What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Suami Jangan Takut Nak PANCUT DALAM Masa Isteri Hamil, Banyak Manfaatnya Untuk Kalian & Baby

    Suami Jangan Takut Nak PANCUT DALAM Masa Isteri Hamil, Banyak Manfaatnya Untuk Kalian & Baby

    Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat seperti menjadikan tidur lebih baik dan membantu menurunkan tekanan darah. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan?

    Selamatkah hubungan kelamin bagi wanita mengandung?

    Seks adalah perkara normal dan sebahagian daripada kehamilan – jika anda mengalami kehamilan normal.

    Pergerakan atau penembusan (penetration) yang berlaku sewaktu hubungan kelamin tidak akan membahayakan bayi.

    Ini kerana mereka dilindungi abdomen dan dinding otot rahim. Bayi dalam kandungan juga mendapat perlindungan daripada cecair amniotik – air ketuban.

    Umumnya, pengalaman setiap wanita mengandung sepanjang tempoh kehamilan adalah berbeza. Begitu juga tentang perasaannya ketika melakukan seks.

    Sesetengah wanita mungkin keinginannya semakin berkurang, ada juga yang berasa lebih teruja dan terangsang ketika hamil.

    Sepanjang tempoh kehamilan, adalah normal untuk keinginan seksual datang dan pergi seiring perubahan badan yang berlaku.

    Anda mungkin berasa bimbang kerana keadaan perut yang semakin membesar atau berasa lebih seksi dengan payudara yang besar dan penuh.

    Adakalanya peningkatan aliran darah ke ruang pelvis boleh mengakibatkan faraj menjadi bengkak dan menambahkan sensasi.

    Dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini mungkin membuat sesetengah wanita berasa tidak selesa selepas hubungan kelamin berakhir.

    Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan apabila melakukan seks semasa hamil.

    Manfaat dan kesan air mani pada kandungan

    Walau apa pun perasaan anda tentang melakukan hubungan seks ketika sedang berbadan dua, adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan?

    Mungkin masih banyak kajian perlu dilakukan untuk membuktikan kesan air mani pada kandungan ini, tetapi hakikatnya memancutkan sperma ke dalam saluran kelahiran (faraj) bukanlah idea yang buruk.

    Mencegah preeklampsia

    Keadaan kehamilan berisiko tinggi, preeklampsia, didefinisikan dengan peningkatan tekanan darah dan protein dalam air kencing.

    Keadaan itu dialami oleh 5 hingga 8% daripada semua kehamilan.

    Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti berat lahir bayi rendah, gangguan plasenta, kelahiran pramatang, kegagalan buah pinggang dan kematian ibu dan / atau janin.

    kesan air mani pada kandungan

    Dalam kajian yang dilakukan penyelidik dari Denmark pada 2017, mengaitkan tentang sperma dan preeklampsia.

    Ringkasnya, wanita yang terdedah kepada air mani sebelum kehamilan mempunyai risiko lebih rendah mengalami preeklampsia.

    Individu yang terdedah kepada sperma kurang daripada tempoh 6 bulan lebih berisiko untuk mengembangkan keadaan kesihatan itu.

    1 kemungkinan yang mempengaruhi keadaan itu adalah: sperma mengandungi protein, HLA-G, yang dapat meningkatkan sistem imun ibu.

    [embed-health-tool-”due-date”]

    Pendedahan yang lebih kerap kepada sel protein yang dihasilkan kaum Adam (paternal cell) ini membantu mewujudkan ‘kekebalan’ terhadap preeklampsia.

    Dalam kajian lain yang dilakukan pada tahun 2000, menyatakan menelan sperma turut dikaitkan dengan penurunan risiko preeklampsia.

    Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan teori-teori ini.

    Kesan air mani pada kandungan – Merawat mabuk kehamilan

    Menurut seorang pakar psikologi, peningkatan pendedahan sperma dapat menyembuhkan mabuk pagi yang sangat tidak disukai kebanyakan wanita.

    Berdasarkan hipotesis yang diberikan nama Teori Gallup ini menyatakan bahawa badan wanita mengandung menolak sel-sel daripada bapa kepada janin sebagai bahan asing.

    Manakala badan pula cuba menyingkirkan bahan genetik ini melalui rasa loya dan muntah.

    Jika teori ini benar, penawar kepada mabuk kehamilan ini mungkin melalui pendedahan kepada sperma sama ada melalui seks faraj atau seks oral.

    Ini kerana kesan air mani pada kandungan akan membantu badan mengembangkan toleransi terhadap DNA bapa sehingga mengurangkan rasa mual dan keinginan untuk muntah semasa hamil.

    Pendedahan ini sebaiknya dilakukan sebelum kehamilan dan beberapa minggu pertama selepas positif mengandung.

    Sudah tentu, lebih banyak maklumat dan kajian diperlukan bagi mengesahkan teori Gallup ini.

    kesan air mani pada kandungan

    Proses kelahiran

    Sekiranya wanita yang hamil itu masih belum bersalin walaupun sudah melepasi tempoh EDD, ada pakar mengatakan seks boleh membantu proses kelahiran.

    Alasannya kerana orgasme atau klimaks menyerupai kontraksi rahim, dan hubungan kelamin yang berlangsung akan melepaskan hormon berkaitan proses bersalin, oxytocin.

    Pun begitu, air mani juga memainkan peranan. Ini kerana sperma mengandungi bahan seperti hormon prostaglandin, yang dapat mematangkan serviks.

    Malahan, sejenis prostaglandin sintetik turut digunakan dalam ubat induksi bersalin (labor induction medication) seperti misoprostol.

    Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.

    Jika ada keinginan untuk seks, teruskan

    Kesimpulannya, tiada salahnya untuk melakukan seks saat anda hamil dan jangan risau kesan air mani pada kandungan.

    Tetapi anda harus sedar, sperma bukan satu-satunya cara untuk mencegah preeklampsia dan jangan sekadar bergantung kepadanya sebagai perlindungan.


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Correlation between oral sex and low incidence of preeclampsia. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10706945// Accessed on July 16, 2020
    2. Pregnancy and preeclampsia. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5758600/#B485/ Accessed on July 16, 2020
    3. Preeclampsia. https://www.preeclampsia.org// Accessed on July 16, 2020
    4. Sperm exposure and development of preeclampsia. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12748491/ / Accessed on July 16, 2020
    5. Sex in pregnancy. https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/sex-in-pregnancy// Accessed on July 16, 2020
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 3 minggu lalu
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
    Next article: