backup og meta

Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/11/2020

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Tahukah anda wujdnya penyakit fobia terhadap badut? Fobia ini turut dikenali sebagai coulrophobia.

    Dari segi definisi, coulro mempunyai maksud ‘orang yang berjalan di atas batang kayu’ manakala phobia bermaksud fobia atau rasa takut yang amat sangat.

    Ketakutan terhadap badut bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main. Ia merupakan satu keadaan serius yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada penghidapnya seumur hidup.

    Jika anda mahu tahu lebih lanjut, jom ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Coulrophobia – takut terhadap badut

    Pernahkah anda menonton filem ‘IT’ garapan Stephen King?

    Filem ini mengetengahkan karakter badut sebagai sesuatu yang menyeramkan dan menakutkan, mempunyai gigi yang tajam dan makan kanak-kanak, berbeza dengan sifat badut yang kita ketahui.

    Badut sepatutnya jadi satu karakter yang kelakar dan menggembirakan. Tiada siapa sangka badut yang berwarna-warni tiba-tiba boleh menjadi igauan ataupun mimpi ngeri kepada segelintir individu.

    Tapi, mengapa ada segelintir yang mempunyai penyakit fobia terhadap badut?

    Coulrophobia – ataupun rasa takut terhadap badut merupakan satu kondisi sebenar yang menghantui hidup individu yang mempunyai rasa takut yang amat sangat kepada badut.

    Walau bagaimanapun, rasa takut atau seram selepas menonton 2 jam tayangan filem tentang Pennywise sang badut pembunuh tidak sama dengan rasa takut tidak rasional yang dialami oleh penghidap coulrophobia.

    Penghidap coulrophobia akan rasa takut yang amat sangat terhadap badut.

    Walaupun dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-IV) tidak menyatakan coulrophobia secara spesifik, namun takut terhadap karakter dalam kostum ada digariskan di dalam manual tersebut.

    Rasa fobia terhadap badut, satu penyakit mental

    maksud fobia

    Seperti mana filem Jaws membuatkan ramai orang takut kepada ikan jerung, dan Anaconda pula takut kepada ular sawa, pengaruh filem boleh jadi faktor utama tercetusnya ketakutan yang tidak munasabah terhadap badut.

    Selain itu, rupa paras badut yang tidak normal seperti bibir merah dan kulit putih yang nampak pelik juga boleh mencetuskan rasa ‘bahaya’ dalam diri individu terutamanya kepada kanak-kanak.

    Badut pula mempunyai raut wajah yang tidak berubah, senyum yang nampak dibuat-buat dan ekspresi yang statik setiap masa.

    Bayangkanlah reaksi segelintir kanak-kanak yang melihat badut melakukan pergerakan yang sepatutnya kelakar, tapi raut wajahnya langsung tak berubah!

    Ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut jadi keliru dengan badut yang berada di depan matanya.

    Signal yang bercampur aduk ini akan buatkan kanak-kanak tersebut rasa takut, panik dan kemudiannya menangis kerana fikir dia mungkin berada dalam bahaya.

    Selain itu, sama seperti fobia yang lain, pakar juga percaya fobia jenis ini mungkin berasal dari pengalaman tidak menyenangkan sewaktu kanak-kanak.

    Sebagai contoh, seorang kanak-kanak menjadi fobia terhadap badut kerana terserempak dengan badut yang berbau busuk dengan gigi yang kuning ketika melawat sebuah sarkas di tempatnya.

    Anda mungkin juga berminat:

    Simptom coulrophobia

    Sama seperti fobia-fobia yang lain, individu yang menghidap fobia badut akan mempunyai rasa takut yang amat sangat apabila berhadapan dengan objek yang mereka takuti.

    Selain itu, simptom lain termasuklah:

    • Berpeluh
    • Muntah atau mual
    • Rasa takut
    • Degup jantung jadi pantas dan nafas laju
    • Menangis atau menjerit
    • Rasa marah jika dipaksa berada dalam tempat yang sama dengan badut

    Bolehkah penyakit fobia ini dirawat?

    penyakit fobia

    Rasa takut terhadap badut akan dirawat sama seperti fobia lain iaitu dengan cara mengelakkan diri dari berjumpa objek yang boleh mencetuskan fobia tersebut.

    Mujurlah fobia ini tidak akan membuatkan penghidapnya sukar untuk menjalani hari mereka dengan normal.

    Bukan seperti fobia untuk tidur ataupun fobia ketika berada dalam ruang yang sempit, coulphobia masih boleh dielakkan dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan penghidapnya.

    Walau bagaimanapun, jika anda rasa anda mempunyai coulphobia dan ingin mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh buat demikian dengan melawat klinik ataupun hospital terdekat.

    Pesakit fobia jenis coulphobia boleh melalui terapi kognitif tingkah laku untuk membantu mereka kenal pasti rasa takut yang sebenar dan bezakannya dengan rasa takut yang terhasil akibat daripada imaginasi sahaja.

    Dalam sesetengah kes, ubat untuk merawat kegelisahan boleh diberikan kepada pesakit untuk bantu melegakan simptom yang mampu membuatkan penghidap fobia ini stres.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/11/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan