backup og meta

MamyPoko, JKM Kerjasama Banteras Denggi Dalam Kempen #MamyPokoAgainstDengue

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/08/2023

    MamyPoko, JKM Kerjasama Banteras Denggi Dalam Kempen #MamyPokoAgainstDengue

    Kes demam denggi terus meningkat di seluruh negara. Terbaharu, dalam kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 63,966 kes denggi dilaporkan di negara ini bermula Januari hingga 16 Julai 2023. Jadi, apakah cara mencegah demam denggi yang boleh dilakukan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Program CSR, usaha untuk cara mencegah demam denggi

    Menyedari akan peningkatan kes demam denggi di negara ini, banyak syarikat korporat dan swasta bersama-sama pihak kerajaan bekerjasama dalam menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Ini termasuklah jenama lampin pakai buang, MamyPoko yang bersatu hati dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membanteras denggi sempena Hari Nyamuk Sedunia tanggal 20 Ogos ini.

    Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Malaysia dan Singapura, Eiji Yoshida berkata, MamyPoko komited untuk membantu ibu bapa dalam menikmati perjalanan membesarkan anak dan melihat mereka membesar dengan sihat.

    Menurutnya, kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kerisauan yang kian meningkat membabitkan kes demam denggi dan menangani isu denggi, khususnya dalam komuniti rentan.

    “Kami mahu ibu bapa berasa tenang, mengetahui anak kesayangan mereka terlindung daripada ancaman demam denggi,” katanya semasa majlis pelancaran kempen #MamyPokoAgainstDengue di Petaling Jaya, baru-baru ini. 

    Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Wan Noraidah Wan Mohd Zain, Pengarah Pemasaran Uni-Charm Malaysia, Makoto Anezaki, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil serta duta jenama MamyPoko dan selebriti terkenal, Mira Filzah.

    Edar 1,500 lampin, gotong-royong hapus tapak pembiakan nyamuk

    cara mencegah demam denggi
    Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Malaysia dan Singapura, Eiji Yoshida (tengah) menyerahkan simbolik 1,500 pek lampin MamyPoko kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Wan Noraidah Wan Mohd Zain (dua, kanan), sambil disaksikan Pengarah Pemasaran Uni-Charm Malaysia, Makoto Anezaki (kiri), Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil (kanan) serta duta jenama MamyPoko dan selebriti terkenal, Mira Filzah.

    Menerusi kempen #MamyPokoAgainstDengue, MamyPoko Malaysia memberi sumbangan sebanyak 1,500 lampin pakai buang kepada keluarga yang ada di Lembah Klang dan Johor, yang berdaftar di bawah JKM.

    Para keluarga tersebut akan menerima pek baharu MamyPoko ANTIMOS Pants, yang mengandungi haruman bau serai, dan terbukti sangat berkesan menghalau nyamuk untuk tempoh yang lama.

    Selain itu, pihak MamyPoko juga akan memberi sokongan kepada penduduk dengan mengadakan aktiviti pembersihan komuniti atau gotong-royong untuk menghapuskan tapak pembiakan nyamuk di kejiranan mereka.

    Kempen #MamyPokoAgainstDengue ini dapat memberi manfaat kepada komuniti di PPR Seri Pahang, PPR Seri Pantai dan PPR Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang, Selangor; serta PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor.

    Mengulas kerjasama itu, JKM menghargai serta menggalakkan usaha murni MamyPoko, memandangkan masyarakat miskin bandar yang berdepan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan akibat tekanan inflasi global.

    Kempen ini diadakan tepat pada masanya, untuk melindungi keluarga, khususnya anak-anak kecil, sebagai usaha untuk cara mencegah demam denggi.

    Cara mencegah demam denggi, pilih lampin mengandungi ekstrak seraicara mencegah demam denggi

    MamyPoko ANTIMOS Pants diperkaya dengan ekstrak serai wangi semula jadi, menawarkan perlindungan yang lama terhadap nyamuk iaitu sehingga 8 jam selepas dipakai.

    Bahkan dengan Teknologi Berpaten Jepun dan Teknologi Big Dry Zone+ yang canggih, lampin seluar ini juga memastikan penyerapan dan kekeringan yang luar biasa selama 10 jam.

    Ini membolehkan bayi menikmati keselesaan optimum, bermain tanpa gangguan dan mendapat tidur yang nyenyak, pada masa sama mereka terlindung daripada gigitan nyamuk.

    MamyPoko ANTIMOS Pants mempunyai ciri bebas alkohol dan semula jadi. Ia merupakan alternatif selamat untuk menghalau nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia seperti DEET yang biasanya ditemui dalam semburan nyamuk.

    Sementara itu, Dr Yong Junina berkata, ekstrak serai telah banyak dikaji dan ia terbukti menawarkan tahap perlindungan tertentu terhadap nyamuk Aedes.

    Jadi, tidak hairanlah ia banyak digunakan dalam pelbagai rangkaian produk untuk menghalau nyamuk, termasuklah produk semburan, lilin, tampalan, losen dan juga lampin.

    Sebagai duta jenama MamyPoko, Mira Filzah turut berkongsi kebimbangan tentang keselamatan anaknya. Jadi, dia turut mencari cara mencegah demam denggi seperti melalui penggunaan lampin MamyPoko terbaharu ini.

    Menurutnya, matlamat utama setiap ibu dan bapa adalah untuk memastikan kesejahteraan anak-anak dan memberikan mereka perlindungan terbaik dalam semua aspek kehidupan.

    “Memang kes denggi ni antara yang membimbangkan Mira sebagai seorang ibu. Bila ada produk lampin bayi yang mengandungi ekstrak serai, perasaan bimbang itu berkurangan,” katanya.

    Mira Filzah kongsi tip pilih lampin pakai buang

    Mira Filzah
    Mira Filzah

    Dalam pada itu, Mira Filzah turut berkongsi tip memilih lampin bayi pakai buang untuk anaknya.

    Tip pilih diapers dari Mira Filzah

    Salah satu ciri yang Mira Filzah utamakan dalam pemilihan lampin adalah yang boleh memberi perlindungan kepada bayi.

    “Salah satu yang Mira utamakan dalam pemilihan lampin bayi adalah perlindungan. Kita nak pastikan diapers tu tahan lama dan tidak bocor.

    “Kedua, diapers tu perlulah mempunyai lapisan yang cepat kering untuk elakkan bayi mengalami ruam lampin.” – Mira Filzah.

    “Ketiga, bonus tambahan jika ada lampin yang boleh memberi perlindungan dalam menghalau nyamuk seperti MamyPoko ANTIMOS Pants,” katanya memberitahu perkara berkenaan sebagai usahanya dalam cara mencegah demam denggi.

    Pertama kali bergelar ibu, Mira Filzah mengakui banyak belajar mengenai penjagaan bayi melalui pembacaan dan perkongsian pengalaman ibu-ibu lain.

    Maklumat lanjut mengenai cara mencegah demam denggi boleh didapati di laman sesawang www.mamypokoagainstdengue.com.

    Ia membolehkan para ibu mendapat info tentang panduan pencegahan denggi yang dikongsikan oleh pakar kesihatan, selain pengalaman hidup individu yang pernah berdepan dengan demam denggi serta usaha mereka dalam cara mencegah demam denggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan