Aktiviti seharian mungkin boleh menjejaskan kesihatan kulit kita jika tidak ditangani dengan baik. Lebih-lebih lagi jika kurang minum air pada hari tersebut. Kesannya, tubuh badan akan mudah mengalami dehidrasi dan boleh menjadi antara punca kulit kering 1.
Ada beberapa bahagian kulit yang cenderung mengalami masalah kekeringan seperti ini. Antaranya:
- Bahagian muka
- Tangan
- Kaki
- Paha
Malah, dalam sesetengah kes, kulit kering yang dibiarkan tanpa pencegahan atau rawatan boleh menyebabkan jangkitan! 1
Namun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa cara merawat kulit kering yang boleh membantu dalam mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
5 punca kulit kering yang tidak disedari
Sebelum pergi kepada rawatan dalam mengembalikan kelembapan kulit, adalah lebih baik untuk kita memahami dahulu apakah punca kulit kering secara ringkas.
Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Aktiviti harian seperti penggunaan sabun yang tidak bersesuaian dengan kulit, atau mandi terlalu lama, lebih-lebih lagi dengan air panas boleh menjadi punca kulit kering 2.
Bukan itu sahaja, pendedahan kepada pendingin hawa terlalu lama juga boleh membuatkan kulit kering dan merekah 3.
Selain itu, terdapat banyak punca kulit kering lain yang anda harus teliti sebelum mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian.
Antara punca kulit kering yang sering terjadi adalah:
1. Kurang minum air punca kulit kering
Salah satu punca utama kulit kering adalah kerana tabiat tidak minum air dengan mencukupi.
Tanpa air, kulit akan mengalami dehidrasi, dan ia berisiko menjadikan kulit lebih kering serta mengalami kegatalan 4. Ini yang kerap berlaku apabila kita berpuasa.
2. Keadaan cuaca sejuk
Faktor lain yang boleh menyebabkan masalah kulit kering adalah cuaca.
Individu yang tinggal di kawasan yang beriklim sejuk dan mempunyai kelembapan yang rendah lebih cenderung mengalami kulit kering 5.
3. Kerap mandi air panas
Mandian air panas sememangnya menenangkan. Namun, ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering!
Air panas akan membuka liang pori dan menghakis minyak yang terbentuk secara semula jadi di dalam kulit 6. Akibatnya, kulit akan menjadi semakin kering dan mudah merekah.
4. Mempunyai kulit jenis sensitif
Tahukah anda, pencuci muka, baju dan sabun badan yang anda selalu guna juga boleh membuatkan kulit menjadi gatal dan kekeringan?
Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu lebih peka dalam pemilihan produk pencuci muka, baju dan sabun badan 5.
5. Keadaan kesihatan punca kulit kering
Keadaan kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan kulit kering. Sebagai contoh, pesakit diabetes, ekzema, psoriasis dan individu yang mempunyai masalah kelenjar tiroid tidak aktif, turut cenderung mengalami kegatalan pada kulit 7 8 9 10.
4 produk boleh atasi masalah kulit kering
Tidak dinafikan bahawa masalah kulit menggelupas dan kulit kering bersisik boleh membuatkan anda berasa tidak selesa selain menjejaskan keyakinan diri seseorang individu.
Walau bagaimanapun, ia bukan bermaksud bahawa masalah kulit kering ini tidak boleh diatasi.
Menerusi penggunaan produk yang betul, anda boleh mengembalikan kelembapan kulit wajah supaya ia tampak lebih sihat dan bermaya.
Ikuti rekomendasi kami tentang cara merawat kulit kering pada wajah bagi membantu mengatasi masalah yang sudah lama membelenggu anda ini:
1. Cara merawat kulit kering pada wajah: Gunakan facial wash
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri, penghidap kulit yang menggelupas atau kulit kering bersisik disaran untuk menggunakan pencuci muka atau facial wash yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Anda boleh dapatkan produk pencuci muka yang lembut pada kulit, tidak mengandungi sabun serta mempunyai kandungan seperti Pentavitin dan vitamin B5.
Cari produk yang bukan sahaja boleh digunakan pada wajah dan badan, tetapi pencuci muka yang dapat membersih tanpa menghakis minyak semula jadi kulit yang menjadi punca kulit kering.
Facial wash yang bebas sabun dan bebas pewangi sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit kombinasi ataupun kulit yang sangat sensitif.
2. Penggunaan facial cream antara cara merawat kulit kering
Sedang mencari krim wajah yang ringan dan selesa dipakai sepanjang hari?
Anda boleh memanfaatkan facial cream yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan masalah kulit kering dan menjadikan kulit lebih lembut.
Produk yang mengandungi formulasi khusus juga boleh mengekalkan kelembapan pada kulit wajah, serta memastikannya kekal hidrat tanpa merosakkan pelindung semula jadi kulit.
3. Micellar water juga antara cara merawat kulit kering
Kulit rasa tegang, nampak kasar dan kering disebabkan penggunaan bahan kosmetik? Jangan dibiarkan kerana ini semua boleh menyebabkan tanda kulit kering.
Atasi masalah ini dengan menggunakan micellar water. Secara umumnya, micellar water berfungsi menanggalkan dan membersihkan alat solek daripada wajah anda.
Namun dalam masa yang sama, ada sesetengah produk micellar water yang turut berfungsi menghidratkan kulit. Ini menjadikan kulit lebih bersih dan segar sepanjang hari.
Pilihlah micellar water tanpa bahan pewangi, pewarna dan bahan kimia berbahaya.
4. Cara merawat kulit kering guna sleeping cream
Mahukan kulit lembap secara berterusan?
Sudah tiba masanya untuk anda menggunakan sleeping cream atau krim malam yang mampu mengekalkan kelembapan berpanjangan pada waktu tidur anda sehingga keesokan hari.
Sleeping cream boleh membantu mengelakkan kekeringan, kekasaran, ketegangan, kesuraman dan garisan dehidrasi kering pada kulit.
Gunakan krim ini sebelum tidur dan kulit anda akan kembali segar, anjal dan lembap sepanjang malam.
Pilih Simple sebagai solusi punca kulit muka kering!
Dalam menghadapi masalah kulit kering, penting untuk memilih produk penjagaan kulit yang bukan sahaja melembapkan tetapi juga memelihara kulit dari dalam.
Simple, jenama penjagaan kulit yang terkenal dengan pendekatannya yang lembut dan tanpa bahan kimia keras, menawarkan rangkaian produk Water Boost yang dirumus khusus untuk menangani masalah kulit kering.
Diperkaya dengan Vitamin B5, Pentavitin, Glycerin, dan Hyaluronic Acid, produk-produk dari Simple ini tidak hanya bertindak melembapkan kulit secara mendalam tetapi juga membalikkan semula lima tanda dehidrasi kulit.
Dengan keupayaan memberikan hidrasi yang mendalam, produk Water Boost dari Simple dapat memulihkan 5 kesan dehidrasi pada kulit, dan menjanjikan kulit kekal terhidrat sehingga 100 jam. Ini menjadikan rangkaian produk ini pilihan sempurna bagi mereka yang ingin mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.
Jadi, bagi anda yang mencari solusi untuk kulit kering, cubalah rangkaian Water Boost dari Simple bagi mendapatkan kulit yang sihat, lembap dan berseri. Barulah berseri setiap hari.
Klik di sini untuk dapatkan variasi produk Water Boost dari Simple sekarang!