backup og meta

Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 22/07/2021

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Walaupun Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Sedunia (CDC) menggalakkan penggunaan penutup mulut dan hidung sebagai salah satu cara efektif mencegah coronavirus, tapi ramai individu yang sudah mula beralih ke penggunaan pelindung muka.

    Hal ini kerana pelindung muka plastik lebih mudah digunakan serta membuatkan individu berasa lebih selesa.

    Sejauh manakah keberkesanan pelindung muka plastik dalam mencegah penularan wabak pandemik ini? Jom ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini!

    Sementara itu, ketahui statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Bolehkah pelindung muka atasi penyebaran COVID-19?

    Ramai pakar perubatan beranggapan pelindung muka plastik tidak memberikan perlindungan yang memuaskan daripada terkena jangkitan coronavirus, terutama sekali apabila digunakan secara tunggal.

    Sebaliknya, para pakar mengesyorkan pelindung muka plastik hanya boleh digunakan sebagai perlindungan tambahan untuk penutup mulut dan hidung tiga lapisan atau kain, dan bukannya sebagai pengganti tetap.

    Menurut pendapat pakar, Dr Michael B. Edmond, Ketua Pegawai Kualiti dan Profesor Klinikal Penyakit Berjangkit dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat – pelindung muka plastik boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus tersebut.

    Artikel berkaitan:

    Mekanisme utama penyebaran virus corona adalah melalui titisan air,” katanya.

    Sambung beliau lagi, “pelindung muka elok untuk mencegah titisan air daripada bersentuhan dengan hidung, mulut dan mata, organ-organ utama untuk coronavirus masuk ke dalam sistem tubuh kita untuk mewujudkan jangkitan.”

    Meskipun pelindung muka plastik boleh memberikan perlindungan terhadap titisan air di udara, namun ia masih dapat disedut dan masuk ke dalam sistem tubuh melalui kawasan terbuka di sekitar pelindung muka.

    Oleh hal yang demikian, pelindung muka plastik haruslah dipakai bersama dengan penutup mulut dan hidung tiga lapisan atau pelitup kain.

    Keberkesanan pelindung muka plastik bagi mengurangkan penyebaran virus corona

    Satu kajian yang baru diterbitkan mendedahkan, keberkesanan pelindung muka plastik dalam mengurangkan penyebaran coronavirus adalah dengan menggunakan visualisasi.

    Mereka mendapati, meskipun pelindung muka boleh menyekat pergerakan titisan air semasa batuk atau bersin, individu masih boleh terkena jangkitan dek kerana titisan yang berada di sekitar visor pelindung muka anda.

    Selain itu, sebuah kajian lain yang dilakukan berikutan wabak virus corona di Switzerland mendedahkan, tidak ada seorang pun individu yang memakai pelitup muka dijangkiti virus tersebut.

    Walaupun begitu, segelintir individu yang hanya memakai pelindung muka plastik tanpa menggunakan topeng muka menunjukkan keputusan positif.

    Kajian sebegini menjadi bukti kukuh bahawa pelindung muka plastik tidak dapat melindungi anda sepenuhnya daripada dijangkiti coronavirus, tanpa penggunaan pelitup muka juga.

    Tip penggunaan pelindung muka

    Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada penggunaan pelindung muka, para pakar mengesyorkan tiga kunci utama berikut:

    1. Jangan lupa memakai topeng muka juga!

    penutup mulut dan hidung

    Pakar menjelaskan bahawa pelindung muka boleh memberikan manfaat dari segi perlindungan jangkitan virus corona apabila anda memakainya bersama-sama dengan pelitup muka.

    Topeng muka tiga lapisan mahupun kain bukan sahaja boleh melindungi diri anda, malah melindungi individu lain daripada mendapat jangkitan yang berkemungkinan daripada anda sendiri, ya!

    Rantaian wabak pandemik ini hanya dapat dihentikan dengan penggunaan topeng muka, dan pelindung muka plastik memastikan anda mendapat perlindungan tambahan daripada jangkitan virus tersebut.

    2. Pastikan saiz pelindung muka sesuai

    Dr Edmond mencadangkan saiz pelindung muka yang paling sesuai adalah apabila ia melindungi sehingga dagu dan ke bawah.

    Beliau menyambung lagi, pelindung muka plastik haruslah sampai ke paras telinga dari sisi dan sepatutnya tidak mempunyai apa-apa jurang di antara dahi dan bahagian depan pelindung muka, kecuali jika ada penutup pada celah tersebut.

    Jika tidak, titisan air boleh mencapai mata, hidung dan mulut anda daripada celah-celah tersebut dan menyebabkan jangkitan.

    Baca juga:

    • Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    • Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    3.  Bersihkan selepas setiap kali penggunaan

    CDC mencadangkan agar anda merujuk kepada arahan pengeluar pelindung muka, jika ada.

    Sekiranya tidak ada arahan yang tersedia, bersihkan ia dengan pencuci neutral atau pembasmi kuman dan air suam untuk menghilangkan kotoran yang boleh dilihat. Setelah segala kotoran sudah disingkirkan, bilas dengan air bersih.

    Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa pembasmian kuman pada pelindung muka boleh dilakukan dengan larutan berasaskan klorin.

    Penggunaan alkohol tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan plastik dan gam setelah digunakan dalam tempoh lama. Di samping itu, ia juga boleh menghilangkan sifat istimewa antiglare atau antifogging.

    Paling penting, jangan lupa untuk membilasnya dengan air sehingga bersih untuk membuang sisa-sisa yang tertinggal.

    Keringkan ia seperti biasa atau gunakan tuala kertas yang bersih untuk meresap kelembapan.

    Intipati yang boleh anda ambil

    virus corona

    Walaupun pelindung muka telah banyak digunakan, ia tidak akan memberikan perlindungan sepenuhnya tanpa topeng muka. 

    Sudah terang lagi bersuluh, penggunaan topeng muka rupanya lebih penting daripada pelindung muka bagi mengurangkan penyebaran virus corona.

    Ini termasuklah dengan kekerapan mencuci tangan, jaga jarak sosial dan sebagainya.

    Bagi memutuskan rantaian wabak pandemik ini, kita haruslah berganding bahu dan mematuhi arahan daripada kerajaan. Jaga diri, ya!

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 22/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan