Kebahagiaan Masyarakat: Negara-negara yang Membantu Pelajar Kurang Berkemampuan ke Universiti Mempunyai Warganegara yang Lebih Bahagia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Satu kajian menunjukkan bahawa dasar pendidikan ‘inklusif’ yang membantu pelajar daripada golongan masyarakat kelas pekerja mencapai pendidikan tinggi, seperti melambatkan penentuan (streaming) kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka sehinggalah mereka lebih dewasa, menurunkan kos pendidikan swasta, dan meningkatkan pengambilan kemasukan ke universiti supaya lebih ramai pelajar boleh mendaftar masuk, boleh mengurangkan ‘jurang kebahagiaan’ antara golongan kaya dan miskin.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang lebih berpelajaran adalah cenderung untuk lebih bahagia. Malangnya, kanak-kanak daripada latar belakang keluarga yang kaya dan berkemampuan, cenderung untuk melakukan dengan lebih baik di sekolah dan lebih cenderung ke universiti berbanding kanak-kanak daripada latar belakang kelas pekerja yang lebih miskin. Ini bermakna bahawa pada masa mereka mencapai usia dewasa, terdapat ‘jurang kebahagiaan’ yang besar antara kanak-kanak kelas menengah dan rakan-rakan mereka daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.

Walau bagaimanapun, satu kajian baharu bertajuk ‘Educational Policies and Social Inequality in Well-being Among Young Adults’ yang diterbitkan dalam British Journal of Sociology of Education menunjukkan bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan hubungan antara kelas sosial dan kebahagiaan dapat disederhanakan oleh dasar pendidikan yang menawarkan lebih banyak peluang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Para penyelidik dari Umeå University di Sweden menggunakan European Social Survey, tinjauan penduduk Eropah yang dijalankan setiap dua tahun sejak tahun 2002, untuk menghitung kepuasan hidup dan kebahagiaan bagi hampir 15,000 orang yang berusia diantara 18-29 tahun dari 25 negara.

Para penyelidik kemudiannya melihat kepada kesan empat dasar pendidikan yang berbeza mengenai kesejahteraan rakyat. Ini termasuk streaming, atau menentukan kanak-kanak mengikut keupayaan pada usia muda; menyediakan pendidikan kos rendah kepada semua; membolehkan universiti meningkatkan bilangan tempat supaya lebih ramai orang muda boleh mendaftar masuk; dan memberikan pelajar peluang kedua untuk pergi ke universiti jika mereka tidak mendapat gred yang sepatutnya bagi kemasukan ke universiti.

Seperti yang dijangkakan, hasil kajian menunjukkan bahawa golongan muda daripada latar belakang sosial yang berkemampuan lebih puas dengan kehidupan mereka berbanding mereka yang datang daripada latar belakang yang kurang bernasib baik. Walau bagaimanapun, saiz ketaksamaan ini dipengaruhi oleh jenis dasar pendidikan yang diterima pakai oleh negara-negara Eropah.

Sebagai contoh di negara-negara yang menunda streaming, atau mengesan kanak-kanak mengikut keupayaan sehingga usia yang lebih dewasa, terdapat perbezaan yang tidak dapat dielakkan dalam kepuasan hidup antara kelas sosial yang berbeza.

Salah seorang penyelidik, Björn Högberg menyatakan, usia di mana kanak-kanak ditentukan mengikut aliran, tidak memberi kesan kepada kesejahteraan pelajar kelas menengah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak daripada latar belakang yang miskin adalah jauh lebih bahagia ketika usia streaming tersebut ditangguhkan. Individu-individu daripada latar belakang yang kurang bernasib baik juga lebih bahagia di negara-negara di mana kos purata pendidikan rendah, di mana universiti meningkatkan saiz enrolmen mereka, dan apabila universiti membenarkan peluang kedua bagi kemasukan ke universiti.

Jurang dalam kebahagiaan antara kelas sosial adalah terbesar di Hungary dan Bulgaria, di mana kanak-kanak ditentukan (streamed) pada usia yang sangat muda dan peluang kedua yang terhad disediakan untuk pelajar mendaftar ke universiti. UK dan Jerman juga mempunyai ‘jurang kebahagiaan’ yang ketara, yang mana di UK disebabkan oleh kos pendidikan swasta yang sangat tinggi dan tahap pendaftaran rendah di universiti-universiti British.

Denmark, sebaliknya, adalah salah satu negara yang paling setara dari segi kebahagiaan warganya. Negara ini juga mempunyai dasar pendidikan yang paling inklusif – menentukan aliran murid pada usia yang lebih tua, menyediakan pendidikan swasta murah, dan memberikan peluang kedua warganya untuk pergi ke universiti.

Kajian tersebut mencadangkan kepada kerajaan dan pembuat dasar agar mempertimbangkan kesan yang lebih besar berkenaan dasar-dasar pendidikan mereka kepada masyarakat. Menurut Högberg lagi, persekolahan berpotensi mempunyai impak yang sangat besar terhadap kanak-kanak dan remaja dan kepada peluang-peluang kehidupan mereka, tumpuan yang sempit terhadap hasil akademik seperti keputusan ujian hanya memberi gambaran tidak lengkap tentang akibat dasar pendidikan. Beliau turut mencadangkan bahawa dasar pendidikan terutama di peringkat yang lebih tinggi, direka supaya peluang untuk mengakses pendidikan, harus dimanfaatkan, dimaksimumkan, samada melalui langkah-langkah institusi seperti memperluas akses kepada pelajar yang lebih miskin atau melalui langkah-langkah kewangan seperti menurunkan yuran pelajar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Patutkah Saya Memberi Peluang Kedua kepada Pasangan Yang Curang?

    Barangkali anda tidak pernah menyangka perkahwinan anda akan sampai kepada tahap ini. Bila anda perlu membuat keputusan paling sukar dalam hidup, sama ada untuk memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Anda Mengukur Kebahagiaan?

    Kebahagiaan adalah secara umumnya didefinisikan sebagai perasaan kepuasan. Oleh itu, bagaimana mengukur perasaan ini? Setiap orang mempunyai penilaian kebahagiaan mereka yang tersendiri. Dalam Positive Psikology, pakar ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menjadi-individu-lebih-gembira

    Ketahui Cara Menjadi Individu Lebih Gembira Tahun 2020

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/01/2020 . 4 minit bacaan

    Friends & Followers Di Media Sosial Tak MENJANJIKAN Kebahagian – Kenapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 2 minit bacaan
    belajar

    4 Perkara Yang Anak Anda Perlukan Di Saat Mereka Sambung Belajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/10/2019 . 3 minit bacaan
    kebahagiaan

    Kebahagiaan: Apa Yang Menghalang Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/03/2019 . 2 minit bacaan