Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Pening, Sakit Sendi, Demam Panas... Kenali Simptom Denggi Dengan Segera Sebelum Terlambat!
Penyakit denggi adalah sejenis jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini boleh menyebabkan demam panas, sakit sendi, ruam, dan dalam kes yang serius, boleh membawa maut akibat pendarahan dalaman. Penyakit ini menjadi kebimbangan utama di Malaysia kerana ia sering merebak dengan pantas terutamanya pada musim hujan.
Penting untuk kita semua memahami bagaimana penyakit denggi merebak, apakah gejalanya dan bagaimana cara untuk mencegahnya dengan lebih berkesan.
Untuk mendapatkan lebih lanjut tentang Penyakit Berjangkit, klikdi sini.
Berapa jenis denggi yang perlu kita tahu?
Gigitan nyamuk Aedes sebabkan jangkitan denggi.
Ramai tidak sedar bahawa terdapat empat serotaip virus denggi yang berbeza di dunia. Mengetahui berapa jenis denggi boleh membantu kita lebih peka terhadap risikonya.
Empat jenis virus denggi:
DEN-1
DEN-2
DEN-3
DEN-4
Seseorang yang pernah dijangkiti satu jenis virus denggi hanya mempunyai imuniti untuk jenis tersebut dan masih berisiko untuk dijangkiti jenis lain.
Jika seseorang dijangkiti lebih dari satu jenis denggi, risiko mengalami denggi berdarah atau komplikasi serius akan menjadi lebih tinggi.
Adakah penyakit denggi berjangkit antara manusia?
Soalan biasa yang sering ditanya ialah adakah penyakit denggi berjangkit daripada manusia ke manusia? Jawapannya ialah tidak.
Penyakit ini tidak merebak secara langsung melalui sentuhan, batuk atau bersin seperti selesema.
Cara penyebaran sebenar ialah:
Virus denggi dipindahkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti
Nyamuk Aedes yang menggigit orang yang sudah dijangkiti kemudian menyebarkan virus kepada orang lain melalui gigitan berikutnya
Jadi, kawalan pembiakan nyamuk adalah langkah paling penting untuk menghentikan penyebaran denggi dalam komuniti.
Berapa hari simptom denggi boleh berlarutan?
Contoh nyamuk Aedes.
Tempoh gejala denggi berbeza antara individu, namun kebiasaannya berapa hari simptom denggi boleh bertahan adalah antara 2 hingga 7 hari selepas jangkitan.
Dalam beberapa kes, simptom berlanjutan kepada fasa kritikal seperti pendarahan atau kebocoran plasma yang memerlukan rawatan segera di hospital.
Bilakah masa nyamuk Aedes paling aktif?
Ramai yang salah sangka bahawa nyamuk Aedes hanya aktif pada waktu malam. Sebenarnya, bilakah masa nyamuk Aedes paling aktif ialah pada dua waktu puncak:
Awal pagi: 6.00 pagi – 8.00 pagi
Lewat petang: 4.00 petang – 6.00 petang
Langkah pencegahan yang boleh diambil:
Pastikan kawasan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada air bertakung
Gunakan semburan nyamuk atau pasang jaring tingkap
Pakai pakaian berlengan panjang jika berada di luar rumah pada waktu puncak
Dengan mengetahui waktu aktif nyamuk ini, kita boleh lebih berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit denggi.
Antara kaedah untuk melegakan demam denggi.
Kesimpulan
Penyakit denggi bukan sekadar demam biasa. Ia boleh menjadi serius dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Dengan memahami berapa jenis denggi yang ada, cara virus ini merebak, tempoh berapa hari simptom denggi boleh berlaku dan bilakah masa nyamuk Aedes paling aktif, kita semua boleh memainkan peranan dalam mencegah penyebaran wabak ini.
Paling penting, pastikan rumah dan persekitaran kita bebas dari tempat pembiakan nyamuk agar risiko penyakit ini dalam komuniti dapat dikurangkan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
WHO. Dengue and severe dengue. World Health Organization – Dengue Factsheet Accessed June 2025
CDC. About a dengue vaccine. CDC – Dengue Vaccine Accessed June 2025
SGH.com. Dengue fever. https://www.sgh.com.sg/symptoms-treatments/dengue-fever Accessed June 2025
CDA.GOV.SG. Dengue Fever. Ministry of Health Singapore Accessed June 2025
Mayo Clinic. Dengue Fever. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dengue-fever/symptoms-causes/syc-20353078Accessed June 2025
Cleveland clinic. Dengue fever. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17753-dengue-feverAccessed June 2025
Vax before travel. Dengue surge in Singapore. https://www.vax-before-travel.com/2025/05/20/dengue-cases-surge-singapore#:~:text=As%20the%20global%20number%20of,recorded%20several%20recent%20Dengue%20outbreaks. Accessed June 2025
Versi Terbaru
09/07/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor