Nampak Glamor, Tapi Inilah 3 Titik Hitam Yang Terpaksa DIHADAPI Bintang K-pop

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Artis Korea, tidak kiralah bintang K-drama mahupun K-pop sememangnya menjadi kegilaan ramai. Lihat sahajalah setiap konsert yang dianjurkan oleh mereka. Sampaikan satu stadium pun penuh dengan peminat yang teruja menyaksikan penampilan mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa persembahan penuh tenaga yang dibawakan oleh mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun, di sebalik keteraturan rentak, kemerduan suara dan kecantikan wajah tersebut, tersembunyi titik hitam yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Masalah penyakit mental dalam kalangan artis Korea memang diketahui umum. Malahan, banyak kematian akibat bunuh diri yang telah dilaporkan saban tahun. Ia berpunca daripada ketidakstabilan emosi, kecelaruan mental dan kepenatan fizikal yang bertambah hari demi hari.

Wajarkah pengorbanan yang dibuat oleh mereka yang terlibat dengan industri hiburan Korea jika dibandingkan dengan risiko kesihatan yang bakal dialami oleh mereka? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Amalan diet ekstrem untuk artis Korea kekalkan bentuk badan menarik

artis korea

Walaupun ungkapan “kecantikan itu subjektif” agak terkenal dalam kalangan populasi umum, pada amatan mereka yang ingin menjadi bintang terkemuka di Korea, kecantikan sering dikaitkan dengan saiz badan.

Sebagai individu biasa, anda mungkin bebas untuk merancang pemakanan anda bagi memperoleh jisim berat badan (BMI) yang sihat. Namun, bagi mereka yang menceburkan diri dalam dunia hiburan di Korea, benda yang masuk ke dalam mulut akan dikawal oleh agensi mereka sendiri.

Tiada makanan atau minuman, walau air mineral sekalipun, yang boleh masuk ke dalam mulut tanpa kebenaran. Berat badan mereka akan dipantau secara kerap dan kenaikan berat melebihi apa yang ditetapkan boleh disertakan dengan tindakan susulan yang kadangkalanya tampak tidak berperikemanusiaan.

Pada waktu pagi, mereka hanya boleh menjamah, hidangan biskut rendah lemak, pisang atau sayur-sayuran. Pengambilannya perlu diambil pada kadar yang sedikit, cukup untuk mengalas perut namun ia tidak mencukupi jika dibandingkan dengan latihan yang bakal mereka tempuhi.

Pada waktu malam, atau selepas tamat sesi latihan, barulah mereka boleh mengambil makanan berat. Walau bagaimanapun, mereka perlu mengambilnya pada kuantiti yang dibenarkan. Ingat! Berat badan mereka akan dipantau.

Jika mereka dibenarkan untuk makan di rumah sekalipun, dengan sasaran berat yang agak keterlaluan boleh menghilangkan keinginan selebriti Korea ini untuk menjamah hidangan lain.

Kegiatan pelacuran dan aktiviti di ranjang

artis korea

Mungkin tidak berlaku kepada semua, tetapi, mengambil contoh situasi yang pernah berlaku dalam industri hiburan di Korea.

Masih ingatkah lagi anda akan kandungan surat yang ditulis oleh Jang Ja Yeon sebelum beliau membunuh diri? Pelakon sampingan drama berjudul “Boys Over Flowers” itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan lebih daripada 30 pelabur dan pegawai eksekutif media.

Perkara tersebut telah memberikan tekanan kepada diri beliau. Jang telah didiagnosis dengan masalah kemurungan dan akhirnya, beliau membunuh diri pada Mac 2009. Skandal ini merupakan sejarah hitam dalam industri hiburan di Korea.

Mungkin selama ini mereka hanya menutup sebelah mata namun isu tersebut telah menarik perhatian peminat artis Korea di serata dunia. Pastinya ini bukan satu-satunya kes yang melibatkan kegiatan pelacuran yang pernah berlaku dalam kalangan bintang terkemuka Korea.

Bintang Korea tidak dibenarkan bercinta

pasangan

Percaya atau tidak, aspek sosial turut memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan individu berada pada tahap optimum. Jika seseorang itu mula mengabaikan aspek sosial dalam kehidupan, mereka lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah mental.

Ada polisi syarikat yang mengekang artis mereka untuk menjalinkan hubungan cinta, malahan ada juga peminat yang akan memboikot jika artis kegemaran mereka bercinta (namun, tentunya tidak semua peminat yang bertindak seperti itu).

Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesihatan artis tersebut. Mereka bukan sahaja tidak dibenarkan bercinta malah artis Korea juga terkenal dengan mempunyai peminat paling fanatik di dunia.

Bayangkan, menurut laporan media Australia, terdapat peminat kumpulan TVXQ yang sanggup menggodam talian telefon artis kesukaan mereka untuk mendengar perbualan. Ada juga kes di mana peminat mengumpulkan lebih daripada 3,000 tandatangan dalam satu petisyen supaya ahli kumpulan 2PM, Jaebeom membunuh dirinya.

Perkara ini boleh memberikan tekanan kepada selebriti Korea tersebut dan ia boleh mengundang padah terutamanya jika individu yang terkesan bertindak mengikut kemahuan peminat mereka.

Konklusi

Di sebalik rupa cantik dan tampan, senyuman menawan dan gerakan lincah artis Korea, terdapat titik hitam yang terselindung di sebalik kebahagiaan tersebut. Bukan mudah untuk menjadi popular dan susah juga bagi mereka untuk mengekalkan populariti tersebut.

Pihak berkuasa Korea seharusnya memberikan tumpuan lebih terhadap isu yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan mental artis mereka. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Emosi menimang cahaya mata baru memang bercampur-baur. Hati-hati para ibu, kesan kemurungan boleh memudaratkan perkembangan bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Ada sebab mengapa cuti hujung minggu diwujudkan dan ada juga sebab mengapa anda mesti elak kerja hujung minggu untuk kesejahteraan mental anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri di jepun

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan