backup og meta

Apa Rasa Air Mani? Pahit, Manis Atau Masin? Ini Penentu Rasa Sperma Orang Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 07/11/2022

    Apa Rasa Air Mani? Pahit, Manis Atau Masin? Ini Penentu Rasa Sperma Orang Lelaki!

    Sperma adalah sebahagian penting dalam kemandirian manusia dan ia adalah elemen penting dalam proses mendapatkan anak. Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir apa agaknya rasa sperma?

    Jawapan kepada soalan ini berbeza mengikut individu memandangkan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi rasanya.

    Antara faktor tersebut, makanan lazimnya mempunyai impak yang besar terhadap rasa sperma.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Bagaimana rasa sperma?

    Perisa yang berkait dengan sperma datangnya daripada komposisi dalam cecair semen (air mani).

    96% daripada semen adalah air dan hanya 2% daripada semen adalah sperma. 2% lain yang tinggal terdiri daripada gula fruktosa yang membekalkan tenaga kepada sperma; sodium bikarbonat yang melindungi sperma daripada persekitaran asidik dalam faraj; vitamin c yang memastikan sperma sihat dan beberapa mineral seperti fosforus, magnesium, zink dan potasium.

    Oleh kerana protein-protein, enzim-enzim dan mineral-mineral ini, rasa asas sperma adalah sedikit suam dan masin.

    Ada yang mengatakan rasanya sedikit manis manakala ada yang berpendapat rasanya tawar. Satu faktor penting yang mempengaruhi rasa sperma adalah apa yang kita makan setiap hari.

    Peranan makanan dalam menentukan rasa sperma

    rasa sperma

    Walaupun secara umumnya, rasa sperma adalah sedikit masin dan suam, perisa yang bervariasi ini boleh disebabkan oleh apa yang lelaki itu makan.

    Sebagai contoh, merokok, pengambilan arak dan dadah boleh menyebabkan ejakulasi seseorang itu berasa pahit.

    Daging dan khinzir juga dikatakan menyebabkan rasa sperma yang pahit dan tidak enak. Punca perisa tidak enak yang lain adalah kafein yang mampu menyebabkan cecair ejakulasi anda berasa pahit.

    Begitu juga dengan makanan yang tinggi dalam kandungan sulfur seperti brokoli dan kubis yang berupaya  membuatkan sperma berasa pahit.

    Produk tenusu dipercayai meningkatkan rasa masin jadinya jika seorang lelaki itu mengambil terlalu banyak produk tenusu, cecair air maninya akan menjadi kurang enak.

    Seseorang yang gemar makanan berbau kuat seperti halia atau bawang mungkin akan mempunyai air mani yang tidak enak.

    Sementara itu, kulit kayu manis dan jus nanas dikatakan makanan terbaik dalam perisa air mani seseorang.

    Apa-apa makanan yang tinggi dalam kandungan gula akan menyebabkan rasa ejakulasi seseorang itu lebih manis dan sedap.

    Daun gandum, lemon pasli dan pudina turut membantu menambah kemanisan air mani seseorang.

    Badan yang sihat menentukan perisa air mani 

    rasa sperma

    Jika badan anda sihat, kemungkinan besar, air mani akan berasa manis. Jadi, pastikan keadaan kesihatan anda semuanya baik dan dapatkan rawatan optimum.

    Tambahan lagi, sesetengah ubat juga turut mempengaruhi rasa ejakulasi anda seperti pahit atau terlebih masin.

    Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika terpaksa mengambil ubat tersebut, anda boleh cuba untuk memperbaikinya dengan mengambil banyak jus dan juga air suling.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan