backup og meta

Suara Serak Lepas Bangun Tidur? AWAS, Ia Mungkin Tanda Beberapa Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Suara Serak Lepas Bangun Tidur? AWAS, Ia Mungkin Tanda Beberapa Penyakit Ini!

    Pernahkah kalian mengalami suara serak selepas bangun tidur?

    Bayangkan situasi ini, anda tidur pada waktu malam dan kemudiannya bangun pada waktu pagi seperti biasa.

    Sejurus anda bangkit daripada tempat tidur anda, apakah perubahan pertama yang anda sedar daripada diri anda selain rambut yang kusut masai dan bau badan anda?

    Suara serak? Ya, tepat sekali.

    Pada pagi itu, anda sedar bahawa suara anda sedikit berlainan daripada kebiasannya dan ia berlaku pada hampir setiap pagi atau setiap kali anda bangkit daripada tidur anda.

    Apa sebenarnya yang menyebabkan suara menjadi serak atau berubah seketika saat anda bangun daripada tidur?

    Adakah terdapat sebarang penjelasan di sebalik fenomena ini?

    Lipatan vokal anda ‘berehat’, perlukan warm-up

    suara serak

    Menurut Dr. Michael Pitman, Pengarah Bahagian Laringologi di The New York Eye and Ear Infirmary of Mount Sinai, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan suara anda berubah pada waktu pagi. 

    Menurut beliau, apabila seseorang individu bangun daripada tidur, tubuh badan masih berada dalam keadaan yang agak kaku kerana ia tidak bergerak selama beberapa jam sewaktu anda tidur.

    Hal ini turut berlaku kepada lipatan vokal suara anda. 

    Lipatan vokal akan bergetar apabila paru-paru anda menolak angin melaluinya, yang kemudiannya menghasilkan bunyi yang anda dengar apabila anda bercakap.

    Menurut Dr. Michael, apabila anda bangun daripada tidur, lipatan vokal ini juga perlu melakukan sedikit warm-up seperti anggota tubuh yang lain.

    Semasa anda tidur, tisu yang berada pada tekak anda akan mengumpulkan cecair, yang juga akan menyebabkan mata anda kelihatan sedikit bengkak sejurus anda bangun daripada tidur.

    Lendir juga akan terkumpul disebabkan oleh kurangnya penggunaan lipatan vokal semasa anda sedang tidur.

    Tidak semua suara serak itu normal

    suara serak

    Apa yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan suara yang serak?

    Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kejadian serak pada suara anda.

    Antara cara-cara mudah yang boleh anda praktikkan ialah:

    • Pasang pelembap udara (air humidifier) di dalam bilik sebelum anda tidur. Ini akan membantu melembapkan udara dalam bilik anda.
    • Pasang kipas atau penyaman udara dengan kelajuan sederhana dan tidak terlalu sejuk.
    • Elakkan daripada selalu bercakap dengan nada suara yang tinggi atau menjerit. Jangan berbisik kerana ia juga akan memberikan beban tambahan kepada lipatan vokal anda. Bercakaplah dengan suara yang normal.
    • Minum banyak air bagi mengekalkan hidrasi tubuh anda. Air yang diminum mampu memberikan kelegaan kepada tekak selain melembapkan keadaan tekak anda.
    • Elakkan minuman berkafein dan beralkohol. Kedua-dua jenis minuman ini boleh mengeringkan tekak anda dengan lebih pantas.
    • Mandi dengan menggunakan air suam atau panas. Stim atau wap air yang terhasil daripada mandian ini akan membantu membuka laluan udara dan memudahkan anda bernafas. Tetapi ingat, jangan mandi menggunakan air panas dalam tempoh yang terlalu lama kerana ia akan menanggalkan selaput minyak semula jadi pada tubuh dan menjadikan tubuh anda mudah kering selepas itu.
    • Kurangkan atau berhenti merokok kerana merokok boleh mengeringkan dan meradangkan tekak anda
    • Lembapkan tekak anda dengan menghisap lozeng atau gula-gula getah. Ia akan merangsang pengeluaran air liur dan membantu melegakan tekak anda.
    • Jauhkan penyebab alergi di persekitaran anda. Alergi boleh menyebabkan suara serak anda menjadi lebih teruk.

    Mungkin terdapat komplikasi kesihatan lain

    suara serak

    Jika perubahan suara serak yang berlaku pada anda terjadi melebihi 2 atau 3 minggu, berjumpalah dengan doktor terutamanya pakar laringologi.

    Pakar laringologi adalah doktor telinga, hidung dan tekak yang mempunyai kepakaran khusus dalam isu berkaitan suara. 

    Antara komplikasi kesihatan lain yang mungkin menyebabkan perubahan suara serak anda termasuklah laringitis, penggunaan suara yang berlebihan, refluks gastroesofageal (GERD), nodul, polip atau cyst vokal, pendarahan pada lipatan vokal, kelumpuhan pada lipatan vokal, serta penyakit-penyakit berkaitan saraf yang lain. 

    Sebarang perubahan yang anda rasakan tidak normal perlulah dirujuk kepada doktor pakar dengan kadar segera.

    Tindakan awal seperti ini boleh menyebabkan anda terselamat daripada sebarang komplikasi kesihatan yang lebih serius kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan