Bukan Lagi Rahsia, Ini 10 Perkara Tentang Lelaki Setiap Wanita WAJIB Tahu, Kenali Pasangan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita dah biasa membaca rahsia mengenai kaum wanita, sampai dah tiada rahsia pun mengenai wanita. Tapi still kaum lelaki tetap mengatakan wanita adalah individu yang complicated. Oh come on, guys! Takpa, kali ni, jom kita bongkar rahsia lelaki!

Rahsia lelaki

Penulis tidak nafikan, kebanyakan lelaki akan sedaya upaya untuk tampil tenang di hadapan individu lain, khususnya wanita. Apatah lagi jika wanita tersebut adalah wanita kesayangannya.

Tapi jangan anda menyangka air yang tenang itu, tiada buaya, eh…itu lain. Opss..jangan marah.

Sebenarnya, sekeras-keras kaum Adam ini, dalam hati mereka punya taman, tau! Berikut adalah beberapa fakta tentang lelaki:

  1. Bercakap tentang perasaan

Selalunya wanita dikatakan suka berkongsi apa yang dirasakan dengan individu lain. Tetapi sebenarnya lelaki juga boleh berkongsi apa yang dirasai. Tetapi anda sebagai wanita perlu memulakan langkah terlebih dahulu.

Anda boleh tanyakan kepada pasangan anda, apa yang akan dilakukannya jika mempunyai hujung minggu romantis atau mungkin apa difikirkan ketika saat pertama kali berjumpa anda.

Percayalah, jawapan yang akan diberikan akan mendedahkan mengenai perasaannya dan membuatkan anda lebih dekat kepada si dia. 

  1. I Love You’ melalui perbuatan

Jika pasangan anda adalah lelaki yang mudah meluahkan rasa sayang melalui kata-kata, mesti berbunga-bunga hati, bukan?

Tetapi, ada juga jenis lelaki agak sukar menyatakan kasih sayang secara lisan, dan lebih menunjukkannya melalui perbuatan. Mereka mungkin akan mengurut badan anda apabila anda lenguh, membantu mengemas rumah dan sebagainya. 

fakta tentang lelaki

  1. Serius dalam komitmen

Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta, tetapi  tidak pernah sekali si dia berbicara mengenai perkahwinan, bersabar.

Ia bukan bermakna si dia mempermainkan anda, tetapi ini adalah mereka menganggap perkahwinan bukanlah perkara boleh dibuat main.

Apabila si dia mengajak anda untuk berkahwin, percayalah, itu tandanya si dia bersedia memberikan komitmennya. 

  1. Tetap mendengar

Apabila berbicara, pastinya anda akan menerima respons seperti “Iya ke?” atau “Oh, macam tu”, yang membawa erti mereka sedang mendengar apa yang dikatakan anda. Namun, kaum lelaki jarang melakukannya. 

Tetapi, tidak mengatakan apa-apa tidak bermakna si dia tidak memberikan perhatian kepada anda. Pasangan anda mungkin sedang mendengar dan memikirkan tentang apa yang anda katakan. Pastinya ia rahsia lelaki yang tidak pernah anda ketahui, bukan?

  1. Masa untuk diri

Menyebut ‘me-time’ biasanya akan dikaitkan dengan wanita. Hakikatnya, kaum lelaki juga memerlukan masa untuk diri sendiri.

Mungkin si dia perlukan masa untuk melakukan hobi kegemarannya seperti bersenam di gim, memancing atau bermain futsal bersama kawan-kawan.  

  1. Seperti ayahnya

Untuk mengetahui sikap pasangan anda dalam perhubungan, cubalah untuk mengenali ayahnya.

Bagaimana perhubungan antara keduanya dan cara ayahnya melayan ibunya pasti boleh menjadi petunjuk bagaimana si dia akan melayan anda.

  1. Melepaskan kisah lalu

Wanita cenderung mengingati dan berpegang kepada pengalaman negatif. Ini sekali gus akan membuatkan kaum Hawa lebih terdedah kepada tekanan, anxiety dan kesedihan. Berbeza dengan lelaki, mereka mudah move on lebih cepat.

Jadi mungkin apabila anda ingin berbicara mengenai pertengkaran yang berlaku semalam, pasangan anda sudah melupakan mengenainya. 

  1. Tidak faham

Kalau anda berharap dengan menggunakan ekspresi muka atau nada berbeza boleh membuat si dia lebih memahami anda, anda silap!

Ini kerana lelaki dikatakan sukar untuk mengesan atau memahami apa yang cuba anda sampaikan melalui raut wajah mahupun nada suara.

Cara mudah, berterus-terang sahaja. 

fikiran lelaki

  1. Seks

Lelaki sentiasa berfantasi mengenai seks, ia fakta tentang lelaki yang diketahui umum.

Individu lelaki di bawah usia 60 tahun akan berfikir mengenai seks sekurang-kurangnya sekali sehari. Namun ia hanyalah sekadar fantasi dan bukan benar-benar akan melakukannya, okay?

Bagi lelaki, seks bukanlah sekadar seks untuk memuaskan nafsu semata-mata. Ia adalah satu perlakuan penting melambangkan komitmen dalam perhubungan. 

Kaum Adam juga menggemari jika pasangan memulakannya terlebih dahulu. Jadi para isteri sekalian, take note about this, okay? Jangan malu-malu!

Tetapi ada masanya, lelaki juga tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks. Seperti wanita, mereka juga mungkin berasa tertekan disebabkan kerja dan tugasan harian.

Jadi, jika pasangan anda menolak untuk melakukan seks, jangan fikir bukan-bukan pula.

  1. Penuhi keinginan

Rahsia lelaki paling besar adalah ingin difahami. Wanita mempunyai keinginan yang perlu dipenuhi, begitu juga dengan lelaki.

1 fakta tentang lelaki yang patut anda tahu, andai seorang lelaki berasa tidak dihargai, dia mungkin akan menjadikannya sebagai alasan untuk menyibukkan diri dengan perkara lain seperti bermain permainan video atau berpaling arah.

Memahami

Lelaki juga inginkan diri untuk difahami. Mereka bukanlah mesin yang boleh membaca minda atau fikiran individu lain.

Tidak wujud hubungan yang complicated jika kedua-dua pasangan saling memahami dan berterus-terang. Paling penting, sentiasa bertolak ansur. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Jejaka Berjambang Lebih Subur? Bukan Itu Saja, Ada Kajian Kata Jambang Jadi Perisai Lelaki

Ada dalam kalangan pembaca yang suka lelaki berjambang? Perbuatan simpan jambang boleh dianggap sebagai trend pada masa kini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Lebih Ramai Yang Gemuk Berbanding Lelaki, Benar Ke? Ini Dapatan Kajian!

Ramai yang percaya bahawa wanita gemuk adalah lebih ramai berbanding lelaki! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan melancap rambut gugur

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan kanser prostat

Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos haid wanita

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan