Buli: Perempuan Lebih Terkesan Berbanding Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berdasarkan penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik daripada Rutgers University-Camden, kanak-kanak perempuan sebenarnya lebih sering dibuli berbanding daripada kanak-kanak lelaki dan lebih cenderung untuk mempertimbangkan, merancang, atau cuba untuk membunuh diri.

Menurut Nancy Pontes, pensyarah di Rutgers School of Nursing-Camden, buli sangat dikaitkan dengan simptom kemurungan, idea, perancangan dan percubaan untuk membunuh diri, dan penyelidikan mereka dijalankan bagi melihat hubungan antara mangsa buli, simptom kemurungan, dan kecenderungan bunuh diri mengikut jantina.

Dalam pemeriksaan data daripada Youth Risk Behavior Survey daripada tahun 2011-2015, Centers for Disease Control, Pontes dan rakan-rakan penyelidiknya telah menjalankan analisis data dan mendapati bahawa lebih ramai kanak-kanak perempuan dipengaruhi secara negatif oleh buli berbanding lelaki.

Pontes berkata, secara umumnya, kanak-kanak perempuan lebih sering dibuli berbanding daripada kanak-kanak lelaki, dan kanak-kanak perempuan juga lebih cenderung untuk mempertimbangkan, merancang atau cuba untuk membunuh diri berbanding lelaki, tanpa mengira sama ada mereka dibuli ataupun tidak – walaupun kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk mati dengan cara membunuh diri. Dalam penyelidikan ini, Pontes dan rakan-rakan penyelidiknya melihat kepada perkaitan-perkaitan yang signifikan dan bukannya perkaitan-perkaitan penyebab secara terus.

Kaedah-kaedah analisis kesan buli dan risiko membunuh diri

Dengan menggunakan dua kaedah analisis statistik, pasukan penyelidik menunjukkan kebarangkalian hubungan antara buli dan simptom kemurungan dan risiko membunuh diri, dan kemudiannya membandingkan hasil bagi kedua-dua kaedah tersebut.

Melalui kaedah interaksi berbilang yang lebih biasa digunakan, penemuan hasil penyelidikan mereka sepadan dengan penemuan sebelumnya oleh penyelidik yang menggunakan kaedah yang sama. Hasil penyelidikan menunjukkan tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan yang dibuli di sekolah dan mengalami simptom kemurungan atau tingkah laku berisiko untuk membunuh diri.

Walau bagaimanapun, apabila menggunakan kaedah interaksi tambahan yang disyorkan oleh jurnal International Journal of Epidemiology, Pontes dan pasukannya mendapati bahawa kesan-kesan buli adalah jauh lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak perempuan berbanding daripada kanak-kanak lelaki pada setiap tahap tekanan psikologi atau pemikiran dan tindakan bunuh diri.

Penyelidikan tersebut yang bertajuk “Additive Interactions between Gender and Bullying Victimization on Depressive Symptoms and Suicidality: Youth Risk Behavior Survey 2011-2015” yang dilaksanakan oleh Pontes dan rakan penyelidiknya, telah diterbitkan dalam jurnal Nursing Research.

Menurut Pontes, setakat pengetahuan mereka, kertas penyelidikan mereka adalah yang pertama dalam bidang kejururawatan dalam membandingkan kedua-dua kaedah penyelidikan tersebut, dan untuk mencabar status quo analisis dalam bidang kejururawatan tersebut.

Para penyelidik mengakui batasan penyelidikan mereka, seperti sifat reka bentuk retrospektif dan ketidakmampuan untuk menukar atau mengubah reka bentuk kajian CDC.

Pontes berharap keputusan pemeriksaan pasukannya akan membantu menarik perhatian bagaimana penyelidik menjalankan analisis data dan betapa pentingnya untuk mempertimbangkan dengan teliti, kaedah manakah yang terbaik atau menggunakan kedua-dua kaedah dan membandingkannya.

Perbezaan buli dalam kalangan lelaki dan perempuan

Buli dalam kalangan kanak-kanak lelaki sering kali bersifat fizikal atau melalui sentuhan. Pontes berkata, tindakan sekolah-sekolah dalam menghentikan aktiviti buli yang bersifat fizikal mungkin menghalang dan menghentikan buli yang lebih biasa dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

Menurut Pontes, bagi kanak-kanak perempuan pula, jenis kejadian yang berlaku adalah yang tidak kelihatan. Ia sering melibatkan buli dari segi hubungan, seperti menyisihkan seseorang daripada terlibat dengan pelbagai aktiviti dan lingkaran sosial, atau menyebarkan khabar angin mengenai mereka. Tindakan buli tersebut bersifat tidak jelas atau tidak kelihatan, oleh itu ia dapat bertahan lama tanpa diketahui sesiapa.

Menurut Pontes, campur tangan atau intervensi oleh pihak sekolah perlu memahami perbezaan dalam pembulian dan bagaimana kita boleh menangani dengan lebih baik kes-kes kanak-kanak perempuan yang dibuli.

Penyelidik jururawat di Rutgers-Camden percaya bahawa mencegah buli harus bermula pada usia muda. Pontes mengatakan bahawa ibu bapa seharusnya mula mengajar kanak-kanak prasekolah bahawa aktiviti buli adalah satu perkara yang salah. Kerana terdapat juga ibu bapa yang menganggap bahawa kejadian itu adalah salah satu fasa biasa dalam kehidupan seseorang.

Pontes turut menyatakan bahawa ahli pediatrik dan jururawat perlu membincangkan tentang kesan berbahaya membuli dengan ibu bapa supaya mereka dapat melakukan campur tangan dengan lebih awal dan mengurangkan kadar mangsa buli yang boleh menyebabkan remaja mempertimbangkan untuk membunuh diri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Glamor, Tapi Inilah 3 Titik Hitam Yang Terpaksa DIHADAPI Bintang K-pop

    Tahukah anda, artis Korea mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan mental? Oleh sebab itulah ramai di antara mereka yang bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 04/03/2020 . 3 minit bacaan

    Lanjutan Kes Ustazah Merangkak Tular, Ibu Bapa WAJIB Ajar Anak Hormat Guru!

    Zaman sekarang tidak lagi macam dahulu. Kini, murid-murid dan ibu tidak lagi takut dan taat kepada guru. Ibu bapa, ajar cara hormat guru ini kepada anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 27/02/2020 . 4 minit bacaan

    Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

    Artikel ini akan mengupas tajuk penyakit mental di Malaysia dalam kalangan kanak-kanak. Kesihatan mental anak-anak kita juga penting dan perlu diambil berat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri di jepun

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    mimpi basah

    Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan