backup og meta

Risiko Masih Ada Biarpun Sembuh Dari Virus Korona? Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/03/2021

    Risiko Masih Ada Biarpun Sembuh Dari Virus Korona? Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19

    Kesan selepas sembuh COVID 19, pasti anda berasa gembira. Anda berasa terlepas daripada COVID-19 risiko dan bahayanya.

    Mungkin anda teringin melihat dunia luar, rindukan keluarga atau ingin mengunjungi restoran kegemaran anda.

    Namun malang bagi seorang lelaki berusia 36 tahun bernama Li Liang yang mati setelah 5 hari diisytiharkan sembuh dari COVID 19.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Di Malaysia, berikut adalah statistik kes sehingga kini:

    [covid_19]

    COVID-19 risiko dan bahayanya

    Li Liang adalah pesakit virus korona yang didaftar di hospital yang terletak di Wilayah Hanyang, Wuhan.

    Setelah disahkan menghidap jangkitan wabak, dia dirawat selama 13 hari sehingga sampel klinikalnya negatif bagi virus korona untuk dua hari berturut-turut.

    Apabila didapati sembuh dari COVID 19, Li kemudiannya dibenarkan pulang.

    Namun, sebelum diberikan kebebasan sepenuhnya, dia diletakkan bersama dengan pesakit lain yang telah sembuh untuk tujuan kuarantin.

    Perkara tersebut merupakan protokol biasa yang dilalui oleh mana-mana pesakit yang sembuh berikutan kita belum cukup memahami kesan jangkitan COVID-19 dalam jangka masa panjang.

    Malangnya, pada 2 Mac 2020, Li telah dikejarkan ke hospital berikutan simptom sesak nafas.

    Rawatan kecemasan yang diberikan gagal membuka laluan pernafasan Li dan dia menghembuskan nafas terakhirnya.

    covid-19-risiko-dan-bahayanya

    Punca kematian telah dikenal pasti sebagai kegagalan sistem pernafasan disebabkan oleh virus korona baharu.

    Ekoran daripada kejadian tersebut, kebanyakan hospital di Wuhan enggan membenarkan pesakit yang telah sembuh untuk pulang, kerana kesan selepas sembuh COVID 19 masih tidak diyakini.

    Ini berikutan kebanyakan pesakit yang telah sembuh disahkan positif virus korona semula dan berisiko mengalami kematian COVID. 

    Artikel berkaitan:

    Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada Li, malah beberapa individu lain!

    Encik Wang (bukan nama sebenar) telah disahkan positif semula, 18 hari setelah menamatkan rawatan di Hospital Zhejiang.

    Dia telah disahkan sembuh sepenuhnya sebelum dibenarkan pulang untuk melalui fasa kuarantin 14 hari.

    Persoalan baru timbul, adakah pesakit yang sembuh sebenarnya masih mempunyai virus tersebut walaupun ujian makmal menunjukkan keputusan negatif?

    Sembuh namun masih ada COVID-19 risiko?

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

    Kesan selepas sembuh COVID 19, pesakit masih perlu dipantau dari semasa ke semasa kerana masih berisiko mengalami kematian.

    Walaupun ada risiko jangkitan selepas seseorang itu sembuh, tapi tujuan utama pemantauan ini untuk memastikan mereka yang pernah dijangkiti tidak alami komplikasi lain selepas jangkitan.

    Apabila ditanya mengenai risiko penularan jangkitan bagi mereka yang telah sembuh, kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan risikonya sangat rendah.

    Berikut ringkasan simptom dan komplikasi virus COVID-19:

    covid-19-risiko-dan-bahayanya

    Secara amnya, mereka yang ada jangkitan ringan tidak akan menyebarkannya kepada orang lain 10 hari selepas simptom bermula.

    Pada fasa awal jangkitan, proses peluruhan virus (virus shedding) kebanyakannya berlaku di tekak.

    Jumlah virus kemudiannya akan beransur turun selepas 5 hari jangkitan berlaku.

    Namun perkara ini hanya berlaku pada mereka yang mengalami simptom ringan.

    Bagi individu yang menunjukkan simptom jangkitan paru-paru (pneumonia), kadar luruhan virus adalah lebih tinggi.

    Mereka akan alami proses peluruhan virus sehingga hari ke-10. Pada saat itu, proses tersebut akan turun perlahan-lahan.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang telah sembuh dari virus korona masih boleh dapat keputusan positif melalui pengambilan sampel tekak dan air liur.

    Ada juga kes di mana individu dapat keputusan positif selepas berminggu-minggu sembuh daripada jangkitan.

    Benar ke virus korona boleh disebarkan melalui najis?

    kematian covid

    Adakah virus korona baharu boleh tersebar melalui cirit-birit?

    Mereka yang dijangkiti wabak tersebut kebanyakannya menunjukkan simptom gastrousus sebelum simptom pernafasan.

    Keadaan ini sama dengan virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV) yang dahulunya turut menular melalui najis.

    Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa China dengan kerjasama WHO menunjukkan virus ini boleh didapati dalam sampel najis.

    Namun ia tidak boleh menular seperti virus yang terdapat pada tekak.

    Baca juga:

    Pengkaji Jerman menemui jumlah serpihan virus yang tinggi dalam 13 sampel najis daripada 4 orang pesakit.

    Namun, tiada satu sampel pun yang berjaya dikultur.

    Setakat ini, keempat-empat pesakit mengalami simptom ringan maka perkara ini mungkin tidak boleh disamakan dengan mereka yang mengalami simptom teruk.

    Berbanding dengan najis, proses luruhan virus daripada tekak lebih membawa risiko jangkitan.

    Saintis juga mengakui proses luruhan bagi virus korona baharu adalah seribu kali lebih tinggi berbanding virus SARS!

    Fakta ini menerangkan kenapa virus korona baharu lebih agresif berbanding dengan virus korona yang lain.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/03/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan