Lelaki Rajin Masak vs Lelaki Bertukang – Mana Lebih Hot Di Mata Wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Biasanya tugas menyediakan makanan di rumah adalah menjadi tanggungjawab wanita, iaitu kaum isteri. Tetapi sebenarnya, pada pandangan mata seorang wanita melihat lelaki rajin memasak adalah lebih hot.

Lelaki rajin memasak vs bertukang

Berdasarkan satu kajian, dikatakan lelaki rajin memasak adalah lebih menarik pada pandangan individu wanita berbanding lelaki yang melakukan tugasan pertukangan atau yang bersifat kelakian.

Ini adalah berdasarkan kajian dilakukan oleh saintis daripada London ke atas 20 pasangan Australia untuk menentukan jenis tugasan apa yang boleh meningkatkan keghairahan individu wanita terhadap individu lelaki.

Responden lelaki yang terlibat dikehendaki melakukan tugasan seperti pertukangan sendiri sehinggalah kepada tugasan membuat kek, membancuh kopi serta mengisar bahan masakan. Manakala responden wanita pula dinilai dari aspek tindak balas fisiologikal, emosi dan mental.

Hasil kajian tentang lelaki rajin masak vs lelaki rajin bertukang

Jadi pada mata wanita, yang rajin memasak atau rajin bertukang menjadi pilihan?

lelaki rajin

Daripada kajian yang dilakukan, didapati sebanyak 57.5% responden wanita lebih terangsang apabila pasangan mereka membancuh kopi atau membuat kek berbanding melakukan tugasan pertukangan menggunakan gerudi atau gergaji, iaitu sebanyak 55%. 

Individu wanita terlibat juga dikatakan lebih gembira apabila pasangan mereka memasak berbanding melakukan tugasan rumah yang lain, termasuk menggosok baju atau memasang perabot.

Kajian juga menunjukkan tujuh daripada 10 wanita lebih menyukai apabila menerima kopi yang dibancuh sendiri oleh pasangan berbanding pemberian hadiah atau pelukan kasih sayang daripada pasangan.

Apa kata pakar tentang lelaki yang rajin ini?

Menurut pakar perhubungan dan sexologist, Dr Nikki Goldstein, beliau tidak terkejut dengan hasil penemuan yang diperolehi daripada kajian.

“Sebagai wanita, saya bersetuju dengan hasil kajian.”

Walau bagaimanapun, beliau mengakui perkara ini mungkin memberikan kejutan kepada lelaki. Ini kerana kebanyakan lelaki berasa bahawa seseorang individu wanita akan terangsang dan ghairah apabila melihat lelaki melakukan tugasan berbentuk kelakian.

Bagi Dr Nikki, melihat lelaki berada di dapur dan menunjukkan tahap kreativiti mereka merupakan satu perkara yang menarik. Ia memerlukan lelaki berfikir diluar kotak dan ini sudah tentu amat menarik bagi wanita. 

Lelaki boleh melafazkan ‘Saya sayangkan awak, saya peduli tentang”, tetapi apabila mereka melakukan sesuatu seperti membancuh kopi, ia menunjukkan bahawa mereka mengambil berat. 

Dr Nikki menyarankan agar setiap pasangan untuk meluangkan masa bersama di dapur untuk menguatkan hubungan. Dalam masa yang sama ia membantu untuk setiap pasangan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian bersama. 

mata wanita

Kesimpulan

Sebenarnya, individu lelaki memang merupakan antara mereka yang sangat hebat ketika di dapur. Lihat sahaja kebanyakan tukang masak sama ada di kedai makan biasa, restoran mahupun hotel, adalah lelaki.

Jadi, kaum lelaki sekalian, why not untuk anda sekali sekala menunjukkan skil memasak kepada pasangan anda? Manalah tahu ia mungkin boleh membantu mengeratkan lagi hubungan dan si dia bertambah sayang kepada anda. Tiada salahnya mencuba, bukan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Masih ada lagi pandangan stereotaip bahawa lelaki tidak boleh lemah atau mudah goyah terutamanya apabila berhadapan dengan kaum Hawa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

Walaupun lelaki dan wanita masing-masing mempunyai purata paras stres yang sama, namun kesan perubahan psikologikal dan fizikal berbeza bagi kedua-duanya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 12/01/2021 . 3 minit bacaan

Hubungan Di Ranjang Terjejas, Ini 5 Penyakit Kronik Yang Boleh Buat Suami Mati Pucuk

Mati pucuk sememangnya masalah yang lazim dialami oleh kaum lelaki. Namun oleh sebab ia dianggap memalukan, hanya segelintir yang berjumpa doktor.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

Kekurangan androgen adalah ketika tubuh mempunyai tahap hormon seks lelaki yang lebih rendah berbanding yang diperlukan, terutamanya testosteron.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pembedahan prostat

Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
menangis emosi perempuan ketika haid

Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan