Bagaimana kita boleh menjalani dan melalui hidup dengan tenang kalau asyik batuk-batuk sahaja gara-gara tekak yang tidak selesa? Kenapa geli tekak? Tenang, kami akan senaraikan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang sangat berkesan!
Bagaimana kita boleh menjalani dan melalui hidup dengan tenang kalau asyik batuk-batuk sahaja gara-gara tekak yang tidak selesa? Kenapa geli tekak? Tenang, kami akan senaraikan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang sangat berkesan!

Untuk mendapatkan informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.

Kenapa geli tekak? Bila malam batuk tak berhenti?
Setiap orang pasti pernah mengalami masalah tekak tidak selesa dan batuk kerana ia juga adalah antara penyakit yang biasa berlaku serta berulang beberapa kali sepanjang hidup kita semua.
Merupakan salah satu komponen penyakit tiga sekawan bersama demam dan selesema, ia sering akan datang dan pergi dengan begitu sahaja meskipun anda tiada ambil sebarang ubatan atau rawatan.
Walaupun masalah ini mungkin boleh sembuh dengan sendiri seiring waktu, namun ia bukan alasan bagi individu untuk cuma membiarkan tanpa mendapatkan ubatan dan rawatan klinikal jika perlu.
Maka, individu mungkin perlu cuba amalkan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat!
Ada beberapa punca sebenar di sebalik kenapa geli tekak ini berlaku kepada individu seperti yang berikut:
Perkara paling penting dan utama, anda perlu berjumpa doktor segera untuk mendiagnosis punca masalah ini terjadi di samping mencari apa jenis ubat batuk terbaik untuk gatal tekak.
Dalam pada itu, ada juga petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat anda boleh amalkan:
Individu boleh mencari lozeng lozeng atau gula-gula yang dingin sebagai petua hilangkan gatal tekak. Ia sedikit sebanyak boleh membantu melegakan gatal akibat sakit tekak dan batuk.

Pernah terdengar atau terbaca jika anda batuk teruk, kena minum air suam? Sebenarnya, petua ini bukan sahaja merupakan kepercayaan orang dahulu malah mungkin benar dari segi fakta.
Alasannya, air suam terutama teh yang dicampur lemon, halia atau madu sangat menyegarkan dan mungkin akan membantu melegakan masalah batuk dan ketidakselesaan pada tekak anda.
Selain minum air suam, anda turut amat disyorkan agar makan aiskrim lebih-lebih lagi perisa vanila kerana ia dikatakan boleh membantu melegakan masalah yang serupa seperti di atas.
Jika tidak gemar dengan aiskrim, ada pelbagai lagi jenis snek sejuk yang anda boleh makan seperti puding, koktel dan lain-lain jenis bagi mendapatkan kelegaan walau cuma untuk sementara.

Kadangkala, individu mungkin bakal mengalami masalah pada tekak gara-gara pencemaran udara di sekeliling yang amat sarat dengan habuk, debu, bulu haiwan serta banyak lagi bendasing lain.
Maka, penggunaan air humidifier bukan sahaja boleh mengamankan malah menyamankan udara!
Bukan kami kata anda perlu membisu sahaja sepanjang ketidakselesaan pada tekak terjadi. Akan tetapi, sila hindar daripada terlalu banyak bercakap atau berteriak ekoran ia cuma bakal mengakibatkan masalah tekak dan batuk kalian bertambah parah.
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang terakhir adalah dengan elakkan daripada terus melakukan tabiat-tabiat buruk anda seperti menghisap rokok atau meminum alkohol.
Ketahuilah bahawa ia membawa kemudaratan pada tekak dan kesihatan tubuh badan keseluruhan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
05/06/2025
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa