Benarkah Bayi Baru Lahir Lebih Ikut Warna Mata Ibunya? Ini Penjelasan TEPAT!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 11/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, pasti kita menganggap bayi yang baru dilahirkan isteri adalah anak yang paling comel dan menawan di dunia terutamanya di bahagian mata bayi, pipi dan bibir. 

Jika anda tertanya-tanya bagaimanakah keajaiban ciptaan Allah ini terbentuk, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengaruh ibu bapa dan genom manusia pada rupa paras bayi.

Bagaimana genetik membantu?

Bayi akan menerima 23 kromosom daripada sperma bapanya dan 23 kromosom lagi daripada telur ibunya untuk membentuk sejumlah 46 kromosom dalam sel tubuh mereka.

Kromosom daripada telur ibu selalunya membawa jantina perempuan yang menghasilkan kromosom-X, sperma bapa pula sama ada memberikan kromosom X ataupun jantina lelaki yang menghasilkan kromosom-Y.

Oleh itu, sebenarnya bapalah yang menjadi penentu jantina bayi. Dilaporkan, terdapat lebih ramai bayi lelaki berbanding bayi perempuan dilahirkan setiap tahun.

cara tidurkan bayi tanpa buaian

Kebanyakan pakar menerangkan ini adalah sebagai cara semula jadi untuk mengawal nisbah jantina global disebabkan oleh fakta bahawa lelaki umumnya mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding perempuan apabila mereka membesar. 

Seiring dengan pembentukan jantina bayi, personaliti, rupa paras dan kesihatan bayi juga ditentukan secara besar-besaran oleh gen yang terdapat dalam sperma dan telur ibu.

Dengan bilangan gen 60000 hingga 100000 dalam 46 kromosom manusia, terdapat kemungkinan untuk sesebuah pasangan daripada jantina yang berbeza untuk mempunyai sehingga 64 trilion kanak-kanak yang berbeza, menjadikan ia hampir mustahil untuk meramal rupa paras, personaliti dan keadaan kesihatan bayi dalam kandungan.

Apa yang diturunkan oleh ibu bapa pada bayi?

Mata bayi 

bayi

Terdapat 3 warna mata utama: coklat, biru, dan hijau. Warna mata ditentukan oleh jumlah melanin (pigmen semula jadi untuk rambut, mata dan kulit) yang terdapat dalam iris manusia.

Mata yang berwarna gelap mempunyai jumlah melanin yang besar, sementara mata berwarna biru dan hijau, kuantiti melaninnya adalah rendah.

Sementara warna mata bayi baru lahir sebahagian besarnya ditentukan oleh gabungan alel (kemungkinan bentuk gen ditemui di tempat yang sama pada kromosom) dari apa yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka.

Namun, pakar genetik, Barry Starr menyatakan bahawa warna mata boleh berubah dalam tempoh 6 bulan pertama kelahiran bayi. Ini disebabkan oleh cahaya diperlukan untuk pengaktifan sel penghasilan warna.

Oleh sebab alel coklat adalah dominan, jika salah seorang daripada pasangan mempunyai warna mata gelap, bayinya juga besar kemungkinan akan mengikut warna mata gelap.

Rambut bayi 

Terdapat 2 jenis melanocytes (sel penghasilan-warna): Eumelanin, yang bertanggungjawab untuk menghasilkan warna rambut gelap dan perang, serta pheomelanin, yang menjadikan warna rambut kuning dan merah.

Ibu bapa yang mempunyai warna rambut yang sama akan mendapat bayi yang juga mewarisi warna rambut seperti itu. Walau bagaimanapun, warna rambut bayi boleh berbeza jika ibu bapa mempunyai keturunan warna rambut lain dan juga mungkin disebabkan gabungan warna rambut dengan yang lain.

Warna rambut kanak-kanak dan jenis rambut juga boleh berubah dari semasa ke semasa terutama apabila kanak-kanak sudah baligh, kerana hormon yang dilepaskan boleh menjadikan rambut mereka semakin gelap, lurus ataupun lebih kerinting.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

sakit mata bayi

Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan