backup og meta

Meningitis Penyakit Berjangkit! Ketahui Faktor Risiko & Tandanya

Meningitis Penyakit Berjangkit! Ketahui Faktor Risiko & Tandanya

Alamak, ruam semakin banyak dekat badan, demam pun tak kebah lagi. Penatlah asyik ke klinik!” rintih Erin penuh kegelisahan. Hati-hati jika anda ada simptom seperti itu, kemungkinan besar itu tanda jangkitan kuman seperti penyakit meningitis ya!

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

Apa itu penyakit meningitis?

Ia melibatkan jangkitan kuman pada selaput otak ataupun saraf tunjang.

Ia adalah sejenis penyakit berjangkit di mana anda boleh mendapatkannya atau punca meningitis melalui rembesan saluran pernafasan daripada orang yang telah dijangkiti.

Jangkitan kuman tersebut boleh memasuki saluran darah anda dan terus ke lapisan selaput otak.

Ia boleh menyerang mana-mana individu tetapi lebih kerap menjangkiti bayi, kanak-kanak dan orang muda.

Kajian mendedahkan 90% kes yang dilaporkan dijangkiti meningitis ialah kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Daripada jumlah tersebut, 50% kes ialah bayi berumur 6 bulan ke bawah.

penyakit meningitis

Jangkitan virus adalah penyebab atau punca meningitis yang paling biasa, diikuti oleh bakteria dan jarang sekali oleh kulat.

Namun begitu, antara semua punca meningitis, jangkitan bakteria meningitis merupakan punca meningitis yang paling berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Jenis jangkitan penyakit meningitis

Jenis-jenis kuman yang boleh menyebabkan jangkitan meningitis berbeza mengikut lingkungan umur individu.

Jika imun badan seseorang tidak kuat seperti pesakit HIV, mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan sesetengah kuman yang menyebabkan meningitis seperti Cryptococci, Mycobacterium tuberculosis, sifilis, listeria dan sebagainya.

Bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan selaput otak ialah:

  • Haemophilus influenzae
  • Streptococcus pneumoniae
  • Streptococcus agalactiae
  • Neisseria meningitidis

Jangkitan meningitis yang disebabkan oleh virus selalunya ringan dan boleh sembuh sendiri. Antaranya termasuklah:

penyakit meningitis

Walaupun jarang berlaku, namun meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan kulat juga. Sebagai contoh:

  • Cryptococcus
  • Histoplasma
  • Blastomyces
  • Coccidioides
  • Candida spp
  • Aspergillus spp

Faktor risiko yang perlu anda ambil tahu!

Terdapat beberapa faktor risiko jangkitan kuman selaput otak yang penting untuk diketahui. Anda mungkin mempunyai sekurang-kurangnya sejenis risiko, hati-hati ya!

1. Umur

Lingkungan umur yang ekstrem lebih mudah untuk mendapat jangkitan meningitis.

Virus meningitis sering didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak lima tahun ke bawah, manakala bakteria meningitis banyak dijumpai dalam kalangan individu berumur 20 tahun ke bawah.

Selain itu, warga tua yang berumur 60 tahun ke atas juga berisiko kerana status imun badan yang tidak kuat.

2. Pengabaian imunisasi

Risiko lebih tinggi bagi sesiapa yang tidak menyempurnakan jadual imunisasi semasa kanak-kanak.

Bagi kumpulan dewasa, pengambilan vaksin penting jika anda mempunyai risiko lain dan merancang untuk ke tempat yang sesak seperti menunaikan haji.

3. Sistem imun badan yang lemah

Penyakit meningitis lebih kerap didiagnosis dalam kalangan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti AIDS, penghidap diabetes, alkoholisme, penggunaan ubat imunosupresan dan sebagainya.

Jika limpa anda sudah dibuang, anda mempunyai risiko yang sangat tinggi dan imunisasi berjadual sangat digalakkan untuk melindungi diri anda.

4. Komuniti yang duduk berdekatan

Komuniti seperti sekolah berasrama, pusat penjagaan harian dan berek tentera lebih berisiko untuk mendapat jangkitan ini.

Hal ini kerana kuman mudah tersebar melalui saluran pernafasan, dan senang untuk menjejaskan kumpulan besar yang duduk berdekatan.

Tanda dan gejala penyakit meningitis

Gejala awal meningitis serupa dengan selesema influenza. Ia boleh timbul selepas beberapa jam mahupun hari. Namun, berhati-hati kerana 5% hingga 10% kes tidak menunjukkan apa-apa simptom meningitis!

Simptom meningitis pada orang dewasa termasuklah:

penyakit meningitis

Komplikasi meningitis

Jika tidak dirawat segera, komplikasi meningitis boleh menjadi serius seperti sawan yang berterusan dan kerosakan neurologi kekal termasuklah:

  • Hilang pendengaran
  • Daya ingatan lemah
  • Masalah pembelajaran
  • Kerosakan otak
  • Masalah berjalan
  • Lumpuh
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kejutan dan kematian

Mencegah lebih baik daripada merawat

Oleh sebab penyakit meningitis merebak melalui rembesan saluran pernafasan, maka jagalah kebersihan anda.

Basuhlah tangan dengan kerap, elakkan berkongsi barang peribadi dan makanan dengan orang lain, kekal sihat dengan selalu bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang serta ambil vaksin jika anda memerlukannya.

Kesimpulan


Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor jika anda mempunyai salah satu faktor risiko seperti di atas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Meningitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/meningitis/symptoms-causes/syc-20350508, Accessed April 14, 2021
  2. Meningitis. https://www.cdc.gov/meningitis/index.html, Accessed April 14, 2021
  3. Penyakit Meningitis (Meningococcal). http://www.myhealth.gov.my/penyakit-meningitis/, Accessed April 14, 2021
  4. Meningitis. https://www.who.int/health-topics/meningitis#tab=tab_1, Accessed April 14, 2021
  5. Meningitis. https://www.nhs.uk/conditions/meningitis/symptoms/, Accessed April 14, 2021
  6. Alexandra Leigh, MD. Diagnosis and Treatment of Viral Meningitis. https://journalofethics.ama-assn.org/article/diagnosis-and-treatment-viral-meningitis/2007-07, Accessed April 14, 2021

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 6 Jenis Makanan Yang Boleh ROSAKKAN Otak, Sila Ambil Secara Berpada-Pada!

HIV Dan AIDS Berbeza! Ada Orang Dapat HIV Tapi Tak Dapat AIDS, Fahami Perbezaannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 26/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan