Definisi
Apa itu Meningitis Bakteria?
Meningitis ialah radang pada selaput yang meliputi otak dan tunjang saraf anda. Meningitis bakteria adalah sangat serius dan boleh meragut nyawa. Kematian boleh berlaku dalam tempoh yang singkat seperti dalam beberapa jam sahaja. Sementara kebanyakan individu yang menghidap meningitis sembuh, kecacatan kekal seperti kerosakan otak, hilang deria pendengaran dan kecacatan untuk belajar adalah kesan daripada jangkitan ini. Terdapat beberapa jenis bakteria penyebab meningitis, antaranya ialah Streptococcus pneumoniae, group B Streptococcus, Neisseria meningitidis, Haemophilus influenzae, dan Listeria monocytogenes.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen