Bermain Muzik Membantu Otak Untuk Lebih Menumpukan Perhatian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semua individu mendengar muzik dengan pelbagai tujuan; menghilangkan kebosanan, menghiburkan hati, menenangkan fikiran selain membantu menaikkan mood seseorang. Tetapi adakah anda mengetahui, dengan melibatkan diri secara terus dengan muzik sebagai pemain alat muzik lebih memberikan manfaat kepada anda terutamanya untuk otak anda berbanding dengan hanya mendengar muzik. Bagaimana bermain muzik boleh membantu otak dan dalam aspek apakah ia mempengaruhi otak?

Latihan muzik menghasilkan perubahan yang berterusan kepada mekanisme kognitif yang membantu seseorang individu untuk lebih menumpukan perhatian dan tidak mudah terganggu oleh sebarang rangsangan yang tidak relevan semasa melakukan sebarang tugasan yang diperlukan. Berdasarkan kajian ‘Efficiency of Attentional Networks in Musicians and Non-musicians’ yang diterbitkan dalam jurnal Heliyon, ahli muzik yang terlatih menunjukkan pengawalan perhatian yang lebih besar (satu komponen utama dalam sistem perhatian) berbanding individu yang bukan pemain muzik. Secara mudahnya, semakin lama tempoh latihan yang dimiliki oleh seseorang ahli muzik, semakin berkesan pengawalan perhatian yang dimiliki oleh seseorang individu tersebut.

Berdasarkan kajian tersebut, ahli muzik profesional lebih cepat dan tepat bertindak balas dan memberi tumpuan kepada perkara yang penting dalam melaksanakan tugas, dan lebih berkesan menyaring rangsangan yang tidak menentu dan tidak relevan berbanding individu yang bukan ahli muzik. Hasil kajian juga membuktikan hubungan diantara rangkaian alerting dan orienting dalam ahli muzik berbanding bukan pemuzik, yang mungkin mencerminkan hubungan fungsi antara rangkaian-rangkain perhatian yang diperoleh daripada amalan latihan muzik.

Penyelidik merekodkan tindak balas tingkah laku 18 orang pemain piano profesional dan kumpulan tersebut dipadankan dengan 18 orang lain yang bukannya ahli profesional muzik yang terlibat dalam ujian rangkaian perhatian. Kumpulan pemuzik tersebut terdiri daripada pelajar konservatori sepenuh masa atau graduan konservatori dari Conservatories of Universidad de Chile, Universidad Mayor de Chile, dan Universidad Austral de Chile, dengan purata lebih daripada 12 tahun amalan dalam bidang muzik. “Bukan pemuzik” pula adalah pelajar universiti atau siswazah yang tidak mempunyai sebarang pelajaran muzik secara formal dan tidak dapat bermain atau membaca muzik.

Penyelidikan yang dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa latihan muzik secara sistematik menghasilkan perubahan kepada otak yang berkaitan dengan peningkatan beberapa kebolehan muzik tertentu. Walau bagaimanapun, latihan muzik bukan sahaja meningkatkan persepsi pendengaran muzik, tetapi juga seolah-olah memberi kesan kepada pemprosesan keupayaan kognitif tambahan muzik (contohnya: working memory). Menurut para penyelidik, ini adalah kajian pertama untuk menguji kesan latihan muzik pada rangkaian perhatian, yang memberi tambahan kepada penyelidikan terdahulu mengenai kesan potensi amalan muzik pada perkembangan kemahiran kognitif tambahan.

Penyelidik bersama dalam kajian ini, David Medina daripada Jabatan Muzik, Metropolitan University of Educational Sciences, Chile turut menyatakan bahawa hasil kajian yang mengkaji hubungan diantara latihan muzik dan perubahan kemahiran dalam memberi perhatian boleh menjadi sangat berguna dalam bidang pendidikan dan klinikal. Sebagai contoh, ia boleh memperkasa kebolehan individu yang mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dikenali dengan singkatan ADHD untuk menguruskan penumpuan perhatian dengan lebih baik. Selain itu, latihan muzik juga boleh digunakan sebagai salah satu program sekolah bagi tujuan menggalakkan peningkatan kemampuan kognitif murid.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Terapi Muzik? Ini Rupanya Kesannya Terhadap Fizikal & Mental Si Manja!

    Muzik adalah lebih daripada sekadar hiburan semata-mata. Bagi kebanyakan individu, tidak mengira usia; dewasa mahupun kanak-kanak. Apa pula terapi muzik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/11/2019 . 3 minit bacaan

    Anda Cepat Tangkap Apabila Belajar Muzik? Itu Maknanya Anda Bijak!

    Bila tengok nota muzik yang penuh simbol, pasti anda yang rasa mata berpinar. Tapi kalau anda belajar muzik dengan pantas, itu maknanya anda bijak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 22/11/2019 . 2 minit bacaan

    Anda Stres Kerja Atau Ketika Memandu? Kajian Suruh Anda Dengar Lagu Adele!

    Adakah anda kenak Adele? Pernah dengar lagu daripada penyanyi ini? Apakah kaitan lagu Adele dengan penghilang stres? Jom ketahui mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Pesakit Koma Ibarat Hidup Menanti Mati, Adakah Dia Boleh Dengar Apa Yang Kita Cakap?

    Dahulu, penulis sering tertanya-tanya, apakah rasanya jika berada dalam keadaan otak koma? Adakah mereka tidak sedar? Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    memori jangka pendek

    Mudah Terlupa? Sebenarnya Memori Boleh Lebih Teruk Pada Waktu Pagi! Ini Sebabnya…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 3 minit bacaan
    teh

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan