backup og meta

Takut Bawa Pulang COVID-19 Ke Rumah Dari Tempat Kerja? Ini Cara Elak Ia Terjadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/02/2021

    Takut Bawa Pulang COVID-19 Ke Rumah Dari Tempat Kerja? Ini Cara Elak Ia Terjadi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Aspek kebersihan rumah adalah 1 perkara penting untuk mencegah penularan COVID-19. Anda juga harus mengetahui langkah penjagaan diri selepas pulang ke rumah bagi mengekang penyebaran virus.

    Nak tahu tips terbaik penjagaan dan kebersihan rumah sempena COVID-19? Jom ikuti penjelasan kami di bawah.

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Tips penjagaan dan kebersihan rumah

    Menjaga kebersihan rumah dengan mencuci lantai dan permukaan pada ruang kediaman bukanlah sesuatu yang baru. Mungkin anda sudah biasa mengemop lantai setiap hujung minggu.

    Walau bagaimanapun, dengan isu pandemik melibatkan wabak coronavirus, aspek penjagaan kediaman menjadi perkara penting dalam mencegah penularan COVID-19.

    Bagi menjaga kebersihan rumah, anda perlu pastikan semua permukaan ruang kediaman yang kerap disentuh seperti pemegang pintu, telefon dan alat kawalan peralatan elektronik bebas kuman. 

    Tetapi bagaimana cara untuk melakukannya?

    Baca juga:

    Lakukan penjagaan kebersihan rumah bersama

    Jika anda ingin membersihkan rumah daripada virus COVID-19, ini beberapa tips yang mungkin berkesan untuk penjagaan dan kebersihan rumah:

    Mencuci dan disinfeksi

    Mesti ada di antara kita yang merasakan proses mencuci dan membasmi adalah perbuatan yang sama. Haaa…silap sebenarnya.

    Kedua-duanya adalah perbuatan dan perkara yang berbeza.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan proses pembersihan rumah melibatkan kedua-dua aspek, walaupun tiada individu sakit atau mempunyai simptom jangkitan coronavirus di rumah.

    • Mencuci adalah mengenai menyingkirkan bahan tercemar pada permukaan
    • Pembasmian adalah tentang membunuh patogen
    • Kedua-duanya harus dilakukan jika ada individu, haiwan atau barang masuk atau keluar dari kediaman anda

    Penyebaran daripada individu kepada individu lain adalah lebih berisiko untuk berlaku berbanding jangkitan melalui permukaan.

    Tetapi CDC mencadangkan untuk setiap isi rumah mencuci dan membasmi permukaan kerap disentuh sekurang-kurangnya sekali sehari.

    Ini adalah sebagai 1 cara memastikan keadaan di rumah sentiasa bersih, selamat dan berisiko rendah untuk menjadi punca jangkitan kepada setiap individu di dalam rumah.

    Permukaan rumah paling kerap disentuh

    Penyelidik telah mengetahui virus COVID-19 berupaya untuk hidup pada permukaan bukan hanya untuk tempoh 24 jam, bahkan sehingga 2 atau 3 hari. Jadi proses mencuci dan membasmi adalah perlu untuk dilakukan.

    Antara permukaan yang perlu disinfeksi setiap hari:

    • Tombol pintu
    • Permukaan meja
    • Kerusi di ruangan makan (tempat duduk, bahagian penyandar dan pemegang sisi)
    • Kaunter dapur
    • Tandas duduk
    • Alat kawalan barangan elektronik seperti televisyen atau penghawa dingin

    Setiap rumah adalah berbeza, jadi mungkin anda boleh fikirkan bahagian permukaan dalam rumah anda yang paling kerap disentuh dan perlu dicuci untuk menjamin kebersihan rumah.

    Baca juga:

    • Merebak Dari Sentuhan, Pegang Muka Sendiri Jadi Punca Jangkitan COVID-19?
    • Suami Isteri Bersenggama Manfaatkan PKP, Tapi Bolehkah Hubungan Intim Sebarkan COVID-19?

    Jadi sekarang anda sudah mengetahui apa yang perlu anda bersihkan, berikut adalah caranya:

    Mencuci, kemudian membasmi:

    1. Pertama sekali, bersihkan permukaan terlebih dahulu. Buang segala kekotoran atau debu. Lakukannya dengan lap permukaan barangan rumah menggunakan air bersabun atau semburan pencuci dan kain lap.
    2. Kemudian gunakan semburan atau bahan disinfeksi bersesuaian. Cara terpantas dan mudah adalah dengan menggunakan kain lap atau semburan dengan disinfeksi.

    Amalkan cara pencucian ini sebagai rutin untuk membantu mencegah penularan COVID-19 kepada anda dan juga setiap isi rumah.

    Jika di rumah anda tidak terdapat bahan pembasmi, anda boleh menggunakan sabun atau sebarang bahan pencuci yang ada.

    mencegah penularan covid-19

    Membuat bahan pembasmi sendiri

    Jika anda sebagai ketua keluarga perlu keluar mencari keperluan asas rumah dan juga bahan pembasmi, mungkin anda akan kecewa.

    Ini kerana kebanyakan rak di pasar raya mahupun kedai runcit sudah kehabisan bahan pembasmi.

    Tetapi usah risau, terdapat pilihan lain untuk anda. Pertama sekali, pastikan anda dan ahli keluarga kerap mencuci tangan menggunakan sabun. Jangan lupa untuk menggosok celahan jari

    Pihak CDC akan mencadangkan ‘resepi’ untuk menghasilkan pembersih rumah buatan sendiri menggunakan bahan peluntur. 

    Cara untuk menghasilkan semburan pembasmi menggunakan bahan peluntur:

    • 4 sudu teh bahan peluntur
    • 1 liter air

    Campurkan bahan-bahan dalam 1 botol semburan, goncang sehingga sebati. 

    Untuk menggunakannya, anda boleh menyemburkannya pada sebarang permukaan dan biarkan untuk selama 10 minit sebelum lap menggunakan kain basah yang bersih.

    Pastikan bahan peluntur tidak digunakan secara berlebihan dan elakkan daripada mencampurkan bahan peluntur dengan sebarang produk pencuci lain. 

    Jika ia berlaku, ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada permukaan barangan di rumah anda. Jadikan ini pilihan terakhir jika anda tidak dapat mencari sebarang produk pembasmi di pasaran. 

    Sekiranya menggunakan peluntur, pastikan anda memakai sarung tangan dan membuka tingkap bagi membantu pengudaraan di dalam rumah. Sentiasa berwaspada, okay?

    cara-penjagaan-kebersihan-rumah

    Penjagaan diri selepas pulang ke rumah

    Biasanya kalau selepas pulang, kita akan bersenang-lenang duduk menghadap televisyen dan bermesra bersama keluarga dan anak-anak, bukan?

    Namun dalam mencegah penularan COVID-19 ini, anda perlu terlebih dahulu membersihkan diri. 

    Jika ada ruang di hadapan rumah untuk anda mandi, maka sebaiknya mandilah di luar. Ini khususnya kepada individu lelaki.

    Pastikan semua pakaian yang dipakai ketika keluar ditanggalkan dan dicuci dengan sabun. 

    Sekiranya ruangan di luar terhad, anda boleh mandi di dalam bilik air, tetapi elakkan daripada menyentuh sebarang suis selagi anda belum membersihkan badan. 

    Ia adalah untuk mengelakkan sebarang penyebaran kuman atau bakteria yang tidak kelihatan pada permukaan. 

    Seandainya anda ada memakai sarung tangan atau topeng muka, basuh sebelum dibuang. Ini bagi mengelakkan ada individu tidak bertanggungjawab mengambil dan menjualnya.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan