Alamak! Tarikh Bersalin Dah Dekat, Apa Persediaan Ibu Hamil Di Saat Pandemik COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Risaunya…sudahlah tengah bimbang tentang coronavirus, doktor jangkakan tempoh melahirkan anak dalam jangka masa terdekat. Aduh, macam mana dengan persediaan bersalin ketika COVID-19?

Di Malaysia, statistik bagi Covid-19 seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Melahirkan anak

Proses melahirkan anak adalah 1 waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu bapa. Namun dalam penularan wabak COVID-19 ini, sudah tentu ia adalah perkara yang turut menyebabkan kebimbangan.

Pastinya banyak persoalan akan bermain di fikiran. Mungkinkah anak yang bakal dilahirkan terkena jangkitan coronavirus ini? Bagaimana proses penyusuan kalau anda sebagai ibu diletakkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)?

persediaan bersalin

Bagaimana persediaan bersalin ketika COVID-19?

Setakat ini, masih tidak terdapat bukti menunjukkan COVID-19 boleh disebarkan oleh seorang wanita hamil kepada janinnya. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan di Wuhan, China terhadap 4 wanita hamil yang positif COVID-19.

Selepas bayi dilahirkan, 3 daripada responden bersetuju untuk dilakukan ujian kepada bayi mereka dan semuanya didapati negatif virus korona. 4 bayi tersebut juga tidak menunjukkan sebarang simptom coronavirus.

Jadi apa yang boleh dikatakan, persediaan bersalin ketika COVID-19 adalah seperti biasa. Cuma mungkin wujud keterbatasan untuk bakal ibu bapa dalam melakukan persiapan dari aspek barangan bayi.

Tetapi bagaimana pula daripada aspek mental bakal ibu ketika proses melahirkan anak itu nanti? Adakah perlu melaluinya secara berseorangan tanpa ditemani pasangan atau keluarga?

Menurut OB-GYN, merangkap tenaga pengajar obstetrik dan ginekologi di Oregon Health & Science University, Dr Rachel Pilliod, “Sememangnya saat melahirkan anak bukan sekadar 1 proses fisiologi dan pastinya wujud keinginan untuk berkongsi bersama insan tersayang.”

Sebagai 1 persediaan bersalin ketika COVID-19, beliau menasihatkan wanita yang bakal menyambut kelahiran anak semasa tempoh pandemik ini untuk melakukan rundingan dengan hospital pilihan. 

Kebiasaannya pihak hospital akan mengehadkan seorang individu sihat untuk bersama sepanjang tempoh berada di hospital. Walau bagaimanapun, sudah pasti ia bergantung kepada syarat yang dikeluarkan hospital, terutamanya waktu penularan COVID-19.

Turut disarankan, jika pihak hospital membenarkan seorang individu untuk menemankan ibu selepas bersalin, sebaiknya sediakan individu pengganti  yang boleh membantu ibu dan bayi jika peneman tersebut mungkin perlu menjalani proses kuarantin-14 hari. 

Apakah risiko jangkitan kepada bayi baru dilahirkan?

melahirkan anak

Bagaimana dengan proses penyusuan? Bolehkah dilakukan seperti biasa terutamanya jika ibu mungkin mempunyai simptom jangkitan?

Pengamal Perubatan dan juga Pensyarah Kanan di Leeds dan Bradford University, Dr Amir Khan memberitahu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tidak terdapat sebarang virus penyebab COVID-19 yang ditemui di dalam susu ibu.

Dr Amir menjelaskan, jika anda ingin menyusukan bayi dan tidak mempunyai sebarang gejala, menjaga aspek kebersihan adalah kunci utama dalam membendung penularan wabak coronavirus

Manakala jika anda mungkin mempunyai simptom, anda disarankan untuk mengepam susu ke dalam botol dan berikan individu lain yang sihat untuk memberikan susu kepada bayi anda. 

Semestinya proses penyusuan tidak digalakkan untuk dihentikan walaupun anda mungkin mempunyai simptom. Ini kerana bayi memerlukan antibodi yang terdapat di dalam susu. Ia adalah cara terbaik untuk membantu si manja melawan virus

Tetapi penjagaan individu mungkin bergantung kepada tahap simptom yang dialami ibu. Sebaiknya, perbincangan dengan bakal ibu, keluarga dan pihak perubatan perlu dilakukan berkaitan penyusuan badan serta persediaan bersalin ketika COVID-19.

Bagi ibu yang mungkin mempunyai risiko jangkitan, pihak CDC menasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengendalikan bayi. Ini termasuklah mencuci tangan sebelum menyentuh bayi dan memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan. 

Jika anda memilih untuk memberikan susu formula, pastikan barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.

Kes jangkitan COVID-19 melibatkan bayi baru lahir?

Terdapat 1 kes jangkitan melibatkan bayi yang baru dilahirkan diuji positif COVID-19 di salah sebuah hospital di bahagian utara London. Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu tersebar melalui plasenta sebelum kelahiran atau pada masa kelahiran. 

Ibu bayi tersebut diuji positif COVID-19 di hospital Middlesex Utara, di Enfields. Keputusan hanya diperolehi selepas melahirkan anak. Setakat ini, kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jika positif jangkitan, apakah persediaan bersalin ketika COVID-19?

Bagi wanita hamil positif COVID-19 pada waktu melahirkan anak, mereka akan diasingkan daripada pesakit lain dan pengamal perubatan pula akan memakai topeng muka

CDC menjelaskan keluarga pesakit sememangnya tidak dibenarkan untuk melawat, maka penggunaan mekanisma alternatif untuk pesakit dan ahli keluarga berhubung adalah seperti panggilan video menggunakan telefon atau tablet. 

Selepas bayi dilahirkan, pastikan mereka akan diasingkan daripada ibu sehingga status jangkitan diputuskan. Ini adalah untuk membendung penularan wabak kepada bayi, jika masih belum berlaku. 

persediaan-bersalin-ketika-covid-19

Jangan tertekan

Tidak dinafikan dalam tempoh ini, kebanyakan individu akan berdepan tekanan khususnya para ibu mengandung. Apatah lagi memikirkan tempoh melahirkan anak semakin dekat. 

Walau bagaimanapun, bakal ibu sekalian dinasihatkan untuk menghindari sebarang tekanan. Lakukan perbincangan dengan pengamal perubatan tentang persediaan bersalin ketika COVID-19 ini.

Sama ada merancang untuk bersalin di rumah atau mungkin di hospital bersalin, dapatkan rundingan dengan pakar terlebih dahulu. Jangan melakukan sebarang keputusan terburu-buru.

Paling penting, sepanjang tempoh ini, lakukan penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan lakukan jarak sosial dengan sebaiknya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, okay?

Jika anda mempunyai sebarang simptom, melakukan kontak dengan individu positif COVID-19,  atau pernah pergi ke negara yang mengalami wabak, laporkan kepada doktor dan jangan rahsiakannya. Jadilah individu yang bertanggungjawab.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Sebelum proses kelahiran bayi, bakal ibu perlu melalui pemeriksaan vagina. Namun adakah kaedah seluk faraj itu perlu dilakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

Tahniah, anda hamil sekali lagi! Dah bersedia untuk melahirkan anak kedua? Dengar kata proses kelahiran akan lebih mudah, benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

selepas kelahiran bayi

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
koyakan faraj

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
proses bersalin normal

Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan