Kluster Scotland? Ashraf Muslim Positif, Puteri Aishah Sah Bebas Jangkitan COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, kedengaran berita berkenaan beberapa orang artis tempatan yang telah disahkan positif jangkitan COVID-19.

Namun ada juga di antara mereka yang pergi membuat ujian saringan dan disahkan negatif jangkitan tersebut.

Sebelum itu, ikuti statistik semasa kes COVID-19 Malaysia di bawah ini.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Ashraf Muslim sah dijangkiti COVID-19

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Baru-baru, pelakon terkenal Ashraf Muslim telah disahkan dijangkiti virus COVID-19. Ashraf Muslim berkongsi berita mengenai perkembangan semasa dirinya itu melalui hantaran di akaun Instagram miliknya.

Ashraf Muslim disahkan positif jangkitan ini setelah pulang daripada penggambaran drama bersiri Demi yang telah dijalankan di Inverness, Scotland pada 31 Mac yang lalu.

Sebelum ini, aktres Puteri Aishah yang turut bersama kru penggambaran drama Demi ini juga telah disahkan positif jangkitan COVID-19.

Artikel berkaitan:

Ashraf Muslim memohon maaf kepada semua pihak terutamanya peminat dan pihak media kerana bertindak mendiamkan diri sebelum ini berkenaan status semasa dirinya setelah pulang dari Scotland.

Pelakon itu memberitahu, dia mula mengetahui keputusan ujian saringan COVID-19 yang telah dijalaninya pada 12 April yang lalu.

Pada masa yang sama, Ashraf Muslim tidak mendedahkan lokasi di mana dia menjalani kuarantin dan juga mendapatkan rawatan.

Difahamkan bahawa sehingga setakat ini, 8 orang kru penggambaran tersebut termasuklah pengarahnya Rahila Ali juga telah disahkan positif dijangkiti virus COVID-19.

Ashraf Muslim dapatkan rawatan, Puteri Aishah bebas jangkitan COVID-19

puteri aishah

Dalam perkembangan terbaharu, pelakon Puteri Aishah yang sebelum ini dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh akibat positif COVID-19, telah disahkan bebas jangkitan virus itu.

Sebelum ini, dia telah disahkan positif jangkitan itu sejurus pulang dari penggambaran yang sama dengan Ashraf Muslim di Scotland.

“Lepas 11 hari dalam wad di Hospital Sungai Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dalam tenghari tadi nurse kata Puteri negatif! You are free from COVID-19!,” luah Puteri Aishah dalam entri terbaharunya di akaun Instagram.

Puteri Aishah turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaannya kepada semua petugas kesihatan yang merawatnya semasa di hospital dan juga orang ramai yang mendoakan kesembuhannya.

Sementara Ashraf Muslim positif, Ben Amir negatif jangkitan

Ben Amir merupakan salah seorang artis yang turut serta dalam penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland bersama-sama Puteri Aishah dan juga Ashraf Muslim.

Namun begitu, Ben Amir disahkan negatif jangkitan tersebut setelah menjalani kuarantin di rumah dan ujian pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Damansara. 

Artikel berkaitan:

195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome

Sebelum ini, dikhabarkan Ben Amir telah pulang lebih awal ke tanah air dari Scotland pada 27 Mac yang lepas berbanding kru penggambaran yang lain.

Ummi Nazeera, Uqasha Senrose jalani ujian COVID-19 secara drive thru

Selepas pulang dari bercuti di luar negara, pelakon Ummi Nazeera telah mengkuarantinkan dirinya selama 14 hari dan mengambil inisiatif menjalani ujian saringan COVID-19 di hospital swasta.

Pelakon Bisik Pada Langit ini memilih untuk melakukan ujian saringan secara drive thru dan berkongsi pengalamannya menjalani ujian yang dijalankan dalam tempoh tidak kurang 10 minit sahaja. 

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni… Walaupun KKM suruh quarantine sahaja.. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap ! Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Hasil keputusan, selebriti ini disahkan negatif jangkitan tersebut melalui satu entri di akaun Instagram miliknya.

Selain Ummi Nazeera, pelakon Uqasha Senrose turut menjalani ujian tersebut secara drive thru di sebuah hospital di Kota Damansara.

Ini berikutan kerisauannya setelah mengalami demam yang berlanjutan dan mempunyai suhu badan yang tinggi

Artikel berkaitan:

Walaupun sebelum ini doktor telah menyatakan dia hanya mengalami demam biasa, namun pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini tetap melakukan ujian tersebut kerana bimbangkan kesihatan ahli keluarga lain yang tinggal bersamanya. 

Kesimpulan

Artis-artis seperti yang dinyatakan di atas adalah antara contoh kepada masyarakat untuk melakukan kuarantin sendiri sekiranya pulang dari luar negara atas sebarang alasan sekali pun, tidak kira kerja ataupun bercuti. 

Selain itu, jika mempunyai simptom seperti demam, kita juga digalakkan pergi membuat ujian saringan untuk memastikan sebarang kemungkinan jangkitan pada peringkat awal.

Yang penting kita perlu bertanggungjawab dan jujur dengan sebarang sejarah perjalanan atau kunjungan ke mana-mana lokasi berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
virus corona

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
suhu badan manusia

Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
kesihatan mental

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan