backup og meta

BAHAYA Kalau Makan Daging Kurang Masak, Risiko Dapat Jangkitan Cacing Ini!

BAHAYA Kalau Makan Daging Kurang Masak, Risiko Dapat Jangkitan Cacing Ini!

Apakah tanda jika seseorang itu dijangkiti cacing pita? Apakah yang perlu dilakukan untuk menghilangkan jangkitan cacing dalam perut? Ini apa yang perlu anda tahu!

Punca kena jangkitan cacing pita

Ia adalah sejenis cacing yang biasa hidup dalam usus sesetengah haiwan.

Haiwan yang dijangkiti dengan cacing ini biasanya disebabkan oleh makanannya yang telah dicemari najis atau meminum sumber air yang tercemar.

Apabila kita memakan daging haiwan yang telah dijangkiti dengan cacing ini, kita juga akan lebih mudah untuk mendapat jangkitan cacing dalam perut.

Kes jangkitan biasa bagi jenis cacing ini adalah disebabkan memakan sumber daging yang tidak dimasak dengan betul.

Telur cacing yang masih terdapat dalam daging tersebut tidak dapat disingkirkan dengan baik dan kemudiannya memasuki usus manusia.

Setelah itu, ia mula menjangkiti usus manusia pula. 

Faktor risiko jangkitan cacing pita

cacing pita

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh membuatkan seseorang itu untuk mendapat jangkitan cacing ini. Antara faktor risiko tersebut ialah:

  • Terdedah dengan haiwan ternakan: Jika anda kerap terdedah dengan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing, maka risiko anda untuk mendapat jangkitan juga lebih tinggi. Apatah lagi jika kawasan penternakan tersebut tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik dan dipenuhi najis, maka lebih tinggi risiko untuk anda dapat jangkitan
  • Kebersihan diri yang tidak terjaga: Jangkitan juga lebih mudah berlaku jika anda tidak menjaga kebersihan diri dengan baik. Antaranya adalah seperti tidak mencuci tangan sebelum makan, tidak mandi selepas keluar rumah atau tidak memotong kuku yang panjang
  • Makan daging yang tidak dimasak dengan betul: Daging haiwan yang tidak dimasak dengan betul akan merisikokan anda mendapat jangkitan. Ini kerana larva atau telur cacing tersebut masih hidup dan tidak dimatikan melalui proses masakan. Oleh itu, pastikan daging yang dimakan selepas ini telah dimasak dengan betul dan bukan separuh masak

[health_tool_article id=”94632″]

  • Pergi ke negara-negara sedang membangun: Di negara-negara yang sedang membangun, kemudahan sanitasi mungkin agak berkurangan. Sumber air bersih juga sukar untuk didapati lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. Oleh itu, jika anda berkunjung ke kawasan seperti ini, anda juga lebih mudah untuk mendapat jangkitan

Ini tanda atau simptom jika juga anda dijangkiti!

Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti dengan jenis cacing ini tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom adanya cacing dalam perut.

Namun, simptom yang berlaku bergantung kepada jenis cacing yang menjangkiti perut anda.

Jangkitan cacing yang invasif atau teruk akan menunjukkan simptom berdasarkan lokasi larva cacing itu berada.

Baca lagi artikel berkaitan:

Bagi jangkitan yang berlaku di bahagian usus, ia akan menunjukkan beberapa simptom seperti berikut:

  • Hilang selera makan
  • Badan berasa lemah
  • Tekak menjadi loya
  • Rasa pening
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit pada badan
  • Hilang berat badan

cacing pita

Sekiranya larva cacing telah keluar daripada usus dan pergi ke kawasan anggota tubuh yang lain, ia boleh menyebabkan kerosakan organ dan juga tisu.

Antara simptom yang boleh berlaku ialah:

Apa yang perlu anda buat jika disahkan terkena jangkitan cacing pita?

Sesetengah individu mungkin tidak memerlukan rawatan dan membiarkan cacing tersebut keluar daripada tubuhnya melalui najis.

Namun, jika anda ingin mendapatkan rawatan bagi jangkitan cacing dalam perut, ada beberapa cara yang boleh dilakukan.

Rawatan yang paling biasa dilakukan untuk membunuh cacing pita dewasa adalah melalui ubat makan. Ada tiga jenis ubat yang boleh digunakan iaitu:

  • Nitazoxanide (Alinia)
  • Praziquantel (Biltricide)
  • Albendazole (Albenza)

Ketiga-tiga jenis ubat ini adalah jenis ubat yang biasa digunakan untuk membunuh cacing dewasa.

Ubat-ubatan ini boleh melumpuh dan melarutkan cacing pita, serta mengeluarkannya daripada tubuh badan melalui usus.

cacing pita

Sekiranya cacing pita itu bersaiz besar, anda mungkin mengalami sedikit kekejangan ketika cacing tersebut melepasi usus anda.

Doktor akan memeriksa semula sampel najis anda dalam tempoh satu dan tiga bulan setelah anda selesai menjalani rawatan.

Lakukan langkah pencegahan ini!

Cara yang paling mudah untuk mengelakkan kemasukan cacing dalam perut adalah melalui kaedah pencegahan. Langkah yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

  • Pastikan anda kerap menjaga kebersihan diri dengan baik setiap masa
  • Elakkan memakan daging yang tidak dimasak dengan betul atau separuh masak
  • Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan bersih sebelum anda makan secara mentah
  • Rawat haiwan peliharaan anda dengan ubat cacing bagi membunuh cacing dan mengelakkan jangkitan
  • Uruskan najis haiwan peliharaan dengan baik dan lupuskannya dengan cara yang betul

Sekiranya anda mengikuti langkah ini dengan sempurna, anda pasti boleh mengelakkan jangkitan cacing dalam perut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What you need to know about tapeworm infections, https://www.who.int/vietnam/news/feature-stories/detail/what-you-need-to-know-about-tapeworm-infections, Accessed May 11 2021.
  2. Tapeworm infection – beef or pork, https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/tapeworm-infection-beef-or-pork, Accessed May 11 2021.
  3. Tapeworm infection, https://www.beaconhealthsystem.org/library/diseases-and-conditions/tapeworm-infection/, Accessed May 11 2021.
  4. Tapeworm Infection , https://www.fairview.org/patient-education/116590EN, Accessed May 11 2021.
  5. Tapeworms, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/from-insects-animals/Pages/Tapeworms.aspx, Accessed May 11 2021.

Versi Terbaru

20/07/2022

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Orang Dewasa Pun Perlu Ambil Ubat Cacing! Ini Sebabnya

Jangkitan Cacing Kerawit


Ditulis oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 20/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan