backup og meta

Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/07/2020

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Bermula daripada bangun tidur, sehinggalah kembali tidur, kesemuanya dilakukan dengan ciri dan ajaran Islam tanpa sedikit pun meminggirkan budaya kaum Melayu.

    Ini kerana, sudah berkurun tradisi ini telah disesuaikan dengan ajaran Islam sejak awal kaum Melayu menerima Islam.

    Malah, ada di antara tradisi Melayu ini telah terbukti memberikan manfaat untuk kesihatan manusia.

    Apakah antara tradisi Melayu atau budaya kaum Melayu yang terbukti sihat untuk tubuh itu?

    5 tradisi dan budaya kaum Melayu yang terbukti baik untuk kesihatan

    Berikut adalah 7 amalan atau budaya kaum Melayu yang telah terbukti manfaatnya daripada aspek kesihatan.

    #1. Puasa

    budaya kaum melayu

    Puasa pada bulan Ramadan telah disyariatkan sejak berkurun lamanya kepada penganut agama Islam.

    Namun ada juga puasa sunat yang digalakkan untuk dilakukan bagi tujuan mendapat pahala pada hari-hari tertentu.

    Puasa juga telah lama menjadi sebahagian daripada tradisi Melayu di Malaysia.

    Puasa sememangnya banyak memberikan manfaat.

    Salah satunya adalah membantu mengawal gula darah.

    Beberapa kajian mendapati, puasa dapat membantu mengawal gula darah terutamanya bagi mereka yang berisiko mendapat diabetes

    Puasa dilihat berkesan dalam mengehadkan pengambilan kalori harian yang dapat mengurangkan berlakunya daya tahan insulin.

    Apabila daya tahan insulin berkurangan, maka sensitiviti tubuh badan anda terhadap insulin akan semakin meningkat.

    Justeru, pemindahan glukosa daripada aliran darah kepada sel tubuh akan menjadi lebih berkesan. 

    #2. Bersunat

    Setiap kanak-kanak lelaki yang akan menginjak alam remaja melalui 1 proses atau aktiviti yang disebut sebagai bersunat.

    Bersunat adalah 1 prosedur pembedahan yang dilakukan bagi membuang kulup zakar atau kulit hujung yang menutupi kepala zakar.

    Antara manfaat bersunat kepada seseorang individu ialah ia dapat menjadikan zakar berada dalam keadaan yang lebih bersih.

    Zakar menjadi lebih mudah untuk dibersihkan setelah bersunat berbanding sebelum bersunat. 

    Ini menjadikan seseorang itu kurang berisiko untuk mengalami masalah-masalah berkaitan zakar seperti balanitis

    Selain itu, bersunat juga membantu mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan saluran kencing.

    Walaupun jangkitan saluran kencing kurang berlaku dalam kalangan lelaki, namun ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang tidak bersunat. 

    Jika ia tidak dirawat dan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk, ini boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang kelak.

    #3. Makan dengan tangan

    budaya kaum melayu

    Salah satu budaya kaum Melayu yang amat diketahui ramai adalah makan dengan menggunakan tangan.

    Tahukah anda, sewaktu jari kita menyentuh makanan, saraf yang berada pada hujung jari akan memberikan isyarat kepada otak bahawa kita hendak makan.

    Kemudian, mesej dari otak ini dihantar ke perut yang kemudiannya bersedia untuk mencernakan makanan.

    Perut akan melepaskan enzim dan jus pencernaan untuk proses penghadaman yang baik

    Selain itu, makan dengan tangan juga boleh membantu melindungi tubuh daripada serangan bakteria jahat yang datang dari persekitaran.

    Ini kerana, terdapat banyak bakteria baik atau sihat yang berada pada kulit tangan anda.

    Ia membantu meningkatkan imuniti semula jadi sistem pencernaan.

    Namun, anda mestilah mencuci tangan dengan sempurna setiap kali sebelum makan.

    #4. Makan dalam keadaan duduk

    Makan dalam keadaan duduk membantu anda mengelakkan diri daripada makan berlebihan berbanding makan berdiri.

    Apabila anda makan dalam keadaan duduk, ia menyebabkan anda makan dengan lebih perlahan.

    Ia kemudian menyebabkan anda mengambil kalori dengan kuantiti yang lebih sedikit.

    Sementara itu, jika anda makan secara perlahan-lahan, ia boleh mengurangkan selera makan dan menyebabkan anda berasa cepat kenyang.

    Oleh itu, pengambilan kalori juga akan menjadi lebih sedikit.

    Selain itu, apabila anda makan dalam keadaan duduk, ia membantu otak anda mengenal pasti anda sedang makan ‘makanan yang sebenar’, lalu mengurangkan kecenderungan untuk anda makan secara berlebihan. 

    #5. Berbekam

    tradisi melayu

    Terdapat dua jenis bekam yang sering diamalkan oleh tradisi Melayu iaitu bekam kering atau bekam angin dan juga bekam basah atau bekam darah.

    Nabi Muhammad menggalakkan orang Islam untuk mengamalkan amalan berbekam.

    Antara manfaat utama amalan berbekam ialah ia dapat melegakan kesakitan seperti sengal-sengal yang berlaku pada otot. 

    Pada masa sekarang, tidak begitu banyak kajian yang menyatakan kebaikan amalan berbekam ini secara umum.

    Namun ada beberapa kajian yang menyatakan manfaat amalan ini.

    1 kajian yang diterbitkan dalam Journal of Traditional and Complementary Medicine menyatakan, berbekam boleh membantu mengurangkan jerawat, herpes zoster dan juga dalam pengurusan kesakitan. 

    Kesimpulan

    Kesemua perkara yang dinyatakan di atas ini adalah antara amalan budaya kaum Melayu yang telah terbukti secara saintifik berkenaan keberkesanannya kepada kesihatan.

    Kesemua amalan budaya kaum Melayu ini juga adalah antara amalan yang sangat dianjurkan untuk dilakukan dalam ajaran agama Islam.

    Mungkin selepas ini anda boleh melakukan perkara-perkara di atas ini dengan lebih kerap untuk tujuan kesihatan tubuh anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan