Friends & Followers Di Media Sosial Tak MENJANJIKAN Kebahagian – Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai pengguna media sosial gemarkan angka friends atau followers yang meningkat naik sehingga berlumba-lumba meningkatkan angka tersebut di antara satu sama lain untuk membuktikan “kebahagiaan hidup”.

Kini, ia seolah-olah satu pertandingan, siapa yang mempunyai bilangan pengikut atau rakan paling tinggi di media sosial, dia seolah-olah seorang yang amat terkenal dan digemari ramai.

Rakan rapat lebih baik untuk kebahagiaan hidup walaupun sedikit

Walau bagaimanapun, kajian mendapati, kualiti rakan anda di media sosial adalah kunci kepada kebahagiaan hidup anda yang sebenar, dan bukannya terletak kepada bilangan yang ramai.

Sekumpulan penyelidik dari University of Leeds, United Kingdom menyatakan, individu yang memiliki hanya sedikit rakan sebenar sekurang-kurangnya sama gembira dengan individu yang mempunyai ramai rakan online di media sosial.

Menurut kajian tersebut, media sosial telah menggalakkan orang muda untuk mempunyai ramai rakan secara online, tetapi tidak terlalu rapat. 

Menurut kajian ini lagi, daripada anda hanya menambahkan bilangan rakan yang tidak terlalu rapat secara online, adalah lebih baik untuk anda menghabiskan masa bersama rakan yang anda rapat.

Ia akan membantu anda mengurangkan rasa kesepian walaupun rakan online anda lebih ramai. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik tersebut, bilangan rakan rapat yang dimiliki oleh seseorang adalah satu-satunya perkara yang mempengaruhi kepuasan seseorang individu itu dengan kehidupan sosial mereka. 

Menurut salah seorang penyelidik, Dr. Bruine de Bruin, sekiranya kita berasa kesepian, adalah lebih baik untuk kita membuat perhubungan yang positif bersama rakan berbanding dengan hanya berkenalan dengan individu baharu yang lain.

Menurut kajian Dr. Bruine, individu yang lebih berusia cenderung untuk memiliki hubungan sosial yang lebih kecil berbanding orang muda.

Walaupun orang muda mempunyai hubungan sosial yang lebih besar, kebanyakan daripada mereka bukanlah rakan mereka yang sebenar dan ia tidak membantu memberikan kebahagian kepada sesorang individu tersebut. 

Orang tua sebenarnya tidak kesepian

Menurut Dr. Bruine, terdapat satu pandangan negatif atau stereotaip berkenaan penuaan di mana ramai di antara kita yang cenderung beranggapan bahawa orang tua adalah kelompok yang menyedihkan dan kesepian.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa hubungan sosial individu berusia yang lebih kecil ini tidak mengurangkan tahap kepuasan sosial dan kesejahteraan mereka.

Sebenarnya, individu yang berusia ini cenderung untuk memiliki tahap kesejahteraan hidup dan kebahagiaan yang lebih baik berbanding orang-orang muda. 

Mungkin selepas ini, anda sepatutnya perlu lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebenar anda berbanding hanya mengumpul friends atau followers yang belum tentu anda kenal.

Sekurang-kurangnya, rakan anda di dunia nyata ini akan menghulurkan pertolongan kepada anda di saat anda kesusahan.

Belum tentu friends di  Facebook yang ramai akan memberi jaminan kepada anda bahawa mereka akan melakukan tindakan yang sama sepertimana rakan-rakan sebenar anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Desakan Berkahwin Punca Prestasi Safawi Merudum? Sebelum Ajak Si Dia Kahwin, Lihat Perkara Ini Dulu!

    Adakah anda sedang alami situasi pasangan desak ajak kahwin? Jika ya, jangan tertekan. Perhatikan perkara ini terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/03/2020 . 4 minit bacaan

    Mengapa Isteri Gemar Tag Suami Di Facebook? Ini 3 Sebab Utama Husband Perlu Tahu

    Tiap-tiap hari, mesti ada sahaja post Facebook yang ditag si isteri. Aduh, rimaslah. Bukan ada masa untuk baca pun. Kenapa isteri gemar tag suami ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/02/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Gusar, Ini 6 Cara Tamatkan Persahabatan Toksik Dengan Rakan Anda

    Persahabatan mungkin agak mudah untuk dibina, tetapi tidak mudah untuk menamatkannya. Kenapa anda perlu menamatkan persahabatan toksik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/02/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Menyesal Terlewat Ucap Selamat Tinggal! Tunjukkan Sayang Pada BFF Anda Dengan 3 Cara Ini

    Selain ahli keluarga, kawan baik merupakan antara individu yang rapat dengan kita, tempat berkongsi rahsia. Jom raikan hubungan persahabatan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 23/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    group whatsapp

    Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/03/2020 . 3 minit bacaan
    detoks media sosial

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020 . 4 minit bacaan