AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Mesti anda pernah mendengar banyak berita berkenaan dengan golongan orang tua mati disebabkan oleh jangkitan pneumonia, kan? Lebih-lebih lagi apabila anda membaca laporan kematian virus korona baharu yang menggegarkan dunia baru-baru ini.

Mungkin anda sendiri pernah mengalami pneumonia. Namun menurut doktor, ia akan sembuh dengan sendirinya atau selepas mengambil ubat antibiotik. 

Kenapa ramai orang tua lebih berisiko untuk mati disebabkan oleh pneumonia? Dan, mengapa bagi golongan usia pertengahan, ia bukanlah satu jangkitan yang berbahaya? 

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Perihal komplikasi virus korona baharu, jangkitan pneumonia

jangkitan pneumonia

Pneumonia atau jangkitan paru-paru boleh melibatkan satu atau kedua-dua paru-paru dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor termasuklah jangkitan oleh bakteria, kulat atau virus.

Apabila berlakunya jangkitan ini, kantung udara yang dikenali sebagai alveoli di dalam paru-paru mengalami keradangan. Ini menyebabkan terjadinya simptom sukar bernafas akibat daripada pengumpulan cecair atau nanah di dalam kantung tersebut.

Seperti jangkitan yang lain, mereka yang mengalami pneumonia boleh menyebarkannya kepada individu lain. Terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini. Antaranya adalah:

Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

  • Mereka yang terdedah dengan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan paru-paru seperti pencemaran udara
Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

58,847

Disahkan

9,196

Sembuh

341

Kes Kematian
Peta sebaran

Oleh sebab infeksi pneumonia melibatkan paru-paru, simptom yang dialami oleh individu hampir sama dengan jangkitan saluran pernafasan yang lain:

  • Demam
  • Batuk berkahak
  • Sejuk menggigil atau perpeluhan
  • Kesukaran untuk bernafas sewaktu berehat atau ketika melakukan aktiviti ringan
  • Kelesuan
  • Hilang selera makan
  • Loya dan muntah

Jangkitan pneumonia terhadap orang tua

covid

Kantung udara (alveoli) mempunyai fungsi untuk mengawal atur pergerakan keluar masuk udara. Ia boleh menyimpan udara namun proses patologi infeksi pneumonia berupaya untuk mempengaruhi keberkesanan fungsi tersebut.

Apabila berlakunya keradangan pada kantung udara, kandungannya berubah serta-merta. Ruang yang sebelum ini dipenuhi dengan udara, kini juga dihuni oleh cecair seperti nanah pada peratusan tertentu. 

Perkara ini menghalang fungsi optimum paru-paru menyebabkan simptom sesak nafas. Tanpa rawatan awal, jangkitan pneumonia boleh menyebabkan komplikasi berbahaya.

Orang tua (mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas) berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini. Bukan itu sahaja, mereka juga cenderung untuk mendapat jangkitan serius berbanding dengan golongan pertengahan yang boleh mengalami infeksi pneumonia ringan.

Artikel berkaitan:

COVID Akhirnya Ragut 2 Nyawa, Orang Tua Lebih Berisiko? INI Sebab Kena Elak Perhimpunan Besar

Jangkitan pneumonia serius kebiasaannya memerlukan pemantauan rapi di hospital. Mereka yang mengalaminya akan memerlukan terapi oksigen bagi memenuhi keperluan sel badan terhadap gas tersebut berikutan keupayaan paru-paru untuk membekalkannya menurun.

Apabila meningkat usia seseorang individu itu, sistem pertahanan badan mereka akan menjadi semakin lemah. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan golongan tua mudah mendapat jangkitan malah mempengaruhi tahap keterukan penyakit tersebut.

Orang tua yang mempunyai masalah jantung atau penyakit kronik yang lain juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat infeksi pneumonia. Masih ingat lagikah anda akan penyanyi James Brown yang mati disebabkan oleh kegagalan jantung?

Walaupun punca utama kematiannya berkait dengan masalah jantung, namun beliau juga mengalami infeksi pneumonia yang teruk. Jangkitan tersebut menyebabkan simptom kegagalan jantungnya bertambah teruk sehingga menyebabkannya meninggal dunia.

Dengan kata lain, semakin banyak penyakit kronik yang dialami oleh pesakit, semakin tinggi risiko mereka untuk mendapat jangkitan pneumonia teruk.

Faktor persekitaran dan langkah-langkah pencegahan jangkitan pneumonia

rumah orang tua

Golongan tua yang menghuni institusi tertentu seperti hospital atau rumah orang tua juga berisiko untuk mendapat jangkitan pneumonia. 

Mereka yang menjaga golongan ini perlu sedar akan peningkatan risiko tersebut dan mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka yang menetap di hospital berikutan masalah kronik berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pneumonia disebabkan oleh bakteria rintang antibiotik.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Galakkan golongan tua untuk mengambil vaksin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antaranya adalah vaksin tetanus, pneumokokal, influenza dan kayap
  • Elakkan daripada bergaul dengan individu yang menunjukkan simptom selesema. Mereka yang ingin melawat ke hospital atau rumah orang tua perlu berada dalam keadaan sihat. Golongan tua terdedah untuk mendapat jangkitan
  • Jika golongan tua ingin melawat orang sakit, pastikan mereka memakai peralatan perlindungan seperti topeng muka

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

  • Bersihkan institusi rumah orang tua atau rumah yang dihuni oleh orang tua. Bantu mereka jika perlu bagi memastikan mereka terhindar daripada masalah kesihatan tersebut
  • Amalkan gaya hidup sihat. Galakkan mereka untuk bersenam, makan makanan berkhasiat dan berhenti merokok
  • Jika mereka mengalami jangkitan pneumonia, pastikan mereka mengambil ubat seperti yang dipreskripsikan. Masalah bakteria kerintangan antibiotik boleh meningkatkan risiko kematian 
  • Pastikan mereka mendapat rehat yang cukup 

Ingat, punca kepada masalah pneumonia dalam golongan tua bukan jangkitan selesema sahaja. Persekitaran tempat tinggal juga perlu dipantau agar tiada faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mendapat jangkitan tersebut.

Konklusi

Jangkitan pneumonia dalam kalangan orang tua boleh meningkatkan risiko kematian mereka sekiranya mereka lambat mendapatkan rawatan.

Jika anda merupakan salah seorang daripada individu yang menjaga orang tua, pastikan anda menjaga kebersihan dan kesihatan diri juga. Anda boleh menjadi sumber jangkitan tanpa disedari.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami simptom selesema, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat perubatan daripada doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ciuman Bibir Ke Bibir Boleh Jadi Punca Terkena Pneumonia? Hati-hati Dengan Sakit Radang Peparu Ini

    Benarkah penyakit pneumonia boleh berjangkit melalui ciuman? Jangkitan virus dan bakteria boleh merebak melalui ciuman, namun sejauh manakah kebenarannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra

    Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan-jalan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu (Ada Tip Untuk Parents)

    Mommies mesti tak sabar nak bawa bayi keluar berjalan-jalan, kan? Tapi boleh ke bayi baru lahir dibawa berjalan? Ini yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

    Apa perlu kita buat jika tidur waktu malam asyik terjaga dan terganggu ya? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu cara atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Bukan sahaja perokok, mereka yang tidak merokok juga berisiko untuk mengalami masalah pernafasan ekoran penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    vulva bengkak wanita

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    minyak tea tree bagi kulat kuku

    Ada Masalah Kulat Kuku? Boleh Guna Minyak Tea Tree, Katanya Baik Untuk Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan bakteria

    Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan
    game untuk orang tua

    Ajak Atuk, Nenek Main 5 Game Ini! Baik Untuk Memori & Elak Risiko Nyanyuk

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan