backup og meta

Makanan Dalam Tin Tercemar?!! Bagaimana Bakteria Bertahan Di Dalamnya?

Makanan Dalam Tin Tercemar?!! Bagaimana Bakteria Bertahan Di Dalamnya?

Pencemaran makanan dalam tin? Bagaimana ia berlaku? Adakah proses pengetinan makanan tidak dilakukan dengan baik? Ikuti penjelasan ini.

Pencemaran makanan dalam tin

Setiap kali timbul isu berkenaan pencemaran makanan, masyarakat mula peka dengan pemakanan harian lebih-lebih lagi membabitkan makanan seperti makanan sejuk beku dan makanan tin yang sering dimakan.

Baru-baru ini, petikan daripada Berita Harian mendedahkan Kementerian Kesihatan mengesakan terdapat enam jenama produk ikan sardin dalam tin mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Apa itu makanan tin?

Pengetinan adalah kaedah yang digunakan bagi memelihara makanan untuk jangka masa yang lama dengan membungkusnya dalam bekas kedap udara.

Kaedah ini mula diperkenalkan pada akhir anda ke-18 sebagai cara penyediaan sumber makanan yang stabil untuk tentera dalam peperangan.

Proses pengetinan berlaku sedikit perubahan daripada satu produk ke produk yang lain dan memlibatkan tiga langkah utama iaitu:

  • Pemprosesan: Makanan dikupas, dihiris, dicincang atau dimasak.
  • Pengedap: Makanan yang diproses dimeteraikan dalam tin.
  • Pemanasan: Tin dipanaskan untuk membunuh bakteria yang berbahaya dan mencegah kerosakan.

Ini membolehkan makanan menjadi stabil dan selamat untuk dimakan selama 1 hingga 5 tahun atau lebih lama.

proses pengetinan

Makanan tin mungkin mengandungi bakteria mati

Walaupun ia sangat jarang, makanan tin yang tidak diproses dengan betul mungkin mengandungi bakteria berbahaya yang dikenali sebagai Clostridium botulinum.

Makan makanan tercemar boleh menyebabkan botulisme, penyakit serius yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian jika tidak dirawat.

Kebanyakan kes botulisme berasal dari makanan yang tidak dimasak dengan betul di rumah. Botulisme daripada makanan tin adalah jarang berlaku.

Penting bagi anda elakkan makan daripada tin yang sudah membonjol, berpeluh, retak atau bocor.

Pencemaran makanan bagaimana bakteria bertahan?

Satu bakteria bawaan makanan boleh membiak menjadi lebih daripada dua juta bakteria dalam masa tujuh jam di bawah keadaan yang betul.

  • Makanan: Bakteria memerlukan sumber makanan yang berterusan untuk terus hidup, terutama protein. Makanan protein tinggi seperti daging sangat terdedah kepada pencemaran biologi daripada bakteria, yang bermaksud ia dianggap makanan berisiko tinggi.
  • Air: Air adalah penting untuk pertumbuhan bakteria dan tanpa air bakteria akan mati. Disebabkan itu, pengeringan makanan sebagai cara pemeliharaan sangat berkesan dan telah dilakukan selama ribuan tahun.
  • Oksigen: Kebanyakan bakteria memerlukan udara untuk bertahan, ia dipanggil bakteria aerobik. Walaupun sesetengah bakteria yang dipanggil bakteria anaerobik boleh bertahan tanpa oksigen. Ini berkemungkinan untuk mendapat keracunan makanan daripada makanan dalam tin.
  • Tahap PH: PH merujuk kepada keasidan makanan dan diukur pada skala 1 (berasid) hingga 14 (alkali). Kebanyakan buah umumnya mempunyai tahap PH antara 1-5.9, jadi dianggap berasid. Walaupun banyak makanan alkali seperti sayuran mempunyai tahap PH di hujung skala yang lain. Bakteria berkembang pesat dalam makanan neutral yang tidak berasid atau alkali dan umumnya mempunyai tahap PH antara 6-8.9. Makanan seperti daging dan makanan laut adalah contoh utama makanan neutral.
  • Masa dan suhu: Bakteria memerlukan masa dan suhu yang tepat untuk membiak ke paras berbahaya. Suhu antara 5ºC dan 60ºC juga disebut sebagai ‘zon bahaya’ yang membolehkan pertumbuhan bakteria maksimum, jadi penting untuk tidak menyimpan makanan pada suhu ini terlalu lama.

Proses asas pengetinan

pencemaran makanan

http://https://www.youtube.com/watch?v=vaKgs4BKajs

Sumber video You Tube.

Perlukah makan makanan tin?

Makanan tin boleh menjadi pilihan berkhasiat apabila ketiadaan makanan segar kerana ia menyediakan nutrien penting dan sangat mudah.

Namun, makanan tin juga merupakan sumber yang signifikan dari BPA, yang dapat menyebabkan masalah kesihatan.

Makanan tin boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat, tetapi penting untuk membaca label dan pemilihan sepatutnya.

Ingin tahu sama ada makanan tin selamat atau sebaliknya? Klik sini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 lagi jenama sardin ada cacing https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/442772/6-lagi-jenama-sardin-ada-cacing Accessed on 29 June, 2018.

Food Safety and the Different Types of Food Contamination https://www.foodsafety.com.au/resources/articles/ood-safety-and-the-different-types-of-food-contamination Accessed on 29 June, 2018.

Accessed on 29 June, 2018

https://www.eatright.org/food/vitamins-and-supplements/nutrient-rich-foods/are-canned-foods-nutritious-for-my-family

http://www.mfca.org.my/index.php?page=5_reason_why_canned_food_can_be_quality_food

https://www.foodstandards.gov.au/consumer/safety/cannedfoods/Pages/default.aspx

 

Facts about Canned Foods

 

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Hati-Hati Nak Beli Makanan Dalam Tin, Elakkan Tin Yang Kemek & Berkarat

Benarkah Lebih Banyak Duit, Lebih Banyak Makanan Segera yang Anda Makan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan