home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sebelum ini, Malaysia boleh berdiri sama gah dengan negara lain yang telah berjaya membendung wabak COVID-19 dengan jayanya.

Namun, kebelakangan ini, kes COVID-19 di Malaysia sudah kembali di bahagian utara semenanjung!

Awal Ogos ini, Kluster Sivagangga merebak ke tiga negeri; Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang dengan mencatatkan keseluruhan jumlah kes baharu individu positif COVID-19 sebanyak 25 kes (setakat 16 Ogos 2020).

Justeru, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berlangsung sehingga hujung bulan ini, 31 Ogos tidak boleh dipandang enteng. Masyarakat Malaysia perlu biasakan diri dengan norma baharu.

Malaysia kini alami 25 kes baharu virus korona, setakat 16 Ogos

Ketika awal PKPP, rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira akan pengurangan dari segi jangkitan kes COVID-19.

Walau bagaimanapun, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada mengingatkan bahawa ia masih lagi terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah.

Menurutnya lagi, kes COVID-19 boleh berubah mengikut hari demi hari. Terbukti, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha diadakan, kes korona virus di negara ini meningkat.

Dan, sehingga 16 Ogos 2020, kes positif baharu yang dicatatkan adalah sebanyak 25 kes (termasuk 16 kes import dan 9 kes penularan di dalam negara).

SOP yang ketat telahpun digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua usaha ini adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada merebak dengan lebih teruk.

Jadi, ini menunjukkan bahawa walaupun bilangan kes di negara kita pernah menurun di bawah 20 kes, tapi ia tidak bermakna COVID-19 telah tiada!

Selagi virus tersebut masih wujud, masih ada kemungkinan untuk ia bertindak menjangkiti orang ramai. Tambah lagi, jangkitan akan jadi lebih teruk jika masyarakat tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Ingat, jika anda batuk atau bersin, tutup mulut dan jangan halakan bersin anda pada orang lain!

Menurut Datuk Dr Noor Hisham lagi, kluster COVID-19 baru ini umpama bara api. Jika bara api dicurahkan minyak, ia akan terbakar dengan lebih marak.

Jika masih ramai yang enggan mengikut SOP yang ditetapkan, bilangan kes coronavirus di Malaysia pasti akan meningkat lagi dalam masa terdekat.

Anda mungkin berminat:

Kita masih belum menang melawan COVID-19

virus korona

Apabila ditanya tentang bila pandemik ini akan berakhir, Dr Simon Clarke daripada University of Reading berkata, mustahil untuk saintis tentukan tarikh yang tepat.

Walaupun kes sudah berkurang di beberapa negara, masih ada lagi pembawa virus COVID-19 yang berlegar dalam kalangan kita.

Sukar untuk elakkan jangkitan kerana ada pembawa yang tidak menunjukkan sebarang simptom.

Walaupun kita mempunyai vaksin yang sedang diuji, itu tidak bermakna COVID-19 akan berakhir dalam masa terdekat.

Namun, disebabkan keadaan yang mendesak, saintis di seluruh dunia telahpun berjaya mencipta vaksin dalam jangka masa yang amat pantas.

Selalunya, pembuatan vaksin akan makan masa selama bertahun-tahun. Namun, saintis berharap untuk menghasilkan vaksin dalam masa hanya 12 hingga 18 bulan.

Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa virus korona

virus korona

Walaupun kes coronavirus di Malaysia pernah menurun, itu tidak bermakna anda boleh terus alpa dan leka.

Jangan lupa amalkan amalan mencuci tangan. Basuh tangan dengan kerap dan gunakan hand sanitiser jika anda jauh daripada punca air.

Pastikan anda berada dalam jarak 1 meter daripada orang lain. Jika anda berada dalam keadaan yang tidak membolehkan anda untuk mengamalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka untuk lindungi diri anda.

Elak daripada menyentuh mulut, hidung ataupun mata. Siapa tahu apa yang telah tangan kita sentuh sepanjang hari.

Jika tangan telah tercemar dengan virus korona COVID-19, ia boleh masuk ke dalam badan anda melalui rongga hidung dan juga mulut.

Selain itu, jangan keluar rumah jika anda bergejala. Asingkan diri dan elak daripada bertemu dengan orang lain.

Samalah jika anda sedang melalui kuarantin. Jangan bersikap pentingkan diri dan keluar sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Walaupun anda tidak bergejala, anda mungkin menghidap penyakit COVID-19 dan telah menyebarkannya kepada orang ramai tanpa sengaja.

Baca juga:

Kes kurang bukan bermaksud COVID-19 sudah berakhir

Walaupun kes di negara kita pernah mencatatkan penurunan, kes di negara lain seperti di Indonesia dan juga Amerika Syarikat masih lagi meningkat.

Selagi masih ada jangkitan, selagi itulah kita belum selamat.

Kerajaan telah lakukan yang terbaik untuk halang virus COVID-19 daripada memasuki Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat haruslah memainkan peranan masing-masing.

Jangan lupa amalkan penjarakan fizikal, pakai topeng muka dan sentiasa basuh tangan. Bersama, kita mampu menghentikan penyebaran virus COVID-19!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Code Blue. 2020. Malaysia’s Active Covid-19 Cases Breach 200. July 28. Accessed July 29, 2020. https://codeblue.galencentre.org/2020/07/28/malaysias-active-covid-19-cases-breach-200/.
  2. Independent. 2020. ‘If anyone tells you a date they’re using a crystal ball’: When can we really expect coronavirus to end? June 22. Accessed July 29, 2020. https://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/coronavirus-when-will-it-end-date-outbreak-stop-a9414196.html.
  3. WHO. n.d. Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. Accessed July 29, 2020. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada [date}
x