backup og meta

Rupanya, Ada 7 Jenis Anemia Yang Boleh Berlaku Akibat Kurang Sel Darah Merah!

Rupanya, Ada 7 Jenis Anemia Yang Boleh Berlaku Akibat Kurang Sel Darah Merah!

Penyakit anemia adalah satu kondisi di mana bilangan sel darah merah yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi tubuh badan. Persoalannya, benarkah ada banyak jenis jenis anemia?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

1. Anemia kekurangan zat besi

Ia adalah jenis anemia paling biasa. Ia berlaku apabila anda tidak mempunyai zat besi yang mencukupi di dalam tubuh.

Kekurangan zat besi biasanya disebabkan oleh kekurangan darah, tetapi kadang-kadang ia juga boleh berlaku disebabkan pleh penyerapan zat besi yang berkurang.

Kehamilan dan melahirkan anak mengambil banyak zat besi dan itu boleh menyebabkan anemia berkaitan dengan kehamilan.

Selain itu, seseroang yang telah menjalani pembedahan pintasan gastrik untuk tujuan penurunan berat badan atau sebab lain juga mungkin menyebabkan kekurangan zat besi kerana penyerapan yang kurang baik.

jenis anemia

2. Anemia pernisius/anemia kekurangan vitamin

Anemia pernisus (pernicious anaemia) adalah keadaan yang mana tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sihat akibat daripada vitamin B12 yang tidak mencukupi (nutrien yang terdapat dalam makanan tertentu).

Mereka yang mengalami anemia menyebabkan vitamin B12 tidak dapat diserap dalam saluran gastrousus akibat kekurangan faktor intrinsik (protein yang dihasilkan di dalam perut).

Walau bagaimanapun, keadaan dan faktor lain juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12.

3. Anemia asplasia (Aplastic anemia)

Anemia asplasia adalah gangguan darah yang mana sumsum tulang berhenti membuat sel darah yang mencukupi (sel darah merah, sel darah putih dan platelet).

Ini berlaku akibat kemusnahan atau kekurangan sel stem pembentukan darah dalam sumsum tulang, khususnya apabila sistem imun sendiri menyerang sel stem.

Keadaan ini boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan termasuk aritmia (arrhythmias), pembesaran jantung, kegagalan jantung, jangkitan dan pendarahan.

Anemia aplasia adalah keadaan yang jarang, tetapi serius. Ini kerana ia boleh berkembang secara tiba-tiba atau perlahan-lahan dan cenderung memburuk dengan masa, kecuali ia ditemui dan dirawat.

jenis anemia

4. Anemia haemolisis (Hemolytic anemia)

Anemia haemolisis berlaku apabila sel darah merah rosak di dalam aliran darah atau limpa.

Ini mungkin disebabkan oleh mekanikal (injap jantung yang bocor atau aneurisme), jangkitan, gangguan autoimun, keabnormalan kongenital dalam sel darah merah.

Anemia hemolitisis boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti keletihan, sakit, aritmia, pembesaran jantung dan kegagalan jantung.

Terdapat pelbagai jenis anemia jenis ini, dan termasuk juga yang diwarisi seperti talesemia.

5. Anemia sel sabit (Sickle cell anaemia)

Jenis anemia sel sabit adalah penyakit serius yang mana tubuh menghasilkan sel darah merah berbentuk sabit (“C”).

Sel darah merah yang normal adalah berbentuk cakera dan bergerak dengan mudah melalui saluran darah.

Sel sabit ini mengandungi hemoglobin yang tidak normal berbentik sabit menyukarkan pergerakannya melalui saluran darah, seterusnya menyebabkannya terperangkap dalam saluran darah.

Saluran darah yang disekat boleh menyebabkan sakit, jangkitan serius, dan kerosakan organ.

6. Talasemia

jenis anemia

Takesemia adalah gangguan darah diwarisi yang menyebabkan tubuh memhasilkan sel darah merah yang kurang sihat dan kurang hemoglobin.

Dua jenis utama talasemia adalah alpha- dan beta talasemia.

Thalassaemias menjejaskan kedua-dua lelaki dan perempuan dan paling kerap berlaku pada orang Itali, Yunani, Timur Tengah, Asia dan Afrika.

7. Jenis akibat penyakit lain

Sesetengah penyakit boleh menjejaskan keupayaan tubuh membuat sel darah merah.

Contohnya, sesetengah pesakit dengan penyakit buah pinggang membangunkan jenis anemia kerana buah pinggang tidak menghasilkan hormon eritropoietin yang mencukupi untuk menandakan sumsum tulang membuat sel-sel darah merah yang baru atau lebih.

Selain itu, kemoterapi yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser sering merosakkan keupayaan tubuh untuk membuat sel darah merah baru, dan rawatan ini sering mengakibatkan anemia.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Haemoglobin concentrations for the diagnosis of anaemia and assessment of severity, https://www.who.int/vmnis/indicators/haemoglobin.pdf, Accessed Dec 10 2018.
  2. Anemia, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3929-anemia, Accessed Dec 10 2018.
  3. Anemia, https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/anemia, Accessed Dec 10 2018.
  4. Anemia, http://www.hematology.org/Patients/Anemia/, Accessed Dec 10 2018.
  5. Anemia, https://familydoctor.org/condition/anemia/, Accessed Dec 10 2018.

 

 

Versi Terbaru

01/08/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Muhammad Wa'iz

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jaga-jaga! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!

Penghidap G6PD Perlu Patuhi 9 Pantang Larang, Terutama Elak Kekacang Jenis Ini!


Fakta Disemak oleh

Muhammad Wa'iz


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan