bersama si dia. Tetapi jika wujud rasa takut, sekali lagi, anda perlu menilai semula hubungan anda dan pasangan.

Bukan muka sama penentu jodoh

Sebenarnya, jodoh yang berpanjangan atau bahagia bukanlah bergantung kepada wajah seiras dengan pasangan, tetapi ia adalah bergantung kepada apa yang anda rasa ketika bersama si dia. 

Jika anda bertemu jodoh dengan si dia yang memiliki muka sama, itu adalah rezeki dan kelebihan untuk anda. Jika sebaliknya, percayalah raut wajah bukan pengukur kebahagiaan. Semoga berbahagia!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Artikel lain untuk anda

10 Tanda Jodoh Anda & Si Dia Kuat, Kuarantin Berapa Lama Pun Tetap Okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2019 . 2 minit bacaan
jodoh

Penceraian: Jodoh Tidak Berpanjangan, Bagaimana Menghadapinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 24/06/2019 . 8 minit bacaan