backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Alami Kulit Mengelupas, Kering & Gatal? Semak 5 Punca Ini Dahulu Untuk Tahu Rawatan Betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/02/2024

    Alami Kulit Mengelupas, Kering & Gatal? Semak 5 Punca Ini Dahulu Untuk Tahu Rawatan Betul!

    Kulit sering gatal-gatal dan mengelupas? Jangan biarkan ia berlanjutan! Ini merupakan antara tanda kulit kering. Punca kulit kering boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Jika tidak dikenal pasti dengan segera, masalah ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan dalam jangka masa panjang. 

    Ada beberapa kawasan kulit yang cenderung mengalami masalah kekeringan. Contohnya seperti di kawasan muka, tangan, kaki dan paha. Malah, dalam sesetengah kes, kulit kering yang dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan jangkitan!1

    Tapi sebelum anda panik tanpa sebab yang kukuh, ayuh kita kenali dahulu apakah punca kulit kering dan tanda-tandanya. Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    5 Punca Kulit Kering Yang Tidak Disedari Ramai

    Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. 

    Aktiviti harian seperti penggunaan sabun yang tidak bersesuaian dengan kulit atau mandi dengan terlalu lama, lebih-lebih lagi dengan air panas boleh menjadi punca kulit kering.2 Bukan itu sahaja, terlalu lama terdedah kepada pendingin hawa juga boleh membuatkan kulit kering dan merekah. 

    Selain itu, terdapat banyak punca kulit kering lain yang anda harus teliti sebelum mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian. Antara punca kulit kering yang sering terjadi adalah:

    1. Kurang minum air punca kulit kering

    Salah satu punca utama kulit kering adalah kerana tabiat tidak minum air dengan mencukupi. Tanpa air, kulit akan mengalami dehidrasi, dan ianya berisiko menjadikan kulit lebih kering serta mengalami kegatalan.3

    2. Keadaan cuaca sejuk 

    Faktor lain yang boleh menyebabkan masalah kulit kering adalah cuaca. Individu yang tinggal di kawasan yang beriklim sejuk dan mempunyai kelembapan yang rendah lebih cenderung mengalami kulit kering.4

    3. Terlalu kerap mandi dengan air panas

    Mandian air panas sememangnya menenangkan, akan tetapi ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering! Air panas akan membuka liang pori dan menghakis minyak yang terbentuk secara semula jadi di dalam kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi semakin kering dan mudah merekah.

    4. Mempunyai kulit jenis sensitif

    Tahukah anda, pencuci baju dan sabun yang anda selalu guna juga boleh membuatkan kulit menjadi gatal dan kekeringan? 

    Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu lebih peka dalam pemilihan pencuci baju dan sabun badan.4

    5. Keadaan kesihatan punca kulit kering

    Keadaan kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan kulit kering. Sebagai contoh, pesakit diabetes, ekzema, psoriasis dan individu yang mempunyai masalah kelenjar tiroid tidak aktif, turut cenderung mengalami kegatalan pada kulit.5

    Jangan Sesekali Mengabaikan Tanda Kulit Kering

    punca kulit kering

    Setiap individu mungkin mengalami tanda kulit kering yang berbeza-beza, bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, kesihatan, warna kulit dan pendedahan terhadap cahaya matahari. 

    Namun, ada beberapa tanda kulit kering yang lazimnya terjadi, contohnya seperti:6

    1. Kulit rasa tegang.
    2. Kulit kasar dan nampak kering. 
    3. Kerap alami gatal-gatal.
    4. Kulit bersisik.
    5. Kulit terkopek dan berdarah. 
    6. Kulit merekah
    7. Kulit yang cerah nampak merah, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu. 

    Jika kulit anda mengalami kekeringan yang serius, anda perlu berjumpa ahli dermatologi untuk merawatnya. Hanya rawatan yang bersesuaian sahaja dapat mengelakkan kondisi ini daripada menjadi semakin teruk. 

    5 Produk Terbaik Untuk Mengatasi Punca Kulit Kering

    tanda kulit kering

    Tidak dinafikan kulit kering, mengelupas dan bersisik boleh membuatkan anda rasa tidak selesa dan menjejaskan keyakinan diri seseorang individu. Menurut statistik, 1 daripada 5 rakyat Malaysia mengalami masalah kulit kering yang mengelupas dan bersisik. Jadi usah risau, anda tidak berseorangan!

    Walau bagaimanapun, itu bukan bermaksud masalah kulit kering tidak dapat diatasi. Tetapi dengan penggunaan produk yang betul, anda boleh mengembalikan kelembapan kulit supaya ia tampak lebih sihat dan bermaya. 

    Ikuti rekomendasi kami mengenai 5 produk yang terbaik dan disarankan pakar untuk melawan tanda kulit kering bagi membantu mengatasi masalah yang sudah lama membelenggu anda ini:

    1. Skin Cleanser

    Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, penghidap kulit kering yang mengelupas malah juga bersisik disaran untuk menggunakan pencuci muka atau Skin Cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit. 

    Cari produk yang bukan sahaja boleh digunakan pada wajah dan badan, tetapi pencuci muka yang dapat membersih tanpa menghakis minyak semula jadi kulit. 

    Skin Cleanser yang bebas sabun dan bebas pewangi sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit kombinasi ataupun kulit yang sangat sensitif. 

    2. Body Moisturizer

    Sedang mencari pelembap badan yang ringan, tidak berminyak dan selesa dipakai sepanjang hari? Anda boleh memanfaatkan Body Moisturizer yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan masalah kulit kering dan gatal. 

    Produk yang mengandungi formulasi khusus juga boleh mengekalkan kelembapan pada kulit serta memastikannya kekal hidrat tanpa merosakkan pelindung semula jadi kulit. 

    3. Body Wash

    Kulit rasa tegang, nampak kasar dan sering gatal-gatal? Jangan dibiarkan kerana ini semua adalah tanda kulit kering! Atasi masalah ini dengan menggunakan Body Wash yang boleh memberikan kelembapan berpanjangan. 

    Pada penghujung hari, cuba belai diri anda dengan sabun tersebut. Body Wash yang baik harus terbukti dapat membersih, melembap dan melegakan kulit badan yang kering serta gatal-gatal! 

    4. Hydrating Lotion

    Anda mempunyai kulit yang sangat kering? Sudah tiba masanya untuk anda menggunakan hydrating lotion yang mampu mengekalkan kelembapan berpanjangan sehingga 7 hari selepas penggunaan. 

    Hydrating lotion dengan formulasi istimewa dapat memberikan kelegaan segera pada kulit selepas aplikasi pertama. Ia juga bertindak lembut pada kulit dan tidak akan menyebabkan kegatalan. 

    Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan